14 February 2014

proton savvy dah jadi sayur..penggantinya di skodeng di sweden









Baru-baru ini, ‘paparazzi’  telah berjaya skodeng gambar kereta Proton Global Small Car (GSC). Gambar berkenaan dirakamkan nun jauh di Sweden, sedang dipandu uji dalam keadaan jalan dilitupi salji. Dipercayai, GSC sedang melalui proses ujian untuk menentukan keupayaannya dikendalikan dalam cuaca sejuk.

 Menurut jangkaan , GSC akan dilancarkan Proton seawal-awalnya suku tahun ini. Nama bagi kereta ini juga dikatakan sudah pun dipilih berdasarkan satu pertandingan yang diadakan. Berdasarkan gambar, saiz GSC nampaknya kelihatan besar sedikit daripada Savvy. Sama-sama kita nantikan produk terbaru Proton ini..





3m


kita nak tengok sejauh  mana  kualiti   pengeluar kenderaan yang mengaku kununnya menjadi kebanggaan rakyat malaysia..kita sedia maklum , berpuloh tahun rakyat negara ini di sajikan dengan mutu kenderaan yang tidak sepadan dengan  harganya...dari proton wira sampai proton persona ...banyak masaalah teknikal di temui..dari gelang getah pintu sampai power window sebelah pintu pemandu yang kerap jam...tak sudah sudah  tidak  dapat di selesaikan...

sepatutnya rakyat negara ini dapat menikmati harga yang murah bila ada kenderaan yang di hasilkan untuk pasaran tempatan...namun hampeh..jual di luar negara boleh pulak murah dari  yang di sajikan kepada rakyat negara ini.Nampak sangat  sikap double standard  pengeluar kenderaan nasional  ini. Itu tanda  keluaran yang tidak berkualiti  cuba untuk menipu pelangan di luar negara dengan menjual harga yang murah , sedang pelanggan rakyat negara ini di tipu hidup hidup dengan harga  yang mahal dan kualiti kenderaan yang hancus.Sepatut sudah lebih 20 tahun menghasilkan kenderaan nasional , masaalah masalah sebegini  tidak patut timbul.


No comments:

Post a Comment