18 March 2014

alih isu kelemahan kerajaan dengan menuduh pembangkang sebagai dalang perampas kapalterbang...!!!



Kita  mengecam spekulasi menyatakan juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang mungkin mensabotaj pesawat itu kerana motif politik

Apa yang dilihat  sebagai usaha untuk menggambarkan Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai "orang yang tidak layak", sekali gus memburuk-burukkan nama juruterbang penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang 8 Mac lalu itu.

Apakah ia merupakan kejahatan bagi seseorang untuk menjadi anggota PKR? Nampaknya ini  adalah usaha untuk mengalihkan kelemahan kerajaan.

Hilangnya pesawat MH370 secara misteri mencerminkan bukan sahaja kerajaan yang berkuasa tidak kompeten tetapi juga tidak bertanggungjawab.

Hari ini, akhbar Berita Harian melaporkan hasil siasatan daripada simulator milik juruterbang penerbangan MH370 yang diambil dari rumahnya Sabtu lalu, penyiasat menemui lima landasan latihan dalam perisiannya, dan salah satu daripadanya ialah milik Amerika Syarikat (AS).

Selepas 10 hari gagal menemui MH370, penyiasat kini menumpukan siasatan ke arah juruterbang dan anak kapal serta penumpang bagi meneliti punca kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu daripada sudut lain.

"Antara perisian yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia), serta tiga landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter," kata sumber yang dipetik akhbar Berita Harian, hari ini.

Akhbar tabloid Britian Daily Mail melaporkan pada Ahad kemungkinan Zaharie bertindak mensabotaj pesawat kerana kecewa Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Saful Bukhari Azlan pada 2008.

Bagaimanapun Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberitahu  walaupun Zaharie merupakan anggota seumur hidup PKR, perkara ini mustahil untuk berlaku kerana ia melibatkan nyawa ramai orang

No comments:

Post a Comment