28 February 2014

akhirnya taik mahmud dapat watikah dari agong untuk kebal dari pendakwaan kes pengumpulan harta secara haram...!!!



nasib ko lah taib...kat akhirat  belom tentu...!!!

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan menyerahkan watikah pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Istana Negara di sini.

Istiadat itu, yang berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak yang baharu

Tan Sri Adenan Satem. Selepas hampir 33 tahun menabur jasa sebagai Ketua Menteri, Taib secara rasmi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang ketujuh menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang tamat perkhidmatan hari ini.

Semalam, Taib diraikan dalam satu majlis perpisahan ringkas tetapi penuh bermakna di bangunan pentadbiran negeri Sarawak dengan dihadiri kira-kira 300 kakitangan kerajaan yang bertugas bersama-sama beliau.

Taib menjadi Ketua Menteri Sarawak keempat pada 26 Mac 1981 menggantikan bapa saudaranya Abdul Rahman Ya'akub.

Anak pertama daripada 10 beradik itu dilahirkan pada 21 Mei 1936 hasil perkongsian hidup antara Mahmud Abang Yahya dan isterinya Hamidah Ya'kub.

Taib memulakan kerjayanya sebagai hakim bersekutu kepada Hakim Herbert Mayo dari Australia Selatan selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Udang-undang pada 1961.

Beliau kembali bertugas di Sarawak dengan berkhidmat sebagai peguam negara Sarawak selama setahun pada 1961.

Taib menyertai dunia politik selepas menganggotai Majlis Perundangan Sarawak pada 1963 hingga 1966 dan dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Negeri serta Menteri Pembangunan dan Perhutanan Sarawak (1966-1967).

Kerjaya politik Taib di peringkat persekutuan bermula selepas beliau memenangi kerusi Parlimen Samarahan. Bernama

muhyiddin cuba jadikan MOU sebagai perjanjian kerana takutkan anwar



mou jadi perjanjian....?...ini muhyiddin memang cilanat punya manusia...!!!

Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara Putrajaya dan kerajaan negeri berhubung isu air tidak akan berubah walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi menteri besar Selangor demikian kata Tan Sri Muhyiddin Yassin‎.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata MoU yang ditandatangani dengan kerajaan negeri Selangor itu adalah bersifat ‎ tetap di mana Khalid sendiri bersetuju dengan syarat berkenaan dalam perbincangan bersama

"Perjanjian antara kerajaan pusat dan negeri adalah demi kepentingan rakyat bagi sebagai usaha menangani krisis air dengan pembinaan empangan Langat 2.

"Dan perjanjian itu sudah dipersetujui di mana segala kandungannya diperbincangkan dan tidak akan berubah," katanya pada sidang media selepas program lawatan “walkabout” bersama penduduk di Kajang hari ini.

Beliau berkata status perjanjian tetap itu dilakukan apabila kerajaan sedar akan kemungkinan tersebut di mana ia boleh berubah sekiranya spekulasi Anwar untuk menjadi menteri besar berlaku.

Muhyiddin juga berkata, kerajaan negeri perlu mematuhi perjanjian tersebut sepertimana Putrajaya yang akan membantu Selangor untuk membina empangan Langat 2.

"Walau sebut memorandum tapi ini perjanjian maka obligasi kerajaan pusat dan ‎Selangor sudah tetap dan tidak boleh dipinda walau dalam keadaan apa sekalipun jadi rakyat boleh merasa lega.

"Dengan erti kata lain selepas ini, kalau kerajaan pusat kata akan memberi bantuan peruntukkan contoh dari RM1 bilion ke RM2 bilion, kita akan lakukan dan kita akan laksanakan, kerajaan negeri pula jangan pula tiba-tiba ditengah pembinaan mengubah syarat di mana jika ia berlaku maka mereka sudah melanggar perjanjian," katanya.

Terdahulu Muhyiddin bersama calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Datin Paduka Chow Mei Fun‎ beramah mesra bersama penduduk Sungai Chua.

Pada masa sama Muhyiddin dilihat menyindir Anwar apabila membuat kenyataan beliau tidak tahu mengenai perjanjian yang dibuat Khalid dan kerajaan pusat.

"Tidak kisah kalau Anwar tidak tahu yang penting Khalid tahu kerana dia menteri besar. Segala keputusan terletak pada beliau," katanya.

Tambahnya kenyataan Anwar itu membuktikan bahawa calon PR bagi PRK Kajang itu hanya mahu memegang jawatan hanya kerana nama dan bukannya kerana kepentingan rakyat.

"Beliau yang kononnya Penasihat Ekonomi Selangor tapi tidak tahu apa-apa berlaku dalam negeri sendiri seperti dia (Anwar) tiada sumbangan langsung," katanya.

Beliau juga mempertikaikan kredibiliti Anwar untuk menjadi Adun Kajang apabila dilihat  terlalu sibuk dengan urusan luar.

"Dan mahukan lagi jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang sedangkan beliau sibuk ke sana sini jadi bagaimana mahu jaga penduduk Kajang," katanya.

"Sekarang ini pun beliau tidak ada di sini, sekarang ini di Jepun besok di Amerika Syarikat kalau macam ini baik beri sahaja kepada Mei Fun," katanya.

Dalam sidang media itu Muhyiddin turut ditanya adakah pengakuan Anwar yang tidak tahu mengenai perjanjian tersebut sebagai serangan Khalid kepada ketua pembangkang berkenaan.

Jawabnya Khalid mungkin dlihat seperti tidak pandai berpolitik namun beliau boleh menghidu hasrat Anwar untuk mengambil alih peranan menteri besar itu.

"Saya tidak tahu apa muslihat Anwar dengan cita-citanya ingin menjadi menteri besar namun apa yang berlaku dalam PKR membuktikan bahawa ketidaksefahaman berlaku diantara pemimpin parti itu," katanya.

‎Rabu lalu, Khalid menandatangani MoU dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi menyelesaikan isu air di Selangor.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin tertinggi PKR tidak diberitahu tentang perjanjian tersebut, Anwar sendiri tidak mengetahuinya.

"Mereka ini mahu menetapkan harga dan mahu penilaian untuk mewajarkan harga mereka," kata Khalid lagi.

Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin PR akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.

Ekoran pengambilalihan itu, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor yang akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Kerajaan Selangor menjangkakan pengambilalihan syarikat konsesi tersebut selesai dalam tempoh tiga bulan

bukan BN musuh sebenar anwar tapi " musuh dalam selimut" dalam pakatan rakyat...!!!



Musuh sebenar calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah daripada dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR).

Perebutan kuasa dan masalah dalaman di Selangor, negeri yang ditadbir PR itu adalah masalah utama yang perlu diselesaikan Anwar.

Musuh sebenar di Kajang bukan daripada MCA atau Umno, tetapi daripada dalaman PKR dan Pakatan.

Kemenangan 'simple majority' di Kajang adalah kekalahan. Kita perlu menyasarkan kemenangan besar untuk menyampaikan mesej Putrajaya menanti perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

PRK Kajang juga bukan semata-mata demi masa depan politik Anwar, tetapi PR, tiga juta rakyat Selangor dan 30 juta rakyat Malaysia.

Marilah kita hadapi realiti sukar bahawa kekalahan di Kajang dengan mencapai kemenangan bersejarah tidak boleh diterima.

Kita  mengingatkan parti komponen PR untuk bersama-sama memastikan Anwar bukan sahaja memperoleh kemenangan, tetapi juga kemenangan besar.

Ketepikan perbezaan kita, dan pastikan kita tidak melepaskan peluang sekali  seumur hidup ini untuk anak-anak kita untuk memastikan perubahan di Putrajaya..

Barisan Nasional (BN) meletakkan calon mereka dari MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun untuk menentang Anwar.

Manakala bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim turut menyatakan hasrat menentang Anwar di Kajang bagi mengelak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor.

Sejak pengumuman Anwar untuk bertanding di DUN Kajang selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR melepaskan kerusi bekenaan, beliau dikhabarkan akan menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

Malah, dalam ceramah-ceramah penerangan anjuran PKR di Kajang sejak beberapa minggu lalu, kedengaran pemimpin daripada sayap Pemuda PKR menyokong Anwar jika beliau dipilih sebagai menteri besar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac sebagai tarikh penamaan calon bagi PRK DUN Kajang.

Manakala tarikh pengundian ditetapkan pada 23 Mac depan.

askar yang berani




Tiga orang Jeneral dunia sedang bertanding keberanian tentaranya dan
untuk membuktikannya masing masing jeneral memerintahkan salah satu
Askarnya untuk mengikuti arahannya :

1. Jepun
Jeneral : Askar maju sini
Askar : Siap Jeneral
Jeneral : Tangkap peluru yang saya tembakan ke tubuh kamu
Askar : Siap Jeneral
Peluru langsung ditembakan dan kerana jaraknya terlalu dekat maka si Askar tidak dapat menangkapnya dan langsung mati.
Si jeneral dengan bangga mengatakan “lihat Askar saya sangat berani dan siap mati”

2. Jerman
Jendral : Askar maju sini
Askar : Siap jeneral
Jeneral : Tangkap peluru dari RPG yang saya tembak
Askar : Siap Jeneral
Peluru meluncur cepat dan Askar yang menangkap hancur berantakan
Si Jeneral sangat bangga dan bilang ” Askar saya lebih berani bahkan untuk menangkap bom RPG”

3. Indonesia
Jeneral : Askar maju sini
Askar : Siap Jeneral
Jeneral : Sebrangi ladang periuk api dengan berlari cepat
Askar : Tidak mau jendral !
Jendral : Sebrangi cepat !!
Askar : Tidak mau jeneral !
sampai tiga kali sang jeneral memerintahkan Askarnya, namun tetap di tolak.
Si Jeneral berkata “Lihat Askar saya yang paling berani…. perintah jendral langsung bisa dia tolak…”

lembu dan sosej



Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia cakap dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....


Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu..

pinjam kasut



"Zali aku betul2 nak pinjam kasut kau ni. Hari ni jer."

"Masalah nya aku takde kasut lain."

"Ala mesti ada kasut yg dah lama kau tak pakai. Cuba kau ingat balik."

"Jap... ha aku ingat ada satu kasut tu. Nanti aku ambik."

Lepas dah ambik....

"Ingat Joe lepas guna kasut snorkeling tu pulang balik kat aku. Jangan nak buat harta ok?"

"Aku patah-patahkan jugak leher dia ni kang."

teka teki




1. bende ape yang bile simbah air sebanyak mane pon kedalamnye paras air nye setakat tuu je tak naik-naik?





JAWAPAN = mangkuk tandas hahaha





2. kenape pemandu teksi mintak duit nanti kenape die tak mintak duit dulu sebelom die mulakan perjalanan?





JAWAPAN = sebab kalo die mintak duit dulu duit tu tak laku sebab itu duit lama




3. pergi terbang balik berenang ape mende tu , jawabla kalo tere




JAWAPAN = pancing la sebab bile kite campakkan joran, die terbang tapi bile dah dapat ikan die berenang






4. ade sorang ni die nak bawak seekor kambing sehelai sirih dan seekor harimau keseberang sungai dari darat1 ke darat2, tapi sampan die boleh bawak 2 penumpang jer termasuklah orang tu sebagai pengemudi sampan , kat dalam satu tempat tak boleh letak due bende yang boleh dimakan antara satu sama lain .
contoh:kambing dengan sirih. sebab kambing boleh makan sirih macam mane orang tu nak bawak tiga-tiga ni ke seberang sungai?




JAWAPAN = mule-mule bawak kambing dari darat1 dan lepaskan kat darat2
= lepas tu bawak sireh dari darat1 dan lepaskan kat darat2 dan ambik balik kambing kat darat2 dan lepaskan kat darat1
= bawak pulak harimau dari darat1 dan lepaskan kat darat2
= last sekali, bawak kambing dari darat1 dan lepaskan ke darat2




5. orang yang kene penyakit aids boleh tahan berape hari?




JAWAPAN = 3 HARI SEBAB
A=AHAD
I=ISNIN
D=DAN
S=SELASA




6. satu ela kain bersamaan RM3 ringgit satu ekor ayam bersamaan berapa ringgit?







JAWAPAN = seekor ayam = 2 kaki
sehaler kain = 3 kaki
seekor ayam = 2 ringgit

beginilah nasib jika tidak berwang ( err bukan beruang )....

HOMEWOOD, Amerika Syarikat (AS) - Sebanyak 30 mayat yang merupakan orang paling miskin kerana tidak mempunyai wang untuk membiayai kos pengebumian sendiri telah dikebumikan dalam sebuah lubang kubur di kawasan perkuburan Homewood Memorial Gardens.

Tiada seorang pun rakan atau saudara si mati yang datang untuk menyaksikan pengebumian itu.

Situasi ekonomi yang sukar di AS menyebabkan terdapat peningkatan pengebumian orang yang amat miskin termasuk di Chicago dan di kawasan sekitarnya.







bina rumah guna pesawat lama



TSUKII menggunakan bahagian badan beberapa pesawat lama dan mengambil masa empat tahun untuk membina kediaman unik tersebut.

LA CHOLLA AIRPARK, Arizona - Seorang bekas jurutera, Toshikazu Tsukii berjaya menyiapkan projek membina sebuah rumah tetamu di laman kediamannya selepas empat tahun.

Rumah dua tingkat itu hampir keseluruhannya dibina menggunakan bahagian badan pesawat usang.

Tsukii, 76, menggunakan tiga badan pesawat untuk membina kediaman unik tersebut termasuk dua fuselaj Boeing 707 dan ekor sebuah Boeing 727.

Dia mendapat idea membina kediaman unik itu selepas melihat bahagian hadapan pesawat Boeing 737 di sebuah tapak pembuangan pesawat lama di sini.

Kawasan kejiranan ini menempatkan 91 kediaman yang disusun di sekitar sebuah landasan lama.

Setiap kediaman mempunyai keluasan dua hektar sekali gus memberi ruang mencukupi untuk Tsukii membina rumah tetamunya

lukisan kanak kanak yang menyeramkan



Lukisan biasanya kerap menghiasi rumah atau bilik kita. Mulai dari lukisan pemandangan, lukisan haiwan lucu hingga lukisan bersosok manusia. Selama ini lukisan Monalisa terkenal kerana kemisteriusannya. Tidak hanya Monalisa, ada banyak lukisan lain yang menyimpan misteri, salah satunya lukisan ini.

Lukisan bergambar budak laki-laki sedang menangis ini dinamakan Crying Boy. Lukisan yang kelihatan suram ini ternyata menyeramkan dan menyimpan kutukan !!!! Legenda mengenai kutukan pada lukisan Crying Boy ini bermula pada tahun 1988, ketika sebuah rumah meletup dan terbakar di Heswall, Inggeris.

Lukisan satu ini dihasilkan secara besar-besaran dan banyak dibeli oleh keluarga-keluarga yang kemudian memasang lukisan ini di rumah mereka. Lukisan ini diketahui merupakan karya seorang seniman Sepanyol bernama Franchot Seville, seperti dilansir oleh Scary For Kids. Lukisan yang menggambarkan kanak-kanak sedang menangis ini terus 'rolling terornya.'

Tak lama kemudian di Bradford terjadi kebakaran lagi, dan lukisan ini dijumpai dalam rumah, masih tidak rosak sedikit pun. Ketua  bomba di Yorkshire pada akhirnya mengamati kejanggalan yang berlaku berkaitan rumah yang terbakar dan lukisan anak menangis tersebut. Ada banyak kes rumah yang terbakar dan di dalamnya terdapat lukisan tersebut.

Rentetan kejadian-kejadian aneh dan menyeramkan ini membuat banyak orang beranggapan bahawa ada sesuatu yang jahat dalam lukisan tersebut yang menyebabkan kebakaran. Mereka percaya bahawa lukisan tersebut membawa kutukan. Orang-orang kemudian bertanya-tanya tentang siapa sebenarnya rupa budak laki-laki dalam lukisan ini. Pelukis lukisan, Seville mengatakan bahawa kanak-kanak ini adalah kanak-kanak yang ditemuinya di suatu tempat.

Anak itu bernama Don Bonillo, dan dia diketahui lari dari rumah setelah melihat orang tuanya meninggal dalam kebakaran. Anak itu hilang  dari rumah kerana setiap kali rumah yang ditinggalinya selalu terbakar. Tak ada yang tahu asal api tersebut . Selepas melukis gambar anak ini, Seville menjadi kaya namun studio tempatnya melukis terbakar habis.

Setelah banyak rumah terbakar, orang-orang yang mempunyai lukisan ini ketakutan dan memutuskan untuk membakar lukisan ini sebelum terjadi sesuatu yang buruk

Terowong Rahsia Di Putrajaya



Anda mungkin pernah mendengar tentang terowong rahsia yang menghubungkan bangunan xxx sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Susah hendak percaya? tetapi “Urban Legend” atau mitos zaman moden ini sebenarnya wujud dan jangan sangka hanya Amerika Syarikat sahaja yang mampu membina kubu-kubu bawah tanah di bawah bangunan Rumah Putih yang diduduki oleh presiden mereka. Orang Malaysia pun mampu juga.

Saya sendiri pernah berada di ambang pintu masuk ke terowong terbabit di lokasi bangunan xxx. Ketika itu saya ketagih rokok, malangnya bangunan terbabit merupakan zon larangan merokok.

Sebagai jalan ringkas, saya memasuki salah satu pintu “Keluar” atau “Kecemasan”, untuk berasap dan ketika itu saya melihat sesuatu yang aneh.

Tak payahlah fikir bangunan mana atau di bahagian mana, kerana bahagian bangunan yang saya masuk ini hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk.

Saya mungkin berada di tingkat empat atau lima bangunan terbabit, peliknya mengapa tangga kecemasan turun terlalu dalam dan saya kira ada puluhan tingkat.

Baiklah, jika saya masukkan ruang meletak kereta “basement”, paling kuat ia mungkin pergi setakat ke tingkat 8 atau 10 sahaja sahaja.

Saya tidak berani untuk menyiasat lebih jauh kerana bangunan itu sendiri ketat kawalan keselamatannya.

Kisah terowong ini sebenarnya sudah lama saya dengar ketika Putrajaya baru siap dibina tetapi saya tolak ke tepi, mengarut kata saya.

Mana mungkin orang Melayu, berkemampuan membina terowong yang panjangnya lebih dari 30 kilometer tanpa dapat dikesan.

Baru-baru ini saya ke KLIA untuk menghantar sepupu saya ke Amerika Syarikat, saya menjalankan penyiasatan saya sendiri dan berbual dengan sumber-sumber saya di lapangan terbang terbabit.

Alangkah terkejutnya saya apabila, kewujudan terowong itu memang benar dan mereka sendiri menyaksikan saiz terowong itu yang membolehkan jalanraya dua lorong dibina dan terletak di bawah KLIA sendiri.

Saya mula mengumpul maklumat intel, di sini saya menyedari kelemahan saya, saya lupa rakyat negara ini sudah mula menunjukkan kebolehan membina terowong yang terhebat di dunia iaitu terowong SMART.

Saya sendiri pernah turun ke dalam terowong SMART semasa ia sedang dibina dan menyaksikan pertemuan dua terowong ditembusi masuk oleh jentera pengorek, satu pengalaman yang mengkagumkan yang bukan semua orang boleh lihat.

Seorang lagi rakan saya, bekas anggota xxx sendiri pernah menyaksikan pelan pembangunan Putrajaya ketika ia sedang dibina dan mengesahkan mengenai pembinaan terowong itu termasuk bunker-bunker perlindungan.

Terowong itu menghubung tiga tempat utama dan salah satu daripadanya adalah KLIA, dua lagi tempat, maaf, saya enggan dedahkan secara terbuka di sini.

Terowong itu mempunyai point hubungan atau kemungkinan bunker yang terletak di bawah salah satu tasik yang terletak di Putrajaya.

Beliau mencabar saya satu perkara…”Turun menyelam ke dasar tasik Putrajaya dan beritahu saya, apa yang anda pijak…samada selut ataupun lantai konkrit?”.

Memang hebat Putrajaya…visi Tun Dr Mahathir Mohamad, selain dari bangunan yang cantik ia menyimpan seribu rahsia tersembunyi.

Ada sesuatu yang Tun sediakan untuk satu saat nanti apabila segalanya mula berjalan mengikut sistem yang dirancang.

Mengelilingi Putrajaya adalah meriam anti-pesawat yang terletak di beberapa zon keselamatan ketat yang berbentuk berlian jika kita lihat dari pelannya.

Zon penempatan meriam anti-pesawat merupakan kawasan ketat dan dikawal rapi, patutlah di sesetengah kawasan xxx, orangramai dilarang masuk dan ada masa tertentu sahaja ianya dibuka secara terhad.

Meriam-meriam ini, lengkap dengan sistem elektronik dan radar tersimpan dalam kontena khas dalam zon keselamatan yang mengelilingi Putrajaya itu sendiri.

sumber: militaryofmalaysia.net

padah ambil upah makan lendir UMNO....kerana tabur fitnah ..,papagomo di perintahkan bayar gantirugi kepada anwar...tak pe suruh UMNO bayarkan...ada berani ka..?



Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ganti rugi kerana memfitnah ketua pembangkang itu.

Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya turut mengatakan Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo.

Rosilah juga membenarkan permohonan injunksi tetap oleh Anwar untuk menghalang Wan Muhammad Azri mengulangi fitnahnya di blog tersebut.

Hakim juga mengarahkan Wan Muhammad Azri membayar RM50,000 kepada Anwar sebagai kos.

Pada 21 Mac tahun lalu, Anwar memfailkan saman sebanyak RM100 juta terhadap Wan Muhammad Azri kerana memuatnaik empat siri tulisan yang memfitnahnya pada 16, 17, 19 dan 20 Mac dengan salah dan berniat jahat menyiarkan perkataan lucah dan melampau.

Menurut penyataan tuntutan itu juga defenden telah meletakkan beberapa pautan web yang memaparkan satu siri imej dengan mengatakan lelaki itu adalah Anwar.

Wan Muhammad Azri sebelum ini memberitahu mahkamah beliau bukanlah pemilik blog Papa Gomo.

Peguam Anwar, N Surendran mengatakan ganti rugi tersebut adalah yang terbesar pernah dimenangi Anwar.

"Keputusan ini adalah isyarat jelas seseorang perlu membayar selepas mencemarkan maruah individu lain," katanya.

Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai juga mengatakan "perbuatan jahat" blogger berkenaan dilakukan sebelum pilihan raya umum Mei lalu.

"Keputusan ini juga membuktikan Anwar bukanlah orang dalam video itu," kata Surendran.

Air terjun Dari Mangkuk Tandas











JIKA  biasanya anda melihat air terjun turun dengan sangat deras dari atas bukit, beza dengan yang satu ini. Seorang seniman China Shu Yong telah melakukan sesuatu yang mengejutkan, dengan membuat air terjun pada pameran porselin yang cukup membuat pelancong geleng-geleng kepala.

Ya, ini adalah air terjun teraneh yang pernah ada. Ribuan porselin kerusi tandas yang telah dikitar semula mengeluarkan air menyerupai air terjun yang tentu saja menarik perhatian banyak orang di Foshan, China selatan.

Ribuan tandas serta aksesori tandas lain, termasuk urinal, kembar, dan kerusi tandas terpampang rapi di sebuah dinding. Pameran ini direka untuk Festival Pottery dan Porcelain Tradeshow yang memaparkan pelbagai bentuk produk porselen sebagai bentuk penghormatan Yong pada benda-benda tersebut,

Air Terjun Tandas ini membentang sepanjang 100 meter dengan tinggi sekitar 5 meter dan kurang lebih dibuat dari 10 ribu porselen. Kini, air terjun ini dipasang secara kekal dan merupakan sebahagian daripada kesenian awam yang ada di China

Karya ini merupakan salah satu dari sekian banyak seramik yang berada di Shiwan Park dan telah dicipta oleh tangan ajaib Yong. Yong bersama dengan pasukannya telah menghabiskan masa selama dua bulan untuk membuat air terjun tandas tersebut.

Tandas ini ia dapatkan dari hasil sumbangan orang asing atau penduduk tempatan dengan keadaan yang sudah tak layak pakai.

Pada umumnya, tandas memang mempunyai sambungan ke paip air sehingga dapat mengeluarkan air terjun untuk menghibur pelancong yang datang melihat karya Yong ini.


patut lah beria ia nak jadi yang di pertua negeri rupa taib mahmud dan anak terlibat perjanjian perniagaan gelap RM6.6 juta..jadi kebal dari sebarang pendakwaan...!!!





Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersama anaknya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib di dakwa  terlibat  dalam satu perjanjian perniagaan gelap bernilai RM6.6 juta (AS$2 juta) dengan sebuah syarikat berpengkalan di Jerman.

Pembongkaran perjanjian tersebut didedahkan  dua hari sebelum Taib dijangka mengambil alih jawatan Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak daripada Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang akan bersara 28 Februari ini.

Taib dan anaknya, Abu Bekir, terlibat dalam perjanjian lumayan dengan syarikat pengurusan sisa Trienekens dengan kerajaan Sarawak pada 1998. Syarikat berpengkalan di Jerman itu juga sebelum ini pernah terlibat dalam kes rasuah pada 1999.

Trienekens menjalankan kerjasama dengan syarikat tempatan, Sarawak Capital, yang dimiliki anak Taib Mahmud untuk memberikan 'khidmat nasihat' bernilai RM6.6 juta sebagai sebahagian daripada perjanjian.

Penglibatan anak Taib tersebut mempunyai konflik kepentingan.Secara faktanya, nilai besar yang dibayar kepada syarikat anak Taib sebagai sebahagian daripada perjanjian kelihatan mempunyai konflik berkepentingani.

Anak Taib juga turut bersama menandatangani perjanjian persefahaman yang dimerterai antara Sarawak Wastes Management Sdn Bhd sebagai wakil kerajaan Sarawak dengan syarikat Jerman tersebut.

Ia masih tidak jelas mengapa anak Ketua Menteri Sarawak perlu menjadi saksi dalam perjanjian bernilai besar tersebut antara kerajaan negeri dan firma antarabangsa..

Pakar perundangannya mendapati perjanjian dengan syarikat milik anak Taib, Sarawak Capital, hanyalah sebuah "perjanjian".

Syarikat milik anak Taib tersebut didakwa tidak terikat dalam kewajipan kontrak dalam "skop kerjanya".

Perjanjian ini menunjukkan wujudnya sogokan tersembunyi; tidak kelihatan Sarawak Capital membuat sesuatu ke atas wang mereka peroleh dan tidak munasabah mempunyai nilai komersil.

Trienekens dan Sarawak Capital bagaimanapun masih belum memberi jawapan berkenaan isu tersebut .

Namun, firma guaman di London, Mishcon de Reya yang mewakili Taib menafikan anak guamnya terlibat dalam "perjanjian palsu" .

"Perjanjian yang anda rujuk bukan 'perjanjian', juga bukan sogokan sama ada tersembunyi atau sebaliknya," kata firma guaman tersebut.

Bagaimanapun, terdapat kesangsian ke atas perjanjian tersebut memandangkan CEO Trienekens Hellmut Trienekens pernah didapati bersalah terlibat dalam rasuah bernilai jutaan euro kepada pegawai tempatan menerusi Switzerland untuk membina sebuah insinerator sisa di Cologne, Jerman.

Susulan perkembangan terbaru di mana Taib kemungkinan dilantik sebagai TYT Sarawak, kita  mendesak Putrajaya menyiasat pendedahan terbaru ini.

Kes ini melibatkan kepentingan awam yang perlu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tekanan kepada Taib supaya tidak dilantik sebagai TYT semakin ketara, minggu lalu sekumpulan 50 NGO melancarkan petisyen dalam usaha menghalang pelantikan ketua menteri Sarawak yang didakwa mereka seorang perasuah dan menyalahgunakan kuasa sepanjang 33 tahun pemerintahannya.

Satu kajian oleh Bruno Manser Fund (BMF) mendedahkan harta Taib mencecah AS$15 bilion (RM46 billion) dan 20 ahli keluarganya mengumpul harta hampir AS$21 bilion (RM64 bilion).

Pada 16 Februari lalu, BMF yang berpengkalan di Switzerland juga membuat laporan polis ke atas keluarga Taib atas dakwaan penyeludupan balak haram di Kanada, malah PAS juga menggesa SPRM membuka kertas siasatan ke atas ketua menteri tersebut.

BMF berkata, satu laporan polis dibuat kepada Royal Canadian Mounted Police, berdasarkan "bukti baru" yang mendapati wujud kaitan kewangan antara Richfold Investments di Hong Kong dengan Sakto Development Corporation di Ottawa, Kanada.

Sakto Development Corporation adalah sebuah syarikat pemaju jutaan ringgit yang dimiliki oleh anak perempuan Taib, Jamilah Taib Murray

henti tabiat mengigit kuku....anda mampu mengubahnya



Sebahagian orang mempunyai tabiat menggigit kuku. Sekiranya ditanya, jawapan seperti ‘tabiat sejak kecil’, ‘susah dihentikan’, ‘tak boleh dikawal’ antara penyebab mereka masih gigit kuku walaupun usia meningkat dewasa.

Kata mereka, menggigit kuku dapat menenangkan diri bila menghadapi tekanan ataupun perasaan bimbang. Pelbagai teknik dan petua ringkas boleh dicuba untuk mengurangkan tekanan sekali gus mengatasi dorongan untuk gigit kuku. Pilih terapi paling berkesan berkesan dalam mengurangkan tekanan yang mungkin menjadi akar masalah daripada kebiasaan menggigit kuku.

Biasanya golongan ini akan menyatakan rasa tidak selesa jika ia dihentikan. Namun tahukah anda, tabiat gigit kuku boleh menimbulkan masalah lain seperti kuku rosak hingga menyebabkan hujung jari berdarah

Mungkin pada awalnya anda hanya menggigit kuku sekadar suka-suka. Rasa bosan dan tidak lakukan apa-apa ketika menunggu membuatkan anda tidak sedar sedang menggigit kuku dan kemudiannya ia menjadi kebiasaan dan dilakukan setiap hari.

Bagi mereka yang tegar, banyak alasan khusus diberikan seperti kebosanan, ketakutan, tekanan, rasa cemas dan seumpamanya membuatkan mereka teruskan tabiat ini. Untuk berhenti, buatkan diri anda sentiasa sedar dan beritahu orang sekeliling supaya tegur anda jika melihat anda sedang gigit kuku.
Mungkin pada awalnya anda hanya menggigit kuku sekadar suka-suka. Rasa bosan dan tidak lakukan apa-apa ketika menunggu membuatkan anda tidak sedar sedang menggigit kuku dan kemudiannya ia menjadi kebiasaan dan dilakukan setiap hari.

Bagi mereka yang tegar, banyak alasan khusus diberikan seperti kebosanan, ketakutan, tekanan, rasa cemas dan seumpamanya membuatkan mereka teruskan tabiat ini. Untuk berhenti, buatkan diri anda sentiasa sedar dan beritahu orang sekeliling supaya tegur anda jika melihat anda sedang gigit kuku.

Sesiapa yang ekstrim dalam hal ini boleh mengakibatkan kecederaan. Jari berdarah, kuku nipis dan terkopek, kehilangan kuku selain mengalami kerosakan kekal antara kesannya. Jika ia berlaku, maka sudah tiba masanya anda mendapatkan rawatan.

Kebiasaan menggigit kuku (onychophagia) sebenarnya adalah sebahagian daripada sekumpulan perilaku yang termasuk dalam diagnosis gangguan obsesif kompulsif (OCD). Untuk mengatasi masalah ini, cuba rujuk kepada pakar dan lama-kelamaan pastinya ia akan hilang.

Antara cara lain adalah dengan cara menjaga kuku secara rapi. Sentiasa ada alatan ‘manicure kit’. Cuba untuk melakukan ‘manicure’ seminggu sekali. Mulakan dengan memotong kuku jika perlu dan kemudian membersihkan, melicinkan dan mencantikkan kuku.
Krim, minyak ataupun pewarna kuku direka untuk menghentikan kebiasaan menggigit kuku. Perilaku ini biasanya dilakukan tanpa sedar dan boleh berhenti bila anda mendapati ada rasa atau aroma yang tidak enak dari kuku.

Dengan mengoles krim atau sanitizer di tangan dan jari anda, pastinya ia akan mencipta rasa aneh bahan kimia dan membuatkan kemahuan terbantut untuk terus meng­gigit.

Selain itu, anda boleh atasi masalah ini dengan cara memakai kuku palsu untuk mencegah tabiat menggigit kuku. Jika anda berbelanja besar untuk kelihatan cantik mungkin buatkan anda fikir dua kali untuk merosakkannya.


buang tumour seberat 10 kg



YANG diberitahu oleh doktor-doktornya bahawa dia mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.

XI'AN, Shaanxi - Seorang lelaki di China, Xiao Yang, 27, menjalani pembedahan bagi membuang tumor seberat 10 kilogram yang tumbuh di belakang tengkuknya sejak 15 tahun lalu, lapor akhbar Metro.co kelmarin.

Xiao mula sedar ada bonjolan kecil bersaiz sebiji telur di tengkuknya 10 tahun lalu yang kemudian semakin membesar.

Pada tahun 2007, dia telah pergi ke sebuah hospital di sini untuk mendapatkan rawatan. Yiang kemudian diberitahu bahawa sdia telah menghidap ketumbuhan yang dinamakan fibromatosis.

Doktor yang merawatnya ketika itu memberitahu, pem bedahan untuk membuang ketumbuhan itu sangat sukar dan risikonya amat tinggi dengan menyebabkan bapanya, Jigao membuat keputusan untuk membiarkan sahaja ketumbuhan tersebut.

Namun pada penghujung tahun 2013, Xiao membuat keputusan untuk menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan itu selepas ia membesar sehingga 45 sentimeter dengan berat 10 kilogram.

Kos pembiayaan pembedahan itu telah dikumpul melalui kutipan derma orang awam dan pinjaman yang dibuat oleh bapanya.

Doktor yang melakukan pembedahan ke atas Xiao memberitahu, lelaki itu mempunyai peluang cerah untuk pulih




budak umur 9 tahun tinggal bersama anakonda



KRISTA bermain dengan anakonda peliharaannya.

WARREN, Michigan - Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun yang taksub terhadap haiwan reptilia menjadikan rumahnya di sini sebagai tempat tinggal 30 spesies tersebut, lapor akhbar Miror News kelmarin.

Kanak-kanak berkenaan, Charming Krista tinggal bersama spesies reptilia seperti anakonda dan ular sawa sepanjang 3.6 meter selain mempunyai hobi memberi makan aligator yang dibela di kediaman keluarganya.

Ayah Krista yang juga seorang pakar ular, Jamie, 33, mula memperkenalkan ular pada Krista semasa usianya dua tahun.

Anak sulung daripada tiga beradik itu turut memuat naik beberapa klip video berhubung minatnya di laman perkongsin video YouTube.

"Semua orang takut pada ular tetapi saya menganggap ular sebagai haiwan yang menakjubkan.

"Saya bercita-cita untuk membina sebuah zoo kecil apabila dewasa kelak," katanya.




sujud yang Allah SWT murkai



Mutiara Hadist : Kalau Sujud, Tangan Anda Jangan Seperti Ini ya

Al-Bukhaariy rahimahullah berkata :

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، قَالَ: سَمِعْتُ قَتَادَةَ، عَنْ أَنَسِ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ” اعْتَدِلُوا فِي السُّجُودِ، وَلَا يَبْسُطْ أَحَدُكُمْ ذِرَاعَيْهِ انْبِسَاطَ الْكَلْبِ “

“Seimbanglah kalian ketika sujud, dan janganlah salah seorang di antara kalian meluruskan (menempelkan) kedua lengan/hastanya seperti anjing meluruskannya” [Shahiih Al-Bukhaariy no. 822].

Hadits lain :

حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ شُعَيْبِ بْنِ اللَّيْثِ، حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنْ دَرَّاجٍ، عَنْ ابْنِ حُجَيْرَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ” إِذَا سَجَدَ أَحَدُكُمْ فَلَا يَفْتَرِشْ يَدَيْهِ افْتِرَاشَ الْكَلْبِ وَلْيَضُمَّ فَخْذَيْهِ “

“Apabila salah seorang di antara kalian sujud, janganlah membentangkan kedua tangannya seperti anjing membentangkannya. Dan hendaklah ia merapatkan kedua pahanya” [Diriwayatkan oleh Abu Daawud no. 901; shahih lighairihi].

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنْ الْأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي سُفْيَانَ، عَنْ جَابِرٍ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ” إِذَا سَجَدَ أَحَدُكُمْ فَلْيَعْتَدِلْ وَلَا يَفْتَرِشْ ذِرَاعَيْهِ افْتِرَاشَ الْكَلْبِ “.

“Apabila salah seorang di antara kalian sujud, janganlah membentangkan kedua lengannya seperti anjing membentangkannya” [Diriwayatkan oleh At-Tirmidziy no. 275; shahih lighairihi]

حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ، عَنْ حُسَيْنٍ الْمُكْتِبِ، عَنْ بُدَيْلٍ، عَنْ أَبِي الْجَوْزَاءِ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: ” نَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَفْتَرِشَ أَحَدُنَا ذِرَاعَيْهِ افْتِرَاشَ السَّبُعِ “
Telah menceritakan kepada kami Yaziid bin Haaruun, dari Husain Al-Muktib, dari Budail, dari Abul-Jauzaa’, dari ‘Aaisyah, ia berkata : “Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kami membentangkan lengan kami seperti binatang buas membentangkannya” [Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah 1/257-258; shahih].

An-Nawawiy rahimahullah berkata :

وَالْحِكْمَة فِي هَذَا أَنَّهُ أَشْبَه بِالتَّوَاضُعِ وَأَبْلَغ فِي تَمْكِين الْجَبْهَة وَالْأَنْف مِنْ الْأَرْض ، وَأَبْعَد مِنْ هَيْئَات الْكَسَالَى فَإِنَّ الْمُتَبَسِّط كَشَبَهِ الْكَلْب ، وَيُشْعِر حَاله بِالتَّهَاوُنِ بِالصَّلَاةِ ، وَقِلَّة الِاعْتِنَاء بِهَا وَالْإِقْبَال عَلَيْهَا . وَاَللَّه أَعْلَم

“Dan hikmah dalam larangan ini adalah bahwasannya ia merupakan sikap tawadlu’, lebih memastikan dalam meletakkan dahi dan hidung ke tanah (ketika sujud), serta lebih jauh dari gaya orang-orang yang malas. Hal itu dikarenakan orang yang membentangkan/menempelkan kedua lengannya menyerupai anjing dan menunjukkan keadaan dirinya yang meremehkan shalat, sedikitnya perhatian kepadanya, dan ingin segera menyelesaikannya.

Wallaahu a’lam” [Syarh An-Nawawiy, 4/209].

Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah. Aamiin.

(Cantumkan jika ada doa khusus, agar kami para jamaah bisa mengaminkannya)

Silahkan Klik Like dan Bagikan di halamanmu agar kamu dan teman-temanmu senantiasa istiqomah dan bisa meningkatkan ketakwaannya kepada ALLAH SWT.

Ya ALLAH…
✔ Muliakanlah orang yang membaca tausiah ini
✔ Entengkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Jauhkan dari segala Penyakit,Fitnah,Prasangka Keji,Berkata Kasar dan Mungkar.
✔ Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang membaca dan membagikan tausiah ini.

Aamiin ya Rabbal’alamin

kuda selesa tinggal di dalam kondo...oppsss sorry rumah...teringat kondo teringat lembu duduk di kondo....agaknya macam ini kot layanannya.....ha ha ha ha
















ARNDT menyaksikan kuda peliharaanya memasuki ruang tamu di rumah di Holt kelmarin.

HOLT, Jerman - Seorang doktor perubatan, Stephanie Arndt memelihara seekor kuda di dalam rumahnya di utara negara ini.

Pada mulanya, dia membawa kuda tersebut ke dalam rumahnya ketika ribut Xaver melanda wilayah utara Jerman pada hujung tahun lalu.

Kuda betina itu yang kini berusia tiga tahun kemudiannya berasa selesa tinggal di dalam rumah.

Kuda baka Arab itu akan berjalan di ruang tamu dan diberi minum jus buah-buahan di ruang tamu rumah tersebut

terkena letupan gas pemedih mata sendiri ....baru padan muka...buat lagi kezaliman Allah SWT bayar cash di dunia lagi...!!!



DUA askar Israel keluar dari trak selepas kanister gas pemedih mata meletup di Bilin baru-baru ini.

RAMALLAH - Beberapa kanister gas pemedih mata meletup di dalam sebuah trak yang dinaiki beberapa anggota tentera Israel di wilayah Tebing Barat milik Palestin, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam.

Ketika kejadian, empat anggota tentera Israel berada di dalam trak tersebut menyebabkan mereka turut terhidu gas tersebut.

Kejadian itu dianggap memalukan tentera Israel yang memiliki peralatan ketenteraan yang canggih.

Empat anggota tentera itu kemudian terpaksa keluar dari trak tersebut ekoran kejadian itu.

Kanister gas pemedih mata itu meletup ketika anggota-anggota tentera Israel tersebut mengejar kumpulan pemuda Palestin di kampung Bilin, Tebing Barat baru-baru ini.

Kumpulan pemuda itu dikejar selepas mereka bertempur dengan anggota-anggota tentera Israel dan penduduk Yahudi.

Dalam beberapa kes, penglihatan seseorang itu yang terkena gas pemedih mata mungkin akan terjejas buat selama-lamanya.

nasib OKU bila di anggap sampah masyarakat oleh JKM ...elaun di potong kerana kerja tetap tukang urut....dah melampau ...apa guna daftar sebagai OKU kalau macam nie.....!!!



ZULKIFLI menunjukkan dokuman OKU miliknya ketika ditemui Kosmo! di rumah di Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri yang merupakan pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan kini dihimpit kesusahan ekoran bantuan elaun yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditamatkan tanpa sebarang notis.

Berikutan keadaan itu, Zulkifli Jaidin, 44, dan isterinya, Teh Faridah Muhammad, 31, terpaksa menyerahkan anak sulung mereka Nurul Fatin Zulaikha, 5, kepada saudara terdekat.

Seorang lagi anak, Nur Farah Zarihah, 2, pula terpaksa hidup susah bersama mereka.

Zulkifli mendakwa, bantuan elaun sebanyak RM300 sebulan yang diterimanya sejak 2008 itu ditamatkan pada Ogos tahun lalu manakala elaun isterinya pada bulan ini dengan alasan mereka sudah mempunyai pendapatan tetap sebagai tukang urut.

27 February 2014

di kubur bersama manik



AKSESORI manik boleh diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi dan dikatakan mempunyai nilai yang tinggi apabila diwarisi.




LITAD MULOK, 60, sedang leka menguli adunan tanah liat  di gerai pamerannya sempena Karnival Bersama Muzium 2014 di Muzium Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dia yang selesa mengenakan sepasang baju kebaya Nyonya berona kuning cair dengan kain sarung bercorak pua kumbu kelihatan malu-malu apabila gambarnya di ambil. "Tidak payah ambil gambar saya banyak-banyak. Saya sudah tua, tidak cantik lagi," ujarnya berseloroh. Sesi temu bual tambah mengujakan apabila wanita berketurunan Lun Bawang itu langsung tidak kekok berbahasa Melayu. Setiap butir katanya pula kedengaran baku persis gaya percakapan orang Sabah. "Saya berasal dari Lawas, Sarawak.

Daerah ini bersempadan dengan negeri Sabah. Tidak jauh kalau mahu ke Sipitang, Sabah, kira-kira 37 kilometer sahaja. Itu sebab cara pertuturan kami kedengaran seperti pelat orang negeri itu," ceritanya tersenyum. Sambil menggentel dan mengepal adunan tanah liat menjadi bentuk bebola kecil, Litad memberitahu, manik yang siap dibentuk perlu dibakar sebelum diwarnakan. "Tidak susah untuk buat manik. Macam buat biskut sahaja. "Lepas siap diuli, kita buat bentuk yang diingini dan bakar dalam ketuhar," seloroh wanita bertubuh kecil itu sambil disambut ketawa kecil beberapa pengunjung yang secara kebetulan berada di situ untuk melihat demonstrasi yang ditunjukkan.

Bagaimanapun, Litad mengakui proses membuat alat perhiasan itu memerlukan pengalaman serta kesabaran yang tinggi. Ibu kepada enam orang zuriat itu berkata, manik boleh diperoleh dalam pelbagai warna, bentuk dan jenis selain memiliki identiti serta fungsi tersendiri. Menurutnya, manik yang biasa menjadi pilihan termasuklah yang diperbuat daripada kaca, tanah liat, batu permata, cangkerang dan logam. "Ada juga yang diperbuat daripada gigi, kuku atau tulang binatang seperti beruang, babi hutan, badak sumbu, landak dan tenggiling. "Etnik Bidayuh misalnya sangat menghargai manik kaca berwarna kebiru-biruan manakala etnik Kayan menggemari manik seramik dengan corak tertentu seperti roset dan tribal. "Masyarakat Orang Ulu dan Iban pula sinonim dengan manik-manik kecil beraneka warna yang biasa dijahit pada pakaian tradisional, bakul, bekas tembakau serta pengendong bayi.

Litad yang menjalankan perusahan manik seramik di Kampung Long Tuma berkata, dia mendapatkan sumber tanah liat mentah dari tebing Sungai Lawas. Dia yang diiktiraf sebagai 'Tukang Ulung' oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan pada tahun 2013 menjelaskan, tanah liat lebih mudah digali dari dasar sungai ketika air surut. "Kalau air pasang, kami terpaksa menyelam lebih dalam untuk mendapatkan tanah liat," katanya sambil memberitahu, sumber alam itu boleh diambil sepanjang tahun. Bertutur lanjut, Litad berkata, aktiviti tersebut bagaimanapun jarang dilakukan ketika air pasang memandangkan buaya gemar muncul ke permukaan air pada waktu tersebut. "Biasanya kami menjalankan kerja secara berkumpulan terdiri daripada enam hingga tujuh orang wanita. "Bukan apa, kalau ramai, kami boleh saling menjaga keselamatan antara satu sama lain," katanya yang pernah terserempak dengan reptilia ganas itu tetapi mujurlah sempat beredar.

Berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang seni pembuatan manik seramik, Litad menerangkan, tanah liat itu kemudian dijemur di bawah terik matahari selama tiga hari berturut-turut. Menurutnya, setelah betul-betul kering, ia akan ditumbuk menggunakan lesung batu bagi mendapatkan tekstur yang halus dan sekata. "Seterusnya, serbuk tanah liat atau napal tadi akan diayak bagi mengasingkan lebihan pasir. Proses ini penting supaya manik tidak merekah atau pecah apabila dibakar. "Selepas itu, ia dicampur dengan air dan diuli sehingga menjadi doh sebelum dibalut di dalam plastik bagi mengekalkan kelembapan," jelasnya yang mampu menghasilkan sehingga 2,000 biji manik seramik sehari. Litad yang mengusahakan perniagaan itu bersama anaknya, Patricia Busak berkata, manik perlu dibakar sebanyak dua kali bagi mendapatkan warna yang cantik dan berkilat. "Pembakaran pertama selama lapan jam dibuat pada suhu 800 darjah Celcius.

Proses mewarna menggunakan cat seramik dilakukan sebelum dibakar sekali lagi dalam tempoh sama, kali ini pada suhu 1,800 darjah Celcius," katanya. Menurut Patricia, 45, pilihan warna tradisi seperti rona hitam, merah, kuning dan putih dikekalkan bagi memelihara keunikan pembuatan manik tradisional. Diilhamkan daripada motif flora serta corak imej tribal, manik dijadikan aksesori rantai, anting-anting, gelang tangan, hiasan kepala dan tali pinggang bagi menyerlahkan rupa paras si pemakai. "Corak-corak ini dilukis dengan teliti supaya kelihatan seragam dengan manik-manik lain. "Tekstur jalur pada manik juga dilorek menggunakan pencungkil gigi untuk mencipta sedikit kelainan khususnya dalam seni pembuatan manik moden," tuturnya. Tambah Patricia, seperti emas dan perak, manik seramik turut mempunyai nilai tersendiri.

Katanya, selain digunakan sebagai perhiasan diri, ia dikumpul sebagai koleksi dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Oleh sebab ia barang warisan, seutas rantai manik tanah liat berusia ratusan tahun mampu mencecah harga ribuan ringgit, manakala sebiji manik tersebut berharga ratusan ringgit. "Manik pusaka disifatkan sangat berharga dan diangkat sebagai simbol kemewahan yang melambangkan status sosial si pemakai dalam masyarakat. "Dulu, manik hanya dipakai oleh golongan bangsawan, penghulu, ketua kampung atau tuai rumah. "Bagi masyarakat Lun Bawang, 50 biji manik jenis 'bao tulong buror' yang memiliki corak jalur seperti penyedut minuman dikatakan mempunyai nilai bersamaan dengan seekor kerbau," katanya.


Seekor kerbau betina dengan berat 200 hingga 450 kilogram (kg) dijual pada harga RM700 hingga RM1,700 manakala kerbau jantan dengan berat antara 300 hingga 600 kg boleh didapati pada harga RM2,500 hingga RM4,000 seekor. Bagaimanapun, kata Patricia, ada yang beranggapan manik terlalu berharga untuk diperdagangkan lebih-lebih lagi jika ia merupakan warisan nenek moyang. "Manik pusaka lazimnya diwarisi oleh golongan wanita baik anak perempuan, anak saudara perempuan atau menantu perempuan. "Bagi yang tiada waris, mereka akan dikuburkan bersama manik tersebut bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan orang lain," jelasnya

serangan sihir keatas malaysiakini jelas menunjukkan puak puak UMNO karat dan sesat menjadi dalangnya....!!!







Serangan Subuh semalam ke atas premis Malaysiakini semalam merupakan kali pertama cubaan pihak penentang dari golongan  penyokong puak rasis  UMNO menggunakan ilmu hitam.

Selain disimbah cat merah dan 'dipersembah' dengan seekor itik hidup, portal itu turut menerima tiga gambar ahli parlimen DAP Teresa Kok yang dibungkus dalam plastik jernih.

Terdapat juga beberapa genggam beras yang dibungkus, dengan setiap satunya mengandungi jarum dan dibungkus dengan benang merah.

Semua peralatan ini telahpun diambil oleh polis untuk tujuan siasatan.

Tinjaun dengan mereka yang mempunyai pengetahuan dalam perkara ini menunjukkan beras dan jarum merupakan perkara yang biasa digunakan pengamal ilmu hitam.

Beras itu mewakili periuk nasi seseorang individu atau organisasi. Dan jarum itu, apa yang berlaku jika ada jarum dalam nasi yang anda makan? Ia boleh membunuh.

Jadi bungkusan ini bertujuan memusnahkan periuk nasi orang atau syarikat.

Kok menjadi sasaran beberapa protes setelah membintangi video satira "Onederful Malaysia" sempena perayaan Tahun Baru Cin


kita sebagai rakyat patut bangga....PM 1 malaysia kita sebagai antara pemimpin terboros di dunia



Minggu ini sekali lagi Malaysia dikenali di peringkat antarabangsa. Setelah beberapa kehebatan dan kecemerlangan yang berjaya dilakukan oleh pelbagai individu serta dalam pelbagai bidang sebelum ini yang sekaligus mengangkat nama Malaysia makin harum di persada dunia, kehebatan yang berlaku kali ini lebih "terangkat" lagi.

Lporan terbaru telah membariskan Perdana Menteri, Najib Razak diantara lima pemimpin dunia yang paling boros. Bersama dalam senarai itu ialah Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlosconi, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Korea Utara, Kim Jong-Un.

Najib dianggap boros kerana membelanjakan wang yang banyak bagi kos perjananan beliau dan perbelanjaan keluarganya sejak lima tahun lalu, di samping memperuntukan sejumlah besar wang lagi untuk menggaji pelbagai kumpulan konsultan dan penasihat bagi membantu pentadbirannya.

Robert Mugabe pula terkenal sebagai pemimpin yang boros terutama dalam meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke-90 baru-baru ini, walaupun di ketika sebahagian besar rakyatnya sedang menderita kelaparan dan hidup dibawah paras kemiskinan manakala Berlosconi adalah pemimpin playboy yang gemar bersukaria dan menghabiskan hampir setiap malamnya dengan dikelilingi gadis-gadis jelita di beberapa rumah agam yang dimilikinya.

Netanyahu pula dikenali sebagai pemimpin yang suka membeli perhiasan mahal untuk kediaman dan pejabatnya di mana kos membeli lilin wangi dan bunga saja sudah menelan belanja yang cukup menggemparkann, sementara Jong-Un yang baru beberapa tahun mengambil alih tampuk Korea Utara daripada bapanya adalah juga terkenal dengan kegemaran membeli perhiasan yang mahal-mahal di mana dilaporkan perbelanjaan untuk barangan mahalnya untuk tempoh setahun terakhir ini menyamai dua kali ganda pengeluaran yang dilakukan oleh bapanya dalam tempoh setahun.

Dengan Najib termasuk dalam senarai lima terboros ini dan dibariskan dengan nama-nama yang tidak asing lagi seperti Mugabe, Berlosconi, Netanyahu dan Jong-Un, bermakna Malaysia makin dikenali di peringkat antarabangsa. Najib dengan kehebatannya berbelanja yang cukup "terangkat" itu akhirnya berjaya mengangkat namanya dan juga nama Malaysia untuk lebih dikenali lagi di peringkat global.

Memandangkan tahun ini merupakan Tahun Melawat Malaysia dan kempen untuk menarik kehadiran pelancong turut giat dijalankan sejak tahun lalu lagi, kehebatan yang berjaya ditonjolkan Najib ini pastinya akan membuatkan lebih berganda lagi pelancong mengunjungi negara ini.

Namun sebagai rakyat Malaysia yang merasai sendiri pelbagai keperitan melalui kenaikan kos sara hidup, peningkatan harga barang dan dalam masa yang sama pemberian sekelumit tunai BR1M diagung-agungkan seakan-akan untuk menutup pemborosan dan belanja mewah pemimpin, tersenarainya Najib dalam kelompok lima terboros ini adalah suatu malapetaka bagi negara.

Di ketika rakyat terbeban dengan pelbagai kesukaran dan hutang negara sudah mencecah 54 peratus daripada KDNK negara, Najib sebaliknya dilihat di peringkat antarabangsa sebagai pemimpin yang boros dan suka bermewah.

Ini akhirnya akan menjadikan negara kita tidak lagi dipandang tinggi walaupun kita mempunyai bangunan KLCC yang merupakan keempat tertinggi di dunia. Kedudukan negara sebagai negara Islam yang penuh toleransi dan setiap tahun menganjurkan Musabaqah Al-Quran akan dengan sendirinya pudar roh keIslamannya.

Negara-negara jiran, baik yang lebih maju mahupun yang lebih ke belakang berbanding kita, pastinya sekarang ini mulai memandang sinis dan mentertawakan kita atas pencapaian ini. Malah pelancong yang datang juga mungkin bukan lagi untuk menikmati keindahan pemandangan dan kesedapan makanan tetapi lebih untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kemewahan Perdana Menterinya.

Jika hanya dalam tempoh lima tahun berkuasa saja Najib sudah berjaya membariskan namanya dalam "kelompok lima terbaik" ini, pastinya jika diberi lebih masa, makanya lebih banyak lagi "pencapaian" mengkagumkan yang mampu dilakukannya atas nama dan kuasa sebagai Perdana Menteri.

Kiranya pelbagai kelemahan mengenai Najib, termasuk yang dikritik keras oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin selama ini belum cukup kuat untuk merangsang pertukaran Najib, begitu juga dengan pelbagai derita dan sengsara yang mulai dirasai sendiri oleh rakyat, kehebatan terbaru Perdana Menteri ini mungkin merupakan satu lagi alasan kukuh ke arah yang sama.

Dengan meletakkan dirinya dianugerahkan dalam senarai lima paling boros di dunia, rakyat pada hakikatnya sudah cukup malu dan terhina dengannya. Rakyat tidak sanggup lagi jika selepas ini kita tersohor lagi di peringkat antarabangsa misalnya dalam kategori negara bakal bankrap, hutang paling banyak atau kerana memiliki gelang mahu pun cincin di antara lima yang termahal dalam dunia.

Keliwon Ditangkap Di Hutan Pahang...?



Sepasukan askar hutan pahang berjaya menangkap seekor keliwon yang besarnya hampir 2x ganda sebesar manusia. Keliwon ini didapati menyerupai manusia dan kelawar. Makanan keliwon ini adalah darah manusia jadi berhati-hati jika anda ternampak bayangan keliwon.

Menurut kajian, Keliwon adalah Khamis Malam Jumaat. Setiap kali malam jumaat, perkataan malam jumaat keliwon ini sering kali meniti di bibir sesetengah dari kita. Malam jumaat keliwon ini sering kali dikaitkan sebagai malam yang menyeramkan ataupun keras kerana dipercayai pada malam itu pelbagai jenis syaitan bergentayangan atau berterbangan. Selain itu juga dikatakan pada malam ini, para pengamal ilmu hitam atau ilmu yang salah akan menamatkan pengajian dan secara tidak langsung menguji ilmu mereka.

musnahkan tapak rumah nabi...ada akalkah...?



Kaherah: Pihak berkuasa Arab Saudi dikatakan merancang memusnahkan kawasan yang dipercayai menjadi tapak rumah tempat Nabi Muhammad (SAW) lahir sebagai sebahagian daripada projek pembangunan. “Lokasi bersejarah terakhir di negara itu ialah tempat kelahiran Nabi Muhammad (SAW) dan ia amat penting kepada masyarakat Islam sedunia,” kata sejarawan dan Pengarah Eksekutif Yayasan Penyelidikan Warisan yang berpangkalan di Britain, Dr Irfan al-Alawi. “Ramai tidak menyedari terdapat rancangan memusnahkan kawasan itu,” katanya.

Menurutnya, rancangan terbaru untuk memusnahkan tapak itu yang kini menempatkan perpustakaan kecil dibuat bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks moden, termasuk kediaman imam dan istana diraja. Perpustakaan kecil yang dibina pada 1950-an itu terletak di atas atas tapak yang dipercayai ulama sebagai tempat kelahiran Nabi Muhammad (SAW). Pemimpin Saudi yang menafikan Nabi Muhammad dilahirkan di situ menentang sebarang rancangan pemuliharaan kawasan sejarah yang mempunyai kaitan dengan Rasulullah atas alasan ia akan dijadikan tempat penyembahan.

Keluarga diraja Saudi tahun lalu menolak rancangan awal untuk menggantikan kawasan bersejarah itu dengan stesen kereta api untuk kegunaan jemaah haji atau membina perpustakaan baru. Bagaimanapun, syarikat yang terbabit dalam pembinaan sekitar Masjidil Haram berkata, sebuah kompleks moden, termasuk sebuah istana dan kediaman imam akan dibina di kawasan itu.

bini programmer





Seorang isteri mengadu mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."
Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami : Bad command or filename.
Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami : Errorneous syntax. Abort?
Isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami : Variable not found...
Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami : Sharing Violation. Access denied...
Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami : Too many parameters...
Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami : Data type mismatch.
Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami : It's by Default.
Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?
Suami : File in use ... Try later.
Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?
Suami : Unknown Virus.

lubuk sungai berpuaka



Pasukan Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat Mohd Zaki dan Mohd Izoan Hakimis yang timbul hampir serentak di Sungai Muar, Buloh Kasap, Segamat, kelmarin


Segamat: Bagi kanak-kanak penduduk Kampung Kuing Patah, cerita lubuk puaka ‘Pasir Rusa’, menjadi
ingatan setiap kali mereka berhajat ke lokasi lapan pelajar lemas di Sungai Muar, Buluh Kasap, kelmarin.

Di lokasi berkenaan ada beberapa lubuk yang dalam dan diketahui penduduk sebagai kawasan yang agak ‘keras’ dan berpuaka.

Malah ada penduduk mendakwa mereka pernah terserempak dengan lembaga hitam besar ketika menangkap ikan dan udang di kawasan kejadian lemas itu.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali Ani, 48, mengakui kawasan sungai di situ berpuaka.

“Sejak kecil kami adik-beradik memang dilarang bermain di situ selepas arwah ayah terserempak dengan lembaga hitam besar ketika mengail udang di situ.

“Kawasan berhampiran lapan remaja lemas itulah arwah ayah pernah terserempak dengan lembaga itu. Dulu ada pokok berembang yang besar di tebing sungai berhampiran kawasan lubuk di situ, namun
sekarang ia sudah tiada akibat hakisan.

“Arwah ayah selalu pesan jangan sesekali pergi ke kawasan pokok berembang itu kalau tak mahu terserempak lembaga puaka Pasir Rusa. Itu sebabnya penduduk di sini memang mengelak pergi ke kawasan itu, ” katanya

Penduduk Othman Mohd Diah, 53,berkata sungai berkenaan yang terletak bersebelahan kampung itu terbiar
sejak 20 tahun lalu, sebelum kerja mengorek pasir bermula sejak tahun lalu.

Katanya, beberapa insiden menyeramkan juga pernah dihadapi penduduk kampung berkenaan sebelum ini yang kebanyakannya mencari rezeki di sungai sebagai nelayan.

 “Beberapa nelayan pernah mengalami peristiwa misteri ketika menjala dan menangkap ikan di situ dulu termasuk bot secara tiba-tiba berpusing, selain kejadian seolah-olah ada lembaga yang mengawasi serta mengekori mereka.

“Itulah sebabnya tiada siapa yang berani mandi atau pun menangkap ikan di kawasan itu lagi, malah suasana di situ juga suram dan menyeramkan, tidak kira siang atau malam, ” katanya.

Dalam kejadian pada jam 8.50 pagi kelmarin, seorang remaja yang berjalan di kawasan berpasir di sungai itu bersama 11 rakannya, tiba-tiba tergelincir ke dalam sungai itu sebelum tujuh rakannya yang cuba membantu turut hilang.

Empat lagi rakan mangsa bagaimanapun terselamat kerana tidak terjun ke dalam sungai selepas melihat satu demi satu kawan baik mereka ‘ditelan sungai’.


laa..ingat mat bangla buat kerja haram....rupanya...betina melayu yang hantam duit haram



Salam, cuma nak kongsikan pengalaman saya mengisi minyak di stesen minyak Petronas Jalan Semambu, Kuantan.

Pada jam 6.45 petang, saya berhajat mengisi minyak kereta di situ selepas selesai servis kereta untuk balik kampung. (servis kereta RM500 terbang...)

Selepas parking di pam, saya pergilah buat pembayaran kat cashier. Pada masa itu ada dua orang cashier perempuan. Seorang berkulit cerah dan seorang lagi berkulit agak gelap sedikit. Saya nak isi minyak RM60, jadi saya hulurlah sekeping RM50 dan sekeping RM10 pada cashier yang berkulit gelap sedikit tersebut.

Kemudian, datang seorang pekerja Bangladesh pakai kopiah tolong pam minyak kat kereta saya. Sambil tunggu minyak siap di pam, saya duduk tepi kereta tengok meter pam itu naik dan tiba-tiba berhenti di jumlah RM50. Saya hairan, terus tanya pekerja Bangladesh itu kenapa RM50 je.

Lelaki Bangladesh itu tanya, "abang bagi kat cashier yang mana?". Terus saya tunjuklah cashier perempuan yang berkulit gelap sikit itu tadi.

"Owh, itu perempuan tara guna punya melayu. Suka curi duit orang. Orang bagi RM30, dia tekan RM20 dan lagi RM10 dia sapu kalau driver tak perasan.

"Hari-hari banyak kali jadi ini macam abang. Ada customer perasan salah nombor macam abang, terus bagitau. Kalau jenis yang tak perasan, duduk dalam kereta, siap pam dan terus pergi, duit itu masuk dia punya poketlah.

"Saya pun islam, tapi saya tak suka makan duit orang. 1 sen pun itu duit orang tapi ini perempuan melayu la, kata islam tapi selalu makan duit orang.

Terkedu.. saya terus bertanya, "tak ada orang report ke kat bos you ke?"

Jawabnya, "bos ada di lagi 1 stesen pam. Sini jarang-jarang bos datang. Susah orang mau report. Ramai yang marah-marah, tetapi lepas dia masuk semula yang tak cukup itu, driver tu diam saja"

Selepas mendengar cerita lelaki itu, saya terus pergi ke cashier semula dan memaklumkan pada dia pam minyak tak cukup RM10 .

Perempuan itu dengan selambanya, "Sorry silap tekan".

Jika melihat pada gaya dan lenggok dia bercakap, saya perasan yang dia pada awal sememangnya tahu yang saya bagi RM60. Tetapi dia masih nak cilok duit saya RM10 kalau saya tak perasan.

"Dah lama buat kerja HARAM macam ni? Bentak ku..

"Sorry bang, saya silap tekan tadi." - jawabnya.

Mujurlah saya perasan, kalau tak, confirm perempuan tu dah curi duit saya. Entah berapa ramai yang telah menjadi mangsa pekerja yang tidak bertanggungjawab ini.

"Nasib baik saya perasan, berapa ramai yang dah jadi mangsa kau?

Aku gertak untuk laporkan kejadian ini pada pihak berkuasa namun terbantut bilamana dia mula meminta maaf.

"Bukan minta maaf kat saya, awak patut minta maaf pada orang yang dah jadi mangsa awak."

Dia terus senyap dan saya terus blah sebab nak mengejar masa, nak ambil anak lagi di rumah pengasuh.

Nasib baiklah saya ni jenis yang duduk tepi kereta tengok meter pam setiap kali isi minyak. Kalau jenis yang suka duduk dalam kereta, sukalah perempuan tu curi duit orang. Entah berapa ramai yang dah jadi mangsa dia.

Jadi, untuk peringatan kepada para pembaca di laman ini, hati-hati bila isi minyak tak kira di mana-mana stesen minyak sekali pun. Pencuri boleh ada di mana-mana.




My Media Hub

siapa makan cili dia terasa pedas....apa nurse nurse pikir dia orang betul betul perfect ke...?




Air Asia didesak supaya menarik balik iklan terbarunya di atas pesawat yang didapati menyakitkan hati para jururawat.

Iklan yang ditampal pada belakang tempat duduk penumpang itu berbunyi, “You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses” (Anda mahukan ibu, kerana anda berada di hospital bersama jururawat yang memberikan layanan buruk).

Ayat ini sebenarnya digunakan bagi mengiklankan pakej perlindungan Tunes Insurance Malaysia.

Terdapat jururawat yang terlihat iklan ini di atas pesawat, kemudiannya memberikan mesej jelas bahawa mereka terasa hati apabila memuatnaik gambar iklan terbabit di laman Facebook pemilik Air Asia, Tony Fernandez bersama luahan perasaan.



Disebabkan aduan diterima, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) turut meminta supaya Air Asia memohon maaf kepada seluruh jururawat di Malaysia kerana dianggap memperkecilkan pekerjaan mulia tersebut.

Presiden MMA Datuk Dr N.K.S.Tharmaseelan berkata, iklan ini sudah pasti dibaca oleh ramai penumpang dari pelbagai latar belakang dan tempat yang menaiki pesawat Air Asia sekaligus memberikan gambaran negatif tentang kerjaya jururawat di negara ini

patutlah cepat bangkrap...dulu hidang nasi lemak ' telanjang ' kini hidangkan makanan ' hospital ' pula....beginikah identiti syarikat penerbangan kebangsaan negara kita yang wajar di banggakan dan di pertahankan....!!!!




SUDAHLAH mengalami kerugian kira-kira RM1 Bilion baru-baru ini, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) terus dirundung malang apabila menerima lagi kritikan daripada chef terkenal dari Malaysia.

Kali ini kritikan diterima dari Chef Zam di laman Instagramnya dengan melabelkan makanan yang disajikan di dalam pesawat MAS itu sebagai ‘makanan hospital’.

Menu yang jadi mangsa kritikan kali ini ialah masakan Asam Pedas yang dikutuk Chef Zam tanpa kewujudan ikan.

Chef Zam turut mengkritik ketiadaan makanan pencuci mulut seperti coklat atau sebagainya dan keadaan nasinya yang dikatakan lembik.

“Ada sesuatu yang tidak kena dengan makanan yang dihidangkan MAS dalam pesawat mereka. Ia adalah amat memalukan bukan sahaja kepada penumpang penerbangan domestik tetapi juga penerbangan antarabangsa. Bagaimana anda boleh mempromosikan Malaysia sebagai syurga makanan apabila hidangan pertama yang disaksikan mereka seteruk ini?

“Adalah amat memalukan apabila melihat usaha kerajaan contohnya Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Tourism Malaysia yang membelanjakan berjuta-juta ringgit wang pembayar cukai untuk mempromosikan makanan Malaysia kepada dunia,” katanya di laman Instagramnya chef_zam.

Kritikan terbaru ini menjadikan makanan sajian dalam pesawat MAS telah dikritik tiga kali dalam tempoh beberapa bulan oleh dua chef iaitu Chef Wan dan Chef Zam. Satu lagi kritikan hadir daripada seorang Aktivis Sosial iaitu Josh Hong mengenai Nasi Lemak.

Sebelum itu, Chef Wan turut mengkritik menu Nasi Lemak sajian MAS dalam penerbangan ke Bangkok dan mengatakan ia seperti ‘telanjang’.

Pihak pengurusan MAS sepatutnya mula mengambil serius kritikan-kritikan seperti ini yang dilihat semakin kerap muncul dilakukan secara terbuka di laman sosial.

bekerja ikut giliran syif menyebabkan pekerja mengalami pelbagai masaalah kesihatan...?



KERJA pada syif malam meningkatkan risiko menghidap penyakit jantung.

KAJIAN mendapati individu yang bekerja mengikut giliran syif berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan termasuk kanser, diabetes, strok serta masalah mental.

Kajian itu juga menunjukkan bekerja pada syif malam meningkatkan risiko penyakit jantung sehingga tiga kali ganda.

Pakar penyelidik dari Pusat Penyelidikan Tidur di University of Surrey, England, Profesor Derk-Jan Dijk berkata, bekerja secara syif dikatakan dapat memusnahkan sehingga 1,500 gen dalam tubuh manusia. Tubuh manusia mempunyai kira-kira 24,000 gen.

Menurutnya, gangguan terhadap kitaran 24 jam semula jadi badan akan secara tidak langsung mengubah pola irama gen.

Untuk menilai kesan ke atas tubuh, penyelidik menempatkan 22 orang responden mengikut jadual 28 jam sehari tanpa kitaran cahaya gelap semula jadi.

Hasil kajian mendapati, kitaran tidur-jaga mereka tertangguh sehingga empat jam setiap hari menyebabkan mereka tidur 12 jam berbeza daripada hari normal.

Sampel darah juga menunjukkan pengurangan enam kali ganda dalam bilangan gen dalam tempoh kira-kira 24 jam.

Pengurangan gen itu dipercayai mempengaruhi kitaran tubuh dalam jangka masa panjang sekali gus mengakibatkan masalah kesihatan.


wanita melayu banggang sanggup di peralatkan awang hitam dalam sindikit penipuan



Ampang: Cinta yang mendalam terhadap kekasih ‘Awang Hitam’ membuatkan seorang wanita tempatan meraung dan memeluk kekasihnya itu ketika disoal siasat polis selepas mereka ditahan dalam Op Tiong di sekitar kawasan kondominium, di Taman Kosas, di sini awal pagi semalam.

Wanita terbabit ditahan bersama 40 warga Afrika berusia 30 hingga 40 tahun kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan cinta Internet atau Love Scam selain pelbagai kesalahan imigresen.

Wanita itu dipercayai dipergunakan kekasihnya untuk menjalankan penipuan mereka sebelum ditawarkan kehidupan mewah menyebabkan dia terjebak.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, operasi bermula jam 1.30 pagi itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, JSJK Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Menurutnya, operasi bersepadu ini dilancarkan bagi membendung kes jenayah komersil membabitkan warga asing terutama warga Afrika yang terbabit dalam kes tipu parcel, pemalsuan dokumen, penggubalan wang haram, penipuan perniagaan yang tidak wujud dan lain-lain lagi.

manusia batu



SETIAP langkah dan pergerakan dalam kehidupan harian Lucy Pratt perlu sentiasa dilakukan secara berhati-hati.

Luka kecil akibat terhantuk atau terjatuh boleh bertukar menjadi igauan ngeri kepada gadis berambut perang ini.

Manakan tidak, wanita yang berasal dari Stourbridge, West Midlands, England ini menghidap sindrom pelik yang menyebabkan dagingnya mengeras menjadi tulang.

Pratt langsung tidak boleh terluka kerana setiap kecederaan yang dialami walaupun sedikit sudah cukup untuk mempercepatkan pembekuan daging menjadi keras.

Cerita Pratt, dia mula mengalami gejala tersebut ketika berusia 15 tahun.

Katanya, seperti kanak-kanak lain, dia menjalani kehidupan normal sehinggalah pada suatu hari, dia terjatuh semasa sedang bermain.

Tanpa disangka, satu benjolan besar timbul pada belakang badannya dan semakin membengkak setiap hari sehingga dia berasa sangat sakit.

"Benjolan itu sebesar tapak tangan dan berwarna kemerah-merahan. Saya tidak boleh baring atau meletakkan sebarang beban di kawasan yang tercedera kerana terlalu sakit," tuturnya seperti dipetik portal Daily Mail.

Bimbang dengan keadaan kesihatan Pratt, ibu bapanya, Nick dan Sheryll Hadley membawa anak gadis mereka ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Keputusan ujian biopsi pada mulanya mendapati dia menghidap penyakit nekrosis miositis proliferatif yang mana gentian otot dan kulit menjadi bengkak serta kemerah-merahan.

Bagaimanapun, dia disahkan menghidap fibrodisplasia osfikans progresiva (FOP) apabila salah seorang doktor mendapati ibu jari kaki kanannya lebih kecil berbanding kaki kiri yang mana keadaan itu merupakan gejala umum pesakit FOP.

Ujian X-ray serta beberapa pemeriksaan lain turut mengesahkan bahawa Pratt menghidap penyakit tersebut.

Dalam usia yang baru menjangkau 27 tahun, wanita ini sudah tidak mampu menggerakkan sebahagian tubuh termasuk leher kerana kesan kecederaan yang berlaku sebelum ini.

Dia tidak lagi dibenarkan melakukan aktiviti lasak dan sukan kerana dikhuatiri akan ditimpa kecederaan serius.

"Saya tidak mampu memandu kereta, memakai baju serta menyikat rambut," katanya sambil memberitahu, semua itu terpaksa dilakukan dengan bantuan ibunya.

Walaupun masih dapat berjalan, pergerakannya sangat terbatas. Dia juga tidak boleh mengangkat tangan melepasi paras kepala.

Keadaan itu dikatakan akan terus merebak ke bahagian lain tubuh dan menjadi lebih teruk pada masa akan datang.

Dalam kata lain, wanita ini sedang bertarung dengan masa sebelum seluruh badannya menjadi kaku seperti batu dan terperangkap dalam tubuh sendiri.

Meskipun kesihatan fizikalnya tidak seperti manusia normal, gadis ini berjaya menghabiskan sesi persekolahan dan melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Malah, lulusan Universiti Oxford dalam bidang Sains Fisiologikal itu kini bekerja sepenuh masa dengan sebuah syarikat penerbitan sains bioperubatan di London.

Menurut pakar perubatan dari Universiti Oxford, Prof. Dr. Paul Wordsworth, kecederaan juga boleh membuatkan sendi-sendi pesakit menjadi keras kerana pertumbuhan tulang berlaku tanpa henti.

Jelasnya, pertumbuhan tulang berkembang dari atas ke bawah sama seperti pertumbuhan tulang ketika di peringkat janin.

Kebiasaannya, keadaan ini akan bermula pada leher dan seterusnya merebak ke bahu, lengan, dada dan kaki.

Namun, dalam sesetengah kes, penyakit ini juga bermula pada bahagian punggung, perut dan akhir sekali kepala.

Wordsworth memberitahu, setakat ini, masih belum ada penawar untuk merawat penyakit berkenaan.

"Apa yang boleh dilakukan hanya proses melewatkannya supaya tidak merebak dengan cepat selain menjalankan pembedahan pengasingan gen yang menyebabkan daging menjadi keras.

"Tulang yang terus tumbuh tanpa henti juga perlu dipotong bagi melambatkan proses ini," ujarnya.