29 March 2014
wajah sebenar bapak syaitan yang menjadikan orang lain kambing hitamnya
Pendedahan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berhubung keberadaan Mahathir Mohamad di Malaysia semasa peristiwa Memali dan bukan di China seperti dipercayai selama lebih 30 tahun menunjukkan wajah sebenar bekas perdana menteri itu
Mahathir sanggup menjadikan Musa sebagai mangsa untuk dipersalahkan sedangkan bekas perdana menteri itu berada di Malaysia.
Ia menunjukkan perangai syaitan Mahathir dalam soal Memali sanggup memangsakan timbalannya dan itulah jenis manusia yang masih disanjung ramai orang yang bodoh dan dungu.
Inilah orang yang merosakkan sistem dan ekonomi negara sehingga kita berada dalam keadaan yang parah sekarang ini.
Dalam satu diskusi di Kota Baru semalam, Musa mendedahkan bahawa Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China semasa peristiwa Memali.
Pendedahan ini dibuat sendiri Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.
Ini bukan kali pertama syaitan ini menunjukkan sikapnya yang tidak jujur dan suka memutar-belit fakta.
Mahathir perlu segera menjawab tuduhan Musa dan memberi penjelasan kepada rakyat agar kenyataan itu dapat dipastikan kebenarannya.
Kita memang tak terperanjat jika beliau menafikan itu dan ini kerana sejarah membuktikan banyak kali beliau bukan seorang yang jujur dan beliau arif dalam memutar-belit fakta.
Mahathir perlu jelaskan dengan segera apakah benar tuduhan yang dibuat Musa kerana rakyat berhak mengetahui perkara sebenarnya
Selain Mahathir, pemimpin Barisan Nasional (BN) juga perlu memberi pencerahan tentang peristiwa hitam Memali dan hubung kait mantan perdana menteri itu terhadap kekejaman kerajaan pada masa itu.
Dengan lebih banyak maklumat berhubung peristiwa Memali, rakyat dapat memahami dan menggambarkan keadaan sebenar kejadian itu.
BN perlu memberi ulasan kerana ini melibatkan bekas perdana menteri mereka dan satu perkara yang amat serius di bawah pemerintahannya. Semua ini perlu ada penjelasan agar ada pendedahan di peringkat nasional mengenai isu Memali.
Sampai hari ini kita tidak mempunyai penerangan yang jelas tentang peristiwa Memali sehingga Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan secara menggila bagi menangkap beratus orang dan sebagainya adalah semata mata untuk menutup mulut mereka yang membangkitkan berkaitan isu ini pada masa lalu.
Undang-undang bukan penyelesaiannya tetapi pendapat awam adalah cara yang terbaik kerana perkara ini menjadi isu umum dan perlu didedahkan.
Itu merupakan hukuman terbaik bagi mereka yang terlibat dalam perkara ini seperti Mahathir dan lain-lain. Biar rakyat menilai, menghukum dan menjadi hakim dalam kes ini.
Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 mengorbankan 14 orang mangsa dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang yang lain di bawah ISA.
Kesemua yang ditahan dibebaskan kecuali 36 tahanan lain.Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya terbunuh.
Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah ISA kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.
Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.
PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Ibrahim dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka.
nak buat apa suroh dia jawab kalau kaki putarbelit jawab pun berbelit punya .yang penting peristewa itu dijadikan sejarah kerajaan umno bn dengan segala hakim dan polis nya . biar rakyat sedar mereka telah dilembukan...
ReplyDeleteDari azali lagi aku memang benci pada mamak yang mengaku melayu...cuma puak2 umngok saja yang percaya pada mamak mahazalim ini.