18 April 2014

jambatan persahabatan bakal rancakkan lagi aliran penjajahan Singapura ke atas negara ini...!!!



ini dia penghianat  penghianat  kepada penjajah singapura dalam isu penjualan air 3 sen ke singapura dan beli balik 50 sen = penghianat melayu

Pembinaan "Jambatan Persahabatan" menghubungkan Singapura dan Johor jika menjadi kenyataan bakal melancarkan lagi aliran pelaburan dari republik itu ke negeri ini, selain merapatkan lagi hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Johor melahirkan sokongan mereka terhadap cadangan pembinaan jambatan itu dan berkata sudah tiba masanya untuk laluan ketiga menghubung kedua-dua negara.

"Sudah semestinya keseluruhan sektor ekonomi terutamanya di Iskandar Malaysia akan menerima kesan yang positif daripada Jambatan Persahabatan itu," kata Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Johor, Koh Moo Hing.

Beliau menjangkakan sektor hartanah akan menerima kesan paling positif kerana pembinaan jambatan itu merealisasikan hasrat rakyat Singapura untuk tinggal di Johor dan bekerja di Singapura.

Selain sektor hartanah kata Koh, terhadap 140 lagi sektor berkait rapat dengan hartanah akan turut menerima kesan positif jika pembinaan Jambatan Persahabatan itu dilaksanakan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini yang mencadangkan pembinaan Jambatan Persahabatan untuk menambah baik rangkaian jalan di antara kedua-dua negara.

Kenyataan selepas Pemukiman Pemimpin-pemimpin Malaysia dan Singapura di Putrajaya baru-baru ini juga, katanya, akan menjadi simbol persahabatan yang semakin berkembang di antara kedua-dua negara berjiran itu.

Koh berkata, kos sara hidup di Singapura yang diiktiraf di antara tertinggi di dunia menyebabkan ramai di kalangan rakyat republik itu berminat untuk membeli rumah di Johor dan tinggal di negeri ini.

"Harga hartanah di Johor adalah satu pertiga daripada harga di Singapura, ditambah pula dengan jambatan serta Sistem Keretapi Laju, saya menjangkakan lebih ramai rakyat republik itu akan tinggal di Johor dan bekerja di Singapura," katanya.

Mengenai lokasi Jambatan Persahabatan itu pula, katanya, selain di pusat bandaraya dan Nusajaya, kawasan Timur Johor juga amat berpotensi untuk menempatkan jambatan ketiga Malaysia-Singapura itu.

Koh berkata, kawasan timur Johor seperti di Pengerang kini sedang mengalami pertumbuhan yang pesat terutamanya dengan kehadiran projek mega minyak dan gas, Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Pengerang (Rapid).

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia, A Rahman Mahadi, berkata pembinaan Jambatan Persahabatan itu mempunyai kesan positif dan negatif terhadap negara.

Katanya, kesan positif pertama adalah pertambahan lebih ramai pelanggan yang memiliki pendapatan perkapita tinggi mengunjungi Johor, sekali gus akan menguntungkan peniaga-peniaga di negeri ini.

Beliau berkata, walaupun pertambahan pelanggan daripada Singapura hasil pembinaan Jambatan Persahabatan itu itu dialu-alukan, tetapi pada masa sama terdapat juga kebimbangan keadaan itu bakal menaikkan harga barangan yang dijual di Johor.

"Selain itu ia juga akan menyebabkan pengaliran lebih banyak barangan bersubsidi seperti minyak masak, gula dan lain-lain barangan yang disubsidi oleh kerajaan," katanya.



penjajahan  singapura ke atas  malaysia.....penghianatan kepada orang melayu dan rakyat negara ini


Kerajaan Malaysia Tanggung Subsidi Kepada Singapura

kerajaan UMNO biarkan  sogokan wang dalam kes Pulau Batu Puteh 

kerajaan UMNO gadaikan  tanah KTM  tanjung pagar  dengan  pusat judi 

kerajaan UMNO bakal  gadaikan pulau  pisang kepada singapura 

kerajaan  UMNO  bela nasib orang melayu  dengan menjual  hartanah  kepada  rakyat singapura

No comments:

Post a Comment