19 February 2014
Kamera telefon pintar boleh dipusing 206 darjah akan di lancarkan di malaysia
Industri telefon pintar kini gamat dengan kehadiran pendatang baru, Oppo dari China yang memiliki model N1, peranti dilengkapi kamera beresolusi 13 megapiksel boleh pusing sehingga 206 darjah. Ini bermakna, Oppo hanya dilengkapi satu kamera saja berbanding telefon lain yang memerlukan kamera belakang dan depan.
Model terbabit bertujuan menjadikan satu kamera dalam telefon yang mempunyai kualiti kamera terbaik tidak kira depan atau belakang berdasarkan enjin pemprosesan imej Pure Image dihasilkan Oppo. Kerangka aluminium penuh telefon ini bukan saja menghasilkan rekaan premium, malah warna cantik yang diperkemaskan.
Ini menolak stigma bahawa peranti buatan China langsung tidak berkualiti tinggi. Berasaskan saiz 5.9 inci, Oppo memperkenalkan cara baru menggunakan telefon pintar yang bukan saja pengguna mampu menyentuh skrin depan tetapi badan belakang peranti berkeluasan 12 sentimeter persegi bagi mengoperasikan serta menggerakkan aplikasi.
Satu inovasi baru disediakan termasuk penyediaan rantai kunci yang bukan saja menjadi alat kawalan untuk menekan ‘shutter’ kamera tetapi mengesan telefon dalam jarak 15 meter radius sekiranya anda tersalah letak.
SPESIFIKASI OPPO N1
Harga: Anggaran RM1,790
Tarikh dipasarkan di Malaysia: Jangkaan pada April 2014
Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 600 Quad Core 1.7GHz
Skrin: 5.9 inci 1080 x 1920 HD penuh, 377ppi Gorilla Glass 3
Memori: 16GB/32GB RAM: 2GB DDR3
Rangkaian: UMTS/HSDPA/HSUPA/HSPA+/HSPA+42 (WCDMA 850/ 900/ 1700/ 1900/ 2100MHz GSM/ EDGE (850/ 900/ 1800/ 1900MHz)
Sambungan: 802.11a/b/g/n Wi-Fi (802.11n 2.4GHz dan 5GHz),
Wi-Fi Direct, Bluetooth, NFC
OS: Android 4.2 Jelly Bean
Kamera: 13MP, lampu dwimod LED, Aperture f/2.0 Bateri: 3610mAh
Dimensi: 170.7 x 82.6 x 9mm Berat: 213g
No comments:
Post a Comment