22 February 2014
chew mei fun di pilih jadi lembu korban MCA sementara BN mengangap dirinya jadi anjing panas di prk kajang
KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun disifatkan sebagai calon ‘underdog’ dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan.
Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) akan melakukan yang terbaik terutama bagi memberi saingan terhadap calon lain pada PRK itu nanti.
“Kali ini kami (BN) akan bertanding sebagai calon ‘underdog’.
“BN akan bekerja keras untuk pastikan kami memperoleh keputusan yang terbaik,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn di sini, Jumaat.
Mengulas lanjut Najib berkata, Umno sebagai komponen terbesar dalam BN akan memberi sokongan padu kepada wakil MCA itu nanti.
“Kami akan sokong beliau. Kami akan cuba yang terbaik,” katanya yang juga presiden Umno.
Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.
PKR menamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon.
Manakala bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim turut mengumumkan pencalonannya sebagai wakil Bebas. – mstar.com.my
anjing kepanasan...BN cuba juga meletak calon yg kunun kunun sangat berwibawa...akhir dapat calon lembik dari MCA....mana calon calon tegar yang cakap berdegar degar...nalla karuppan mana..?...berahim ali mana..?..zul kulop mana...?...noh omar pun takut tak de telor...najib..?..macam biasa lah jadi kangkung..!!!...kata tak nak membazir wang rakyat...tapi kenapa letak calon..?.kalau BN menang nanti pun aku tak terperanjat ...pengundi hantu dah siap menunggu berbas bas di kajang...ha ha ha
ReplyDelete