14 February 2014

di sangka bom rupanya ketulan emas ditemui dalam pesawat





KUALA LUMPUR – Tiga ketulan emas yang ditemui dalam tandas pesawat penerbangan tambang murah India pada Khamis telah dipindahkan ke Bank Negara untuk disimpan dengan selamat sementara pihak berkuasa berusaha mencari pemiliknya. Ketua Polis Daerah Sepang Supritendan Zaldino Zaludin berkata pihak berkuasa masih belum menentukan sama ada polis di sini akan meneruskan kes mengenai perkara itu memandangkan pesawat itu adalah dalam perjalanan dari Singapura ke Chennai. “Kami tidak menerima banyak komunikasi daripada pihak berkuasa Singapura, yang mana ia boleh menjadi masalah kerana kita tidak tahu kes ini akan dijalankan di sini atau di sana. “Buat masa ini, kita hanya akan menyimpan ketulan di tempat selamat dan terkawal.

Pemunya atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai ketulan emas itu boleh datang ke Ibu Pejabat Polis Serdang. “Tetapi sesiapa yang datang, kita akan mempersoalkan bagaimana ketulan itu boleh berada di tandas. Dan mereka mesti menyediakan bukti ia adalah milik mereka,” kata Zaldino. Pada Khamis, penerbangan Indigo 6EO54 melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.30 pagi, selepas seorang anak kapal ternampak bungkusan yang di salah sebuah tandas pesawat. Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesyaki ia mungkin mengandungi bom atau bahan kimia tetapi terkejut apabila menemui tiga ketulan emas seberat kurang daripada satu kilogram di dalam bungkusan. Sementara itu, Indigo memberitahu The Wall Street Journal bahawa syarikat penerbangan dan pihak berkuasa India tempatan telah menyiasat kejadian itu. – The Star

No comments:

Post a Comment