26 March 2014

rakyat sendiri pun selalu kena tipu inikan orang luar....keluarga MH370 di negara china menuduh kerajaan malaysia pembohong....!!!



SEORANG keluarga penumpang cuba melepasi halangan yang dibuat beberapa anggota polis.

BEIJING - Berpuluh-puluh keluarga penumpang sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) bergelut dengan polis di sini semalam selepas mereka menuduh kerajaan Malaysia berbohong berhubung misi pencarian pesawat itu.

Perkembangan tersebut berlaku sehari selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa penerbangan pesawat Boeing 777-200ER itu berakhir di selatan Lautan Hindi, lebih 2,000 kilometer dari bandar raya Perth di Australia.

"Kira-kira 20 hingga 30 penunjuk perasaan membaling botol air ke Kedutaan Malaysia di sini dan cuba menyerbu masuk ke dalam bangunan kedutaan," kata beberapa saksi.

Tunjuk perasaan itu berakhir selepas beberapa jam apabila polis mengarahkan mereka supaya bersurai.

Para penunjuk perasaan itu diarah untuk menaiki beberapa buah bas dan beredar dari lokasi tersebut dengan diiringi pihak polis.



BEBERAPA keluarga penumpang MH370 berhimpun di depan Kedutaan Malaysia di Beijing kelmarin.

Sebelum beredar, saudara-mara penumpang pesawat MH370 itu berarak sambil membawa sepanduk dan melaungkan kata-kata: "Kerajaan Malaysia menipu kami dan Malaysia kembalikanlah saudara-mara kami."

Beberapa orang membawa kain rentang yang meminta kerajaan Malaysia memberitahu maklumat yang benar tentang misi pencarian tersebut.

"Kenapa mereka (kerajaan Malaysia) membuat kami menunggu terlalu lama," kata salah satu kain rentang tersebut.

Pesawat MH370 itu didapati hilang dari dikesan radar pada 8 Mac lalu ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke sini.

Seramai 227 penumpang dan 12 kru berada di dalam pesawat itu.

Dalam pesawat itu, terdapat 153 penumpang yang merupakan warga China.

Sebuah kumpulan yang dilaporkan mewakili keluarga para penumpang warga China mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan Malaysia.

Mereka menuduh Malaysia cuba melengah-lengahkan berhubung kehilangan MH370 dan menipu mereka.

Kumpulan tersebut menamakan diri mereka sebagai Jawatankuasa Keluarga Penerbangan Malaysia MH370

No comments:

Post a Comment