27 March 2014

salahguna kokpit....bukan berlaku di MAS sahaja...!!!




Membenarkan penumpang masuk ke kokpit adalah perkara yang dilarang. Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, MAS tidak berkompromi dengan isu keselamatan dan melarang keras setiap juruterbang membawa masuk penumpang ke dalam kokpit apatah lagi untuk bergambar.

Sebelum ini akhbar luar negara telah memainkan isu pembantu juruterbang yang dikatakan pernah membenarkan penumpang masuk ke kokpit. Akhbar Daily Telegraph pernah mengeluarkan tajuk "Playboy Pilot".



Tapi melalui pencarian yang dibuat saya menemui banyak kes membenarkan penumpang masuk ke kokpit



Model dan artis Vietnam, Ly Nha Ky, pernah masuk ke kokpit dan bergambar kapten pilot Nguyen Ngoc Nhu Y dan kopilot Nguyen Xuan Hai. Kapal terbang dibiarkan "pandu sendiri". Pilot ini digantung dua bulan dan didenda.



Gambar 9 Oktober 2010 juga dalam kokpit pesawat KT3 dalam perjalanan ke Madinah.







Ini pula Cockpit pesawat Garuda Indonesia Ogos 2013.

Banyak lagi kalau nak dicari...

No comments:

Post a Comment