24 March 2014

curi maklumat peribadi




Drone kawalan jauh, Snoppy yang digunakan oleh pakar keselamatan siber, Glenn Wilkinson semasa menjalankan ujian untuk mencuri maklumat peribadi pengguna telefon pintar.

LONDON 23 Mac - Kumpulan penggodam di Amerika Syarikat mempunyai kemampuan untuk mencuri maklumat peribadi termasuk data bank, kata laluan dan alamat rumah menggunakan alat permainan kawalan jauh drone me­lalui akses jalur lebar yang terdapat pada telefon pintar, lapor rangkaian televisyen CNN.

Jelas laporan berkenaan, syarikat keselamatan teknologi, Sensepost yang berpangkalan di London menjalankan ujian baru-baru ini menggunakan drone dikenali sebagai Snoopy untuk melihat rekod jalur lebar yang pernah digunakan dalam telefon pintar.

Pakar keselamatan siber syarikat itu, Glenn Wilkinson berkata, tele­fon pengguna yang terdedah kepada drone itu akan ‘menjeritkan' nama setiap rangkaian jalur lebar yang pernah digunakan.

Sebagai contoh katanya, telefon akan mengeluarkan ayat ‘Anda di situ, Starbucks?’ atau ‘Anda di situ, Wi-Fi Percuma McDonald?’.

“Apabila bunyi itu dikeluarkan, drone Snoopy yang berhampiran akan mengeluarkan isyarat jalur lebar palsu untuk mengelirukan sistem telefon yang secara tidak langsung berhubung dengan isyarat tersebut.

“Selepas isyarat disambungkan dengan Snoopy, segala maklumat yang terdapat dalam telefon pintar akan dipintas melalui kaedah ter­tentu," katanya.

Menurut Wilkinson, penggodam yang menggunakan taktik tersebut boleh melihat segala maklumat dalam telefon pintar yang diceroboh termasuk data kredit kad, nama atau kata laluan untuk laman web yang didaftar serta lokasi pemilik.

“Dengan menggunakan teknologi nombor pengenalan unik yang dikenali sebagai Kawalan Akses Media (MAC), penggodam boleh berhubung menceroboh telefon pintar sebanyak 150 kali dalam tempoh sejam," jelasnya.

No comments:

Post a Comment