31 May 2014

tuan KPN...betul apa seruan mat sabu suruh orang letak jawatan...buat apa simpan orang yang tak cekap ,kerja tak berkualiti dan kerjanya membodek bos besar ( UMNO-BN ) aje...!!!

Kerja Mat Sabu Memang Suruh Orang Letak Jawatan – KPN



kalau lu rasa bertanggungjawab sepatutnya penyerbuan perusuh UMNO di DUN Pulau Pinang dapat di halang awal awal lagi...lu sibuk nak mengugut dan mengkritik orang yang kritik prestasi kerja lu....dah patut pun lu kena letak jawatan...!!!


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis mengetahui kesalahan apa dilakukan perusuh yang menceroboh sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang tempoh hari.

Beliau berkata rakyat tidak seharusnya beranggapan polis tidak mengambil serius insiden tersebut.

Khalid berkata, pihaknya menerima beberapa laporan berhubung insiden itu dan siasatan dijalankan sekurang-kurangnya di bawah tiga seksyen Kanun Keseksaan.

Seksyen berkenaan adalah 147, 427, dan 448 atas kesalahan menceroboh.

Kesalahan merusuh boleh dijatuhkan hukuman dua tahun penjara, atau denda, manakala menceroboh membawa hukuman setahun penjara, denda atau kedua-duanya.

Ditanya mengapa polis tidak menyiasat suspek dengan lebih banyak kesalahan, beliau berkata polis mengambil serius perkara itu.

“Kami tahu di bawah seksyen mana kes perlu disiasat,” katanya.



Beliau berkata, polis akan berbincang dengan timbalan pendakwaraya berkenaan kesalahan dilakukan perusuh dan sekiranya terdapat pihak yang mempunyai cadangan, mereka boleh membawa perkara itu ketika kes dibawa ke mahkamah.

Khalid berkata polis menahan 12 individu yang kini berada dalam jaminan polis dan merekodkan 25 keterangan setakat ini.

“Bila dan bagaimana kami lakukan jangan ditanya. Apa yang penting tindakan diambil.

“Kami juga mempertimbangkan pelbagai kemungkinan,” katanya ketika menjelaskan mengapa polis tidak boleh sewenang-wenangnya menahan mereka sebelum melakukan kesalahan.

Khalid berkata, polis turut bertemu beberapa pihak untuk berunding.

DAP mengecam tindakan perusuh, termasuk Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang menegaskan pesalah seharusnya dihukum.

Insiden itu tercetus selepas Adun Seri Delima RSN Nayer mengeluarkan kenyataan “Umno Celaka” pada Selasa ketika sidang Dewan.

Sekumpulan individu yang dikenalpasti sebagai ahli Pemuda Umno mengadakan bantahan di pintu masuk.

Bagaimanapun 10 orang daripada mereka berjaya melepasi kawalan keselamatan dan memasuki sidang DUN yang merupakan kawasan larangan.

Tindakan itu adalah pertama kali seumpamanya di mana DUN diceroboh.

Khalid turut berkata, mana-mana pihak seharusnya lebih berhati-hati dengan percakapan mereka.

“Sebelum bercakap, fikir dua tiga kali dahulu. Jika tidak memberikan kesan kepada sesiapa, teruskan.

“Jika tidak ini akibatnya,” katanya.

Berkenaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menuntut Ketua Polis Pulau Pinang meletakkan jawatan berhubung isu itu, Khalid berkata: “Itu memang kerja Mat Sabu menyuruh orang meletakkan jawatan.”

Sebelum itu, beliau turut mengkritik Pakatan Rakyat kerana menyelar anggota polis.

“Bila mereka tidak kecam polis? Itu hobi mereka.”

Khalid dalam rangka lawatan kerja ke Pulau Pinang bersempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor.

Meskipun ketegangan timbul akibat rusuhan yang dicetuskan kerana kemarahan terhadap Nayer, Khalid berkata polis akan terus memastikan keamanan dan keselamatan dijaga di negeri itu.

Kerusi DUN Nayer juga sebahagian daripada kawasan Parlimen Bukit Gelugor.


No comments:

Post a Comment