27 May 2014
basuh kereta dengan cara yang betul
Disebabkan masa yang semakin padat dengan jadual harian membuatkan kita menggunakan servis membasuh kereta yang cepat dan memudahkan.
Jika mempunyai masa lapang apa yang bagusnya selain dapat mengeluarkan peluh, aktiviti ini dapat menjimatkan wang perbelanjaan. Tapi tahukah anda, ramai orang tidak tahu mencuci kereta mengikut cara yang betul?
Walaupun di tempat servis pencucian kereta, ada pekerja yang menggunakan teknik yang salah dan masih ramai yang tidak sedar akan akibatnya nanti.
Baiklah, biar kita cerita sedikit mengenai punca masalah ini.
Pertama, tahukah anda kereta akan membawa kekotoran pasir halus yang melekat? Kedua, tahukah anda kereta kita mungkin terkena najis haiwan seperti burung, kelawar? Ketiga, tahukah anda kereta kita mungkin terkena getah daun pokok apabila kita memasuki tempat letak kereta.
Ketiga-tiga elemen ini akan mengakibatkan hakisan pada cat kereta anda.
Sebagai langkah pertama, apabila kereta kita kotor, kekotoran yang melekat pada badan kereta kita akan membawakan pasir yang halus. Apa terjadi bila pasir tadi apabila digosok? Ia akan menyebabkan cat terhakis atau calar jika tidak menggunakan teknik betul semasa mencuci kereta anda.
Sebelum memulakan aktiviti membasuh kereta ini, pastikan air yang digunakan bersih dan tidak berkarat.
1. Mula-mula basahkan kereta anda dari atas dahulu dan perlahan-lahan basahkan hingga kebawah, ini untuk memberi laluan kepada kotoran dan pasir jatuh ke bawah, dan bukannya dari bawah ke atas. Pastikan semua bahagian badan kereta benar-benar basah. Biarkan ia basah dulu dalam beberapa minit. Jangan anda terus mengosok dengan kain pencuci kerana pasir halus yang melekat di badan kereta belum tentu hilang kesemuanya.
2. Kemudian bolehlah dilap dengan kain cuci atau menggunakan span. Mulakan dari atas bumbung dahulu kemudian turun kebawah. Tujuannya untuk memberi laluan kepada kekotoran dari atas turun kebawah dan untuk mengelakkan bahagian yang hendak dicuci nanti tiada pasir masih terlekat jangan mulakan dari bawah ke atas sebab kain cuci atau span yang kita guna akan membawa kekotoran dan pasir kebahagian atas ). Kemudian seluruh cermin depan belakang dan sisi dan barulah bahagian pintu bonet dan boot belakang. Yang terakhir sekali barulah bahagian bawah pintu bumper depan dan belakang fender dan skirt kalau ada. Setiap bahagian yang dicuci pastikan kain atau sponge anda direndam dalam baldi pencuci untuk membuang kotoran dan pasir.
3. Akhir sekali barulah dibilas dengan air dimulai dari atas dulu dan perlahan-lahan ke bawah. Selesai saja mengelap bahagian badan kereta anda dengan kain kering dan bagi memastikan kereta betul-betul dicuci pastikan bahagian sisi pintu dan sisi boot belakang anda dicuci. Selalunya kekotoran akan melekat pada sisi pintu dan jika dibiarkan ia akan kekal dan menjadi ia sukar untuk dibersihkan. Untuk bahagian rim boleh dicuci menggunakan kain atau sponge manakala tayar pula boleh gunakan berus serabut.
4. Bagi memberikan kenderaan anda tampak seperti baru, anda boleh menggunakan bahan pengilat kereta yang boleh didapati dipasaran. Gunakan dengan yang bersesuaian seperti pengilat dalam kereta untuk dalam kereta saja dan pengilat tayar untuk tayar saja, tidak perlu membazir wang anda untuk membeli jenama yang mahal. Ingin dingatkan juga terdapat pelbagai produk pengilat yang berada di pasaran, salah satunya yang biasa kita lihat di pasar malam yang berharga kurang dari RM10. Anda harus berhati-hati kerana pengilat kereta yang kurang berkualiti ini selalunya akan merosakan cat anda dalam jangka masa yang panjang. Biarlah mahal sedikit asal berkualiti.
5. Untuk masalah kotoran najis haiwan dan getah daun jika tedapat dipermukaan kereta, hendaklah dibersihkan serta merta dengan air dan untuk getah daun pastikan anda gunakan bahan pencuci yang diiktiraf kualitinya. Najis haiwan dan getah daun merupakan bahan asid yang dapat menghakis cat kereta anda dan akan menyebabkan karat jika dibiarkan.
No comments:
Post a Comment