02 March 2014
guna gel siput babi ...ada berani ka...?
Los Angeles – Gel siput babi, Dr. Organic Snail yang dijual pada harga £19.99 (RM102) mencatatkan penjualan hampir 700 peratus selepas selebriti seperti Ashley Roberts dan Katie Holmes mendedahkan mereka menggunakan produk berkenaan untuk mencantikkan kulit.
Produk tersebut yang tidak mengandungi sebarang placenta itu dikatakan mampu melambatkan proses penuaan kulit dan kini menjadi laris, selepas pengakuan tersebut.
Menurut peruncit, sejak pengakuan itu dibuat empat minggu lalu oleh selebriti terbabit, jualan produk berkenaan meningkat apatah lagi ia boleh diperolehi dengan harga yang murah.
Penggunaan produk berasaskan siput babi itu menjadi popular selepas petani di Chile mendapati kulit mereka menjadi lembut dan sembuh dengan cepat setelah mereka mengendalikan siput-siput berkenaan untuk dieksport ke Perancis.
Sejak itu, penggunaan siput babi dalam industri kosmetik semakin meningkat malah spa-spa di Jepun telah menggunakannya dalam rawatan kecantikan.
Malah kajian yang dijalankan ke atas mangsa-mangsa kebakaran yang melecur juga mendapati bahan lendir dalam siput tersebut adalah selamat, semulajadi dan berkesan.
Bagaimanapun bagi mengelakkan pengguna berasa jijik, maka pengeluar gel tersebut telah mencampurkan lendir siput babi berkenaan dengan Alor Vera bagi memastikan ia selesa digunakan.
No comments:
Post a Comment