03 May 2014
pecah kubur kerana kebulur harta...betul betul dah melampau
KEADAAN kubur Ketua Kaum Iban Lambir, Miri, Sarawak yang disemadikan di Tanah Perkuburuan Kristian Lambir yang dipecah kelmarin kerana disangka menyimpan harta.
MIRI - Perbuatan terdesak sekumpulan penjenayah yang menyangka sebuah kubur yang diceroboh kononnya menyimpan harta yang bernilai ternyata sia-sia apabila tiada apa yang dijumpai mereka.
Kejadian yang berlaku di Tanah Perkuburan Kristian Lambir di sini itu begitu mengejutkan orang ramai apabila saksi melihat kesan kubur milik Ketua Kaum Iban kawasan Bekenu, Lambit di sini dipecah dan kemudian dibiarkan begitu sahaja.
Saksi yang ketika itu sedang menghadiri satu upacara pengebumian seorang kenalannya pada pukul 2 petang kelmarin turut menemui baju, seluar panjang termasuk selimut yang dipakai oleh mendiang.
Difahamkan, mendiang yang sangat dihormati oleh suku kaumnya itu meninggal dunia dan disemadikan di tanah perkuburan itu pada tiga tahun lalu.
Berdasarkan kesan pencerobohan dan jejak di tempat kejadian, perbuatan tersebut dipercayai berlaku pada awal pagi (kelmarin).
kita kesal dengan tindakan yang dilakukan penjenayah yang tiada hati perut dan tidak menghormati si mati.
No comments:
Post a Comment