BENTUK jam Ibis yang dilengkapi skrin sentuh.
BARCELONA, Sepanyol - Sebuah studio teknologi di Finland, Creoir mencipta jam pintar yang bernama Ibis dan dipamerkan buat kali pertama pada Kongres Dunia Alat Mudah Alih di sini semalam.
Jam tersebut dilengkapi dengan kemudahan tanpa wayar, perkhidmatan Bluetooth 4.0 dan skrin boleh sentuh .
Ia diperbuat daripada keluli tahan karat dan bahan-bahan kristal.
"Kami percaya permintaan untuk jam pintar akan didorong menerusi jenama sukan dan fesyen. Ibis merupakan produk yang kami cipta untuk jenama fesyen," kata Ketua Pegawai Eksekutif Creoir, Pekka Vayrynen.
Bagaimanapun, harga jam pintar itu tidak didedahkan.
a
No comments:
Post a Comment