SILVA duduk di dalam rumahnya yang hiasi dengan langsir dan cadar bendera Brazil di Brasilia, Brazil kelmarin.
BRASILIA, Brazil - Seorang warga emas, Marilza Guimaraes da Silva menghiasi bilik tidurnya dengan warna-warna bendera pasukan bola sepak Brazil.
Silva yang berusia 63 tahun turut menggunakan cadar bendera Brazil yang menyelimuti tilam di atas katil bilik tidurnya.
Dia juga meletakkan langsir yang mempunyai corak warna bendera Brazil.
Bendera Brazil mempunyai warna hijau, kuning, putih dan biru.
Silva turut memakai jersi berwarna kuning dan seluar panjang biru.
Skuad Brazil akan bertanding pada Pusingan Akhir Bola Sepak Piala Dunia yang akan berlangsung di negara ini pada 12 Jun hingga 13 Julai depan
No comments:
Post a Comment