28 March 2014
tindakan pondan ketua menteri baru penjilat najis taib mahmud menghalang pemimpin PR masuk ke sarawak
budak suruhan taik mahmud....!!!
Tindakan pondan kerajaan negeri Sarawak yang menghalang beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) daripada memasuki negeri itu sebagai satu simbol penafian hak demokrasi.
Tindakan kerajaan negeri itu hanya menunjukkan imej Barisan Nasional (BN) / BARISAN NAZI yang menafikan hak rakyat untuk bebas ke mana sahaja selagi berada dalam Malaysia.
Ini satu tindakan terdesak dan PEMBACUL BN di Sarawak kerana mereka takut kepada pemimpin PKR untuk berkempen dan mengekang rakyat bergerak secara bebas dalam negara demokrasi.
Mereka menggunakan kuasa negeri yang tidak bertempat. Perbuatan ini memberi kesan kepada keputusan pilihan raya nanti.
Semalam, Zuraida dihalang memasuki Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Sibu pada jam 2.30 petang dan diminta meninggalkan negeri itu pada petang hari yang sama.
Perintah tersebut dikeluarkan selaras Seksyen 65 (1) (a) Akta Imigresen 1959 yang mengarahkan tiada pas dikeluarkan kepadanya untuk memasuki Sarawak.
Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang mencabar kerajaan negeri Sarawak mendedahkan senarai penuh nama pemimpin PR yang dihalang ke negeri itu bagi membolehkan mereka membuat persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun hadapan.
“Saya mencabar kerajaan negeri siapakah pemimpin PKR atau PR yang mereka hendak larang memasuki Sarawak. Berikan nama kepada kita agar kami dapat mengambil tindakan seterusnya.
“Saya rasa ini juga akan digunakan dalam PRN Sarawak yang akan berlangsung nanti. Mereka berasa takut dan tergugat dengan PKR yang bertanding di sana,” katanya.
Nampaknya tiada perubahan yang dilakukan oleh adnan satem selepas mengambil alih tampok pemerintahan negeri. malah menjadi budak penjilat najis taib mahmud .
Tindakan kerajaan Sarawak menghalang pemimpin pembangkang ke negeri itu merupakan satu bentuk pencabulan kepada hak rakyat Sarawak mendapat maklumat untuk memilih pemimpin yang paling layak bagi menerajui kepimpinan negeri Bumi Kenyalang itu.
Ini jelas menunjukkan tindakan kerajaan negeri terhadap pembangkang. Ini bukan satu kebetulan. Tidak ada perubahan apabila bertukar pimpinan tertinggi.
Ini sesuatu yang perlu disanggah kerana menunjukkan bibit yang akan berlaku dalam PRN Sarawak kelak.
Kekayaan bekas ketua menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud yang mencecah puluhan bilion ringgit masih tidak mampu membangunkan kawasan Balingian yang disifatkannya bukan kawasan yang besar.
Sikap pemimpin yang gemar menaburkan wang menjadi punca pengabaian infrastruktur dan pembangunan ekonomi penduduk setempat.
Bekas ketua menteri punyai kekayaan berbilion ringgit dalam negara dan luar negara tetapi tidak mampu menjalankan tugas kepada rakyat Balingian yang memberi sokongan kepadanya. Mereka mengamalkan politik gula-gula.
Apabila perlu, mereka beri duit, tetapi tidak berikan pembangunan dan cara untuk membaiki ekonomi mereka. Tiada infrastruktur yang elok sedangkan Balingian tidak sebesar mana. Hartanya yang berbilion ringgit boleh membangunkan Balingian menggunakan duitnya sendiri.
No comments:
Post a Comment