09 March 2014
demokrasi yang mati dan UMNO yang ketakutan...selepas Anwar, lebih ramai pemimpin pakatan akan dipenjara...!!!
Lebih ramai pemimpin Pakatan Rakyat (PR) akan dihadapkan ke mahkamah selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan semalam atas kesalahan liwat.
Sekurang-kurangnya empat pemimpin pakatan pembangkang dari PAS, DAP, dan PKR sedang berhadapan kes mahkamah yang mana mereka dijangka akan dipenjarakan.
Kalau Anwar boleh diperlakukan sedemikian, apa nasib pemimpin pakatan yang lain .
Sudah 16 tahun mahkamah kita masih tidak boleh dipercayai untuk beri keadilan kepada rakyat dengan merujuk kepada penghakiman pertama yang mensabitkan Anwar pada 1998.
Umno tidak akan berhenti menyekat pemimpin PR, termasuk memanipulasi sistem penghakiman.
Umno dan Barisan Nasional (BN) tiada konsep jujur. Kalau kita ini ingat mereka jujur, bodohlah kita.
Parti pemerintah itu mempunyai beberapa sifat yang negatif dan perlu dihancurkan.Umno dan BN tidak faham bahasa. Hendak ajar mereka hanya ada satu cara, kita hancurkan Umno dan BN.
Sebab itu kita berhadapan dengan Umno, kita jangan sedikit pun lupa sifat dan ciri Umno meskipun kepimpinan Umno bertukar, sifat dan ciri-ciri negatif Umno itu tidak pernah berubah.
Berapa kali kita hendak ditipu mereka, Umno dan BN tiada konsep adil, mereka tidak boleh faham kalau itu harta rakyat buat begini tak adil. Tak faham lagi?
Umno dan BN angkuh dan tidak menghormati rakyat. Kita tegur, mereka tangkap kita. Jangan lupa Umno dan BN angkuh sampai kiamat.
Sifat dan jiwa Umno adalah rasuah. Makan rasuah, minum rasuah, tidur rasuah. Mereka tidak teragak-agak untuk menzalimi sesiapa sahaja. Zalim itu mainan mereka.
Demi masa depan rakyat, Umno dan BN perlu dihancurkan kerana tiada jalan lain untuk menjamin keadilan terhadap rakyat.
Kalau tidak lawan Umno dan BN kita akan hancur. Hendak lawan Umno tidak boleh dengan cara konvensional. Mesti ada cara lain. Mereka gunakan bom berantai kita gunakan pisau, tidak boleh.
Sehubungan itu, Langkah Kajang, adalah tindakan drastik yang dilakukan PR untuk menghancurkan Umno.
Mereka boleh sabotaj Langkah Kajang, tetapi kita kena jadikan Selangor sebagai benteng untuk ke Putrajaya.
No comments:
Post a Comment