16 March 2014

dakwa anwar punca pesawat di rampas tidak masuk akal...!!!



Kemungkinan juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah merampas pesawat Malaysia Airlines MH370 kerana kecewa dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II sebagai khayalan luar biasa.

walaupun Zaharie merupakan ahli seumur hidup parti PKR, perkara ini mustahil berlaku kerana ia melibatkan nyawa ramai manusia yang tidak bersalah dan ini merupakan satu teori konspirasi politik yang tidak masuk akal.

Semua dikaitkan dengan Anwar sangat unik dalam politik Malaysia. Namun mengenali Umno dan BN, kalau mereka kehabisan modal, sesuatu yang bersifat khayalan boleh menjadi nyata.

Isu sebenarnya adalah kerajaan Malaysia tidak kompeten dalam menguruskan kes pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu dengan 239 penumpang termasuk anak kapal.

Dengan pelbagai spekulasi mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, hari ini akhbar Daily Mail melaporkan kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Kelmarin akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Zaharie pergi ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Ketua pembangkang itu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat bekas pembantunya pada 2008.

Akhbar tersebut turut memetik sumber polis yang mengesahkan Zaharie, 53, merupakan seorang aktivis yang lantang dan berkemungkinan kecewa dengan keputusan mahkamah.

Semalam, polis menyerbu rumah juruterbang berpengalaman itu di Laman Seri, Shah Alam yang mempunyai simulator penerbangan di rumah selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib razak mengumumkan fasa kedua pencarian pesawat MH370 pada satu sidang akhbar khas.

Daily Mail berkata, terlalu banyak masa dihabiskan menyiasat dua komputer riba yang diambil dari rumah Zaharie, yang dipercayai mengandungi data simulasi penerbangan, minggu lalu.

Akhbar tabloid itu melaporkan, meskipun pihak berkuasa Malaysia menafikan serbuan dilakukan di rumah Zaharie, dua komputer riba itu diambil semasa lawatan pihak polis awal minggu lalu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal mengesan komputer riba peribadi Zaharie dan dipercayai dibawa bersama dalam kokpit pesawat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, lapor Daily Mail.

Menurut rakan sekerja Zaharie, beliau merupakan seorang aktivis sosial dan penyokong kuat Anwar serta sangat berminat dengan politik.

Zaharie menerbangkan pesawat MH370 bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.

Penyiasat memberitahu Daily Mail, mereka kini sedang mencari bukti mengaitkan teori pandangan politik Zaharie adalah sebahagian daripada faktor kontroversi kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac

No comments:

Post a Comment