28 February 2014

patut lah beria ia nak jadi yang di pertua negeri rupa taib mahmud dan anak terlibat perjanjian perniagaan gelap RM6.6 juta..jadi kebal dari sebarang pendakwaan...!!!





Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersama anaknya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib di dakwa  terlibat  dalam satu perjanjian perniagaan gelap bernilai RM6.6 juta (AS$2 juta) dengan sebuah syarikat berpengkalan di Jerman.

Pembongkaran perjanjian tersebut didedahkan  dua hari sebelum Taib dijangka mengambil alih jawatan Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak daripada Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang akan bersara 28 Februari ini.

Taib dan anaknya, Abu Bekir, terlibat dalam perjanjian lumayan dengan syarikat pengurusan sisa Trienekens dengan kerajaan Sarawak pada 1998. Syarikat berpengkalan di Jerman itu juga sebelum ini pernah terlibat dalam kes rasuah pada 1999.

Trienekens menjalankan kerjasama dengan syarikat tempatan, Sarawak Capital, yang dimiliki anak Taib Mahmud untuk memberikan 'khidmat nasihat' bernilai RM6.6 juta sebagai sebahagian daripada perjanjian.

Penglibatan anak Taib tersebut mempunyai konflik kepentingan.Secara faktanya, nilai besar yang dibayar kepada syarikat anak Taib sebagai sebahagian daripada perjanjian kelihatan mempunyai konflik berkepentingani.

Anak Taib juga turut bersama menandatangani perjanjian persefahaman yang dimerterai antara Sarawak Wastes Management Sdn Bhd sebagai wakil kerajaan Sarawak dengan syarikat Jerman tersebut.

Ia masih tidak jelas mengapa anak Ketua Menteri Sarawak perlu menjadi saksi dalam perjanjian bernilai besar tersebut antara kerajaan negeri dan firma antarabangsa..

Pakar perundangannya mendapati perjanjian dengan syarikat milik anak Taib, Sarawak Capital, hanyalah sebuah "perjanjian".

Syarikat milik anak Taib tersebut didakwa tidak terikat dalam kewajipan kontrak dalam "skop kerjanya".

Perjanjian ini menunjukkan wujudnya sogokan tersembunyi; tidak kelihatan Sarawak Capital membuat sesuatu ke atas wang mereka peroleh dan tidak munasabah mempunyai nilai komersil.

Trienekens dan Sarawak Capital bagaimanapun masih belum memberi jawapan berkenaan isu tersebut .

Namun, firma guaman di London, Mishcon de Reya yang mewakili Taib menafikan anak guamnya terlibat dalam "perjanjian palsu" .

"Perjanjian yang anda rujuk bukan 'perjanjian', juga bukan sogokan sama ada tersembunyi atau sebaliknya," kata firma guaman tersebut.

Bagaimanapun, terdapat kesangsian ke atas perjanjian tersebut memandangkan CEO Trienekens Hellmut Trienekens pernah didapati bersalah terlibat dalam rasuah bernilai jutaan euro kepada pegawai tempatan menerusi Switzerland untuk membina sebuah insinerator sisa di Cologne, Jerman.

Susulan perkembangan terbaru di mana Taib kemungkinan dilantik sebagai TYT Sarawak, kita  mendesak Putrajaya menyiasat pendedahan terbaru ini.

Kes ini melibatkan kepentingan awam yang perlu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tekanan kepada Taib supaya tidak dilantik sebagai TYT semakin ketara, minggu lalu sekumpulan 50 NGO melancarkan petisyen dalam usaha menghalang pelantikan ketua menteri Sarawak yang didakwa mereka seorang perasuah dan menyalahgunakan kuasa sepanjang 33 tahun pemerintahannya.

Satu kajian oleh Bruno Manser Fund (BMF) mendedahkan harta Taib mencecah AS$15 bilion (RM46 billion) dan 20 ahli keluarganya mengumpul harta hampir AS$21 bilion (RM64 bilion).

Pada 16 Februari lalu, BMF yang berpengkalan di Switzerland juga membuat laporan polis ke atas keluarga Taib atas dakwaan penyeludupan balak haram di Kanada, malah PAS juga menggesa SPRM membuka kertas siasatan ke atas ketua menteri tersebut.

BMF berkata, satu laporan polis dibuat kepada Royal Canadian Mounted Police, berdasarkan "bukti baru" yang mendapati wujud kaitan kewangan antara Richfold Investments di Hong Kong dengan Sakto Development Corporation di Ottawa, Kanada.

Sakto Development Corporation adalah sebuah syarikat pemaju jutaan ringgit yang dimiliki oleh anak perempuan Taib, Jamilah Taib Murray

1 comment:

  1. Amacam anak-anak Serawak....Miskin menjadi papakedana...Kaya bertambah rayaaa...

    rakyat serawak kena bangkit tuntut hak mereka...

    Siapa berani tangkap dan menyiasat keluarga Taib? Mata, mulut dan tangan SPRM dan polis telah ditutup dan digari oleh duit Taib.

    Pangkah lah Barang Naik dan anda akan terus menjadi papa kedana. Negeri yg kaya dengan hasil bumi tapi rakyaat tidak mendapat setimpal dgn hasil yg dikeluarkan. Sepatutnyà Sarawak adalah negeri yg terkaya diMalaysia tapi disebabkan keluarga taib,rakyaat Sarawak merana. Harga barang dah le mahal dari semananjung tapi gaji pokok lagi rendah.

    ReplyDelete