KOMBINASI gambar menunjukkan sebuah serombong runtuh di Pelabuhan Kembla, Australia semalam.
PELABUHAN KEMBLA, Australia - Sebuah serombong setinggi 200 meter diruntuhkan dengan menggunakan bahan letupan di sini semalam.
Hampir 1,000 bahan letupan diletakkan di sekeliling serombong tersebut sebelum ia diletupkan.
Serombong yang dibina dengan menggunakan kira-kira 7,000 tan konkrit itu kemudian putus dua selepas ia diletupkan.
Ribuan orang menyaksikan serombong itu diruntuhkan yang terletak kira-kira 100 kilometer ke selatan Sydney.
No comments:
Post a Comment