SUSULAN laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 56 tahun kerana mendakwa terganggu oleh suara azan fardhu subuh dan juga suara mengaji pada kira-kira pukul 5.45 pagi, 8 Mac lepas, semalam dia menerima tetamu.
Di fahamkan sekumpulan orang telah pergi membuat lawatan dan bersua dengan tuan empunya rumah Mohd Said Mohamed Jaid di Pasir Gudang, Johor.
Kumpulan itu dapat berjumpa dengan Mohd Said pada pukul 11.40 pagi dan difahamkan tuan rumah itu yang hanya menyewa diminta berpindah jika berasa terganggu oleh azan dan mengaji Al-Quran.
Mereka juga dilihat menggantung poster manila kad yang tertulis “Kalau tak nak dengar azan, pindah saja, tak payah nak report polis,”.
Antara kata-kata lain yang ditampal di pagar rumah berkenaan ialah “Duduk dan pindah dalam hutan kalau tak mau dengar azan faham, jangan campur masyarakat.. Kawan dengan monyet atau jadi orang utan.. Faham…,” menurut poster itu.
Di laman sosial berkenaan, tidak pula dijelaskan apa yang diperkatakan oleh Mohd Said ekoran ketidakpuasan hatinya itu.
Beberapa anggota polis dilihat berada di hadapan rumah itu berkemungkinan meminta kumpulan berkenaan agar beredar dari kawasan rumah itu
Tetapi agak ganjil jika yang menjadi pengadu kepada perkara-perkara begini datangnya dari umat Islam sendiri yang merungut gangguan ke atas mereka pada awal-awal pagi.
Lelaki itu yang berusia 56 tahun, sanggup sehingga membuat laporan polis berkenaan kes itu.
Dalam laporan polis berkenaan, lelaki itu turut berkata telah membuat laporan ke pejabat Jabatan Agama Islan Negeri Johor dan juga Ahli Jawatankuasa Masjid berkenaan untuk tindakan lanjut.
No comments:
Post a Comment