BR1M diagih selagi ekonomi kukuh
NAJIB (dua dari kanan) menyampaikan replika baucar i-BR1M kepada P. Malathi yang kematian suami pada majlis pelancaran BR1M 3.0 di SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razakkelmarin melancarkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 dengan peruntukan berjumlah RM4.6 bilion untuk dikongsi oleh seramai 7.9 juta rakyat negara ini.
Perdana Menteri berkata, pemberian subsidi bersasar iaitu pengagihan bantuan secara tunai terus kepada penerima itu akan diteruskan selagi kerajaan dapat mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi negara sedia ada.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ia sekali gus menjadi penanda aras kepada kemampuan kerajaan untuk melaksanakan program pembangunan dan menyalurkan bantuan kepada rakyat.
"Bila hasil negara bertambah, kita akan kongsi dan agihkan kekayaan itu kepada rakyat," katanya ketika berucap melancarkan BR1M 3.0 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki di sini kelmarin .
11 tahun negara dalam hutang
No comments:
Post a Comment