Zahid janji uniform baru untuk Rela jika Gerakan menang PRK Teluk Intan
ahli RELA yang cuba di perbodohkan oleh menteri samseng
awas anggota RELA yang tak mengundi BN...aku tau siapa kau...!!!
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar bawah) kelmarin berkata beliau akan menaja uniform baru bagi 8,639 anggota Rela yang layak mengundi di Teluk Intan bagi membantu calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong memenangi pilihan raya kecil pada 31 Mei ini.
Menteri Dalam Negeri itu menyatakan bukan semua anggota Rela yang hadir di program petang kelmarin di Kampung Selaba, Teluk Intan memakai uniform baru yang berwarna hijau muda.
"Saya menyedari terdapat perbezaan dalam uniform – ada yang memakai hijau gelap, yang lain hijau muda – Saya berjanji kepada pengundi di Teluk Intan, jika Mah menang, saya akan segera membelikan anda uniform baru " katanya yang mendapat sorakan 4,000 orang yang hadir.
"Jika dia tidak menang, anda mesti membeli sendiri. Tetapi saya yakin dengan kerjasama kita, kerja keras dan komitmen yang tinggi, kita akan memastikan Mah Siew Keong memenangi kembali kerusi Parlimen Teluk Intan, " kata Zahid.
Beliau menambah sementara lebih 8,000 anggota Rela di Teluk Intan layak mengundi, beliau memberi amaran kepada mereka bahawa beliau sedar siapa yang tidak mengundi dalam pilihan raya umum 5 Mei tahun lepas.
"Pada pilihan raya umum ke-13, seramai 2,019 anggota Rela tidak mengundi. Saya periksa satu demi satu, dan saya tahu siapa yang tidak keluar mengundi.
"Jangan bimbang, mereka tidak berada di sini pada majlis ini. Tetapi kita mesti memastikan mereka mengundi kali ini," kata Zahid.
Walaupun identiti pengundi sepatutnya rahsia, Zahid, yang juga naib presiden Umno memberitahu orang ramai beliau mampu memeriksa peti undi untuk melihat siapa yang mengundi.
Mah, presiden Gerakan, dikalahkan dalam pilihan raya umum 2013 oleh calon DAP Seah Leong Peng dengan margin sebanyak 7,313 undi.
Teluk Intan mempunyai 60,349 pengundi, termasuk 410 pengundi awal dan pengundi tidak hadir 12.
Kawasan itu mempunyai 23,301 pengundi Melayu (38.6%), 25,310 Cina (41.9 %) dan 11,468 India (19%).
Kali pertama DAP memenangi kerusi persekutuan, kemudian dikenali sebagai Teluk Anson, dalam pilihan raya 1969, apabila Chan Fu King menewaskan calon MCA Dr Ng Kam Poh.
Bagaimanapun, sejak persempadanan semula pada 1974, 1984 dan 1993, kawasan pilihan raya itu berubah dari segi komposisi dan watak, yang membolehkan calon Gerakan memenangi kerusi itu dari 1974 sehingga pilihan raya umum 1995 apabila M. Kula Segaran dari DAP memenangi kerusi tersebut
dah melampau zahid nie sampai boleh periksa siapa yang tidak mengundi BN...ingat lu siapa buat sesuka hati..demokrasi apa macam ini...apa ini negara samseng bapak lu punya kah...
ReplyDeleteSPR buat apa? Mesti dia kata tak salah menteri ni ckp mcm ni,
Dlm umno semua halal tak ada yg haram.
Ugut, rasuah, main kotor budaya umno.
Ini baru benar2 celaka. Selama ni SPR kata segala berkaitan dengan pengundian adalah rahsia. Jadi sekarang SPR TOLONG JAWAB.
kEPADA ANGGOTA RELA SEDAR2LAH DIRI . Mana maruah dan harga diri kamu semua diUGUT dan diPERLAKUKAN bagai ANAK2 SEKOLAH oleh seorang menteri yang biadap.
Kesian anggota Rela, dihina sebegini rupa oleh Zahid & UMNO. UMNO ingat murah sungguh maruah anggota Rela? Boleh disogok dengan sehelai baju seragam saja untuk beli undi & jual maruah diri.
Orang Rela kena pakai otak dan jangan guna kepala lutut dalam berfikir. Tugas adalah amanah. Pikul baik2 jangan jadi hubaya2 di cucuk hidung. Ambilkira juga dosa pahala. Jangan ikut sedap menteri yang ingin kekalkan kuasa.