SEPANG – Pesawat MH370 tidak mungkin dikawal dari jauh untuk mengubah haluan penerbangannya, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
“Dari segi kawalan jauh, saya rasa tidak mungkin…sekiranya ada maklumat ia mesti disiasat,” katanya pada sidang media harian di Hotel Sama-Sama di sini sebentar tadi.
Hishammuddin sebelum itu ditanya sama ada pesawat Boeing 777-220ER Penerbangan Malaysia (MAS) itu dikawal pihak tertentu dari jauh.
No comments:
Post a Comment