18 March 2014
tomahan baru dari berita pecacai ...Diego Garcia, lapangan terbang Asia Selatan ada di simulator juruterbang
Hasil siasatan daripada simulator milik juruterbang penerbangan MH370 yang diambil dari rumahnya Sabtu lalu, penyiasat menemui lima landasan latihan dalam perisiannya, dan salah satu daripadanya ialah milik Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar Berita Harian.
Selepas 10 hari gagal menemui MH370, penyiasat kini menumpukan siasatan ke arah juruterbang dan anak kapal serta penumpang bagi meneliti punca kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu daripada sudut lain.
"Antara perisian yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia), serta tiga landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter," kata sumber yang dipetik akhbar Berita Harian, hari ini.
Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.
Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.
Sebelum ini, AS menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka.
Menurut sumber itu, siasatan dilakukan oleh PDRM bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370.
Sumber berkata, penyiasat sedang meneliti kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai.
PDRM membuka kertas siasatan pada 8 Mac lalu ke atas anak kapal MH370, termasuk juruterbang dan pembantunya serta kakitangan yang mengendalikan pesawat itu.
Polis menggeledah rumah juruterbang dan pembantu juruterbang selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media khasnya petang Sabtu lalu berkata, siasatan kini beralih dan tertumpu kepada anak kapal pesawat berdasarkan kepada petunjuk baru.
Menafikan bahawa terdapat unsur rampasan, Najib berkata, pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga memberitahu pihaknya masih menyiasat daripada semua sudut.
Putrajaya juga meminta rakyat tidak terus melakukan andaian berhubung siasatan polis itu.
Usaha mencari dan menyelamat MH370 kini masuk fasa kedua melibatkan koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand manakala koridor selatan, dari Indonesia hingga selatan Lautan Hindi.
MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal hilang daripada radar selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dalam perjalanan ke Beijing.
suruh rakyat jangan buat spekulasi...tapi yang najib dan jurubodeknya KPN tu boleh pulak....kata yang pesawat tu telah di rampas oleh kapten kapalnya sendiri...
ReplyDeleteSemua yang nak dibuktikan ada dalam kocek ... keluarkan ...letak di mana nak diletak ...jadikan ia sebagai bahan bukti ...maka si dia yang tak wujud nak membela diri dan nak dibuktikan bersalah DIPASTIKAN bersalah! Jgn terkejut nanti jumpa MoU antara yg dituduh dgn PKR atau dengan US atau dengan Tok Moh 1M atau apa shj asalakan dapat disabitkan!Hari ni hari dia ...Allah Maha Adil!