29 May 2014
DNA babi: CadBABI angkuh, tiada permohonan maaf...maka wajib haramkan kewujudan syarikat BABI tersebut di negara ini....kalau tak nak rakyat terus menerus makan BABI....!!!
Kita rasa kesalnya terhadap syarikat Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd di atas penemuan DNA babi (porcine) dalam dua produk mereka - Hazelnut Cadbury Dairy Milk dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.
Ini kerana syarikat produk BABI berkenaan langsung tidak menyatakan permohonan maaf secara terbuka terhadap isu sensitif umat Islam itu.
Syarikat cadBABI berkenaan wajar memohon maaf kepada pengguna atas perkara berkenaan, bukan sekadar menarik balik produk tanpa permohonan maaf. Ini menunjukkan keangkuhan syarikat berkenaan.
Kita turut menasihatkan syarikat-syarikat besar tidak mempermain atau mempersenda perkara halal dalam produk yang dikeluarkan.
Pengguna dan umat Islam tidak teragak-agak untuk memboikot mana-mana produk yang didapati mencemari halal dengan memasukkan unsur tidak halal sama ada dengan sengaja ataupun tidak.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan keputusan analisis sampel terhadap dua produk coklat Cadbury mengandungi DNA babi (porcine).
Namun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata pihak pengeluar produk berkenaan, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd telah memberi jaminan akan memanggil balik produk itu dari pasaran dengan serta-merta.-
No comments:
Post a Comment