15 February 2014

rumah beli mahal kualiti macam sial...pemaju lepas tangan...ada unsur rasuah..?



gambar hiasan

Putrajaya: Pembeli Perumahan Penduduk Kejiranan Kenanga (PPKK) di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi mendakwa wujud penyelewengan sepanjang proses pembinaan 144 unit rumah di kawasan itu berikutan keadaan rumah didiami kerap mengalami keretakan dinding, bumbung bocor dan bahan binaan yang tidak berkualiti. Lebih menyedihkan, keadaan bertambah buruk apabila pemaju perumahan sering lepas tangan setiap kali aduan diajukan penduduk.

Berikutan itu, wakil penduduk PPKK menghantar laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan meminta agensi itu melakukan siasatan terhadap pemaju perumahan berkenaan. Pengerusi PPKK Adi Hafiz Al’ Azmy berkata, mereka mahu SPRM menyiasat pemaju perumahan untuk mengetahui sama ada pembinaan rumah di situ mengikut Prosedur Standard Operasi (SOP) yang betul atau sebaliknya.

Menurutnya, penduduk mengesyaki wujud penyelewengan dalam proses pembinaan rumah berkenaan kerana sikap tidak ambil kisah pemaju perumahan setiap kali aduan dikemukakan kepada mereka. “Kami pernah memeriksa status tanah berkenaan dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 2012 dan mendapati status tanah adalah kosong sedangkan rumah sudah siap dibina, malah kami turut menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC). “Kami hairan bagaimana status tanah mengatakan tempat itu kosong sedangkan kami sudah menerima CCC,” katanya sebelum membuat laporan di SPRM, semalam.

Pada 5 Januari lalu, akhbar ini melaporkan, 71 daripada 144 pembeli PPKK di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi membuat aduan kepada pemaju selepas kecewa dengan kualiti kediaman dihuni sejak setahun lalu. Perumahan berkenaan yang dijual pada harga antara RM300,000 hingga RM600,000 siap pada Mei 2012 sebelum pemaju menyerahkan kunci rumah kepada pembeli sebulan kemudian. Antara kerosakan termasuk retakan dinding dan pagar, kemasan lantai kosong, bumbung bocor, pili dan tombol pintu mudah rosak, tekanan air rendah serta pemasangan pendawaian elektrik dan paip tidak sempurna.








1 comment:

  1. boleh repot kat SPRM...atau buat bising di mana mana media...tak pe ...tapi jangan terlalu berharap sangat...sebab kita pun tau rasuah bermaharajalela terutama melibatkan orang atasan / VIP/ orang yang mempunyai kuasa meluluskan sesuata projek..negara kita dengan negara indon tiada jauh bezanya dalam bab bab melantak duit haram ( rasuah ).negara indon dah lama bangkrap kerana rasuah , kini negara kita bakal menyusul...

    yang kantoi kes lembu NFC ,skandal PKFZ ,skandal 1 Azam dll selamba ajer...tak kena dakwa pun dia orang nie..

    kalau SPRM boleh kata kecuaian / kelalaian kerana kebodohan tidak boleh di dakwa ...maka faham faham maksudnya...jika melibatkan VIP2 yang tertentu...tu pasal perlembagaan dan undang undang negara ini pelik sikit...di mana kalau pencuri masuk rumah , tuan rumah kena dakwa.....!!!

    ini bermakna kalau kita dedahkan rasuah dan salah laku orang orang ini yang ada kaitan dengan pemimpin politik bermakna kita kena bersiap sedia samada di belasah oleh algojo algojonya atau tindakan mahkamah menyusul atas nama saman malu ....

    ReplyDelete