25 March 2014

berakhirlah sudah perjalanan mh 370 di lautan hindi



Penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Ianya telah  dimaklumkan mengenai perkara ini oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.

Pakar analisis data satelit Inmarsat, yang sebelum ini memberi anggaran lokasi pesawat itu di dua koridor utara dan selatan, merumuskan pesawat malang itu mengakhiri perjalanannya di tengah-tengah Lautan Hindi di barat bandaraya Perth, Australia.

Ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari mana-mana kawasan landasan.Bahawa berdasarkan data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Maklumat terbaru ini dikongsi awal kepada umum untuk menunjukkan  rasa hormat terhadap anggota keluarga yang terlibat.

Anggota keluarga berkenaan sudah diberitahu mengenai perkembangan tersebut.Beberapa minggu yang lalu amat menyayat hati. Berita ini lebih sukar diterima.

Sementara itu, ahli keluarga penumpang yang terlibat  sedang diatur bagi menerbangkan mereka dengan pesawat khas ke Australia..

Ahli keluarga yang terlibat akan dibawa terlebih dahulu ke Beijing sebelum diterbangkan ke Australia, selepas beberapa serpihan dipercayai milik pesawat MH370 dikesan di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Sementara  khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh MAS kepada keluarga terlibat, yang memberitahu bahawa tiada penumpang yang terselamat.

Petang semalam , pasukan penyelamat Australia sedang bergegas ke sebuah kawasan terasing di lautan untuk cuba mendapatkan serpihan yang dilihat sebelumnya.

Serpihan yang berbentuk bulatan dan segi empat itu merupakan peninggalan pertama penerbangan MH370 yang ditemui setelah 17 hari usaha mencari dan menyelamat yang paling besar pernah diadakan untuk sebuah pesawat.

Misi pencarian pesawat MH370 merupakan yang paling lama dalam sejarah penerbangan awam moden.

Rekod tempoh pencarian sebelum ini adalah 10 hari iaitu dalam nahas Boeing 737-400 milik PT Adam Skyconnection Airlines, yang hilang di perairan Sulawesi pada 1 Januari, 2007.

1 comment:

  1. Sekian lama usaha mencari....akhrnya terungkai jua....pada waris yg terlibat takziah di ucapkan ....al fatihah

    ReplyDelete