02 March 2014

Lenovo Yoga 2 Laptop Boleh Pusing




Laptop Lenovo Yoga 2 bakal dikeluarkan tidak lama lagi dengan rekaan hibrid yang ditawarkan pada saiz 11 dan 13 inci dengan keunikan monitor boleh dipusingkan sehingga 360 darjah.

Ia membolehkan Yoga 2 berfungsi sebagai laptop, tablet atau TV dengan kelebihan aplikasi sendiri seperti Phone Companion, Camera Man, Photo Touch dan Chef yang memberikan pelbagai pengalaman menjangkaui fungsi perkomputeran.
Lenovo menawarkan paparan beresolusi tinggi Quad HD 3200 x 1800 piksel bersama format 10 titik sentuh yang cukup sensitif.

Mesin ini akan menggunakan pemprosesan Intel Core generasi keempat yang sempurna bagi hiburan dan kerja.

Dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan, Lenovo masih mengekalkan tahap kenipisan 0.61 inci bersama jangka hayat bateri sehingga sembilan jam.
SPESIFIKASI LENOVO YOGA 2:

Harga: Anggaran RM3,500
Pemprosesan: Intel Core i5-i76
OS: Windows 8.1
Memori: sehingga 8GB DDR3L 1600 MHz
Paparan: 11 dan 13.3 inci QHD+ (3200 x 1800)
Dimensi: 12.99 x 8.66 x 0.61 inci
Setoran: 128GB / 256GB / 512GB SSD
Grafik: Intel HD graphics 4400
Bateri: 9 jam



selanjutnya

No comments:

Post a Comment