16 February 2014
hati hati ambil makanan dari ketuhar
BIARKAN seketika makanan di dalam ketuhar selepas tamat tempoh memasak seperti yang dicadangkan pengeluar.
KERANA mahu senang, sesetengah orang memanaskan makanan sejuk beku seperti ayam dan ikan menggunakan ketuhar gelombang mikro dan terus memakannya. Namun, makanan tertentu mungkin telah dicemari bakteria Salmonella tetapi tidak dapat dihapuskan kerana pengguna mengabaikan panduan penggunaan ketuhar berkenaan.
Satu kajian terbaharu oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) menegaskan tentang betapa perlunya pengguna memasak menggunakan ketuhar dengan cara yang betul iaitu membiarkan seketika makanan di dalam ketuhar selepas waktu masak tamat. CDC melakukan penyelidikan itu selepas kes rakyat AS yang sakit akibat Salmonella meningkat saban tahun.
Setelah diperiksa, didapati ia ada kaitan dengan cara orang Amerika menggunakan ketuhar. "Membiarkan makanan di dalam ketuhar gelombang mikro yang sudah off merupakan sebahagian daripada proses memasak. Pengguna mesti mengikuti arahan memasak yang disarankan pengeluar, termasuk mematuhi waktu tunggu yang dicadangkan," tulis CDC dalam laporannya. Orang ramai berpendapat makanan sejuk beku sudah masak sepenuhnya dan hanya perlu dipanaskan tetapi CDC berkata, suhu 74 darjah Celsius harus meliputi keseluruhan makanan bagi membunuh kesemua mikrob.
No comments:
Post a Comment