28 May 2014
wa kasi lu ingat lu masuk itu teluk intan lu langsi wa kasi lu mati...ini amaran pondan menteri samseng zahid komedi
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) memberi amaran keras kepada kumpulan kongsi gelap dan penjenayah agar tidak mengambil kesempatan pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Zahid berkata beliau mendapat maklumat ada pihak yang antara lain cuba mengaut keuntungan melalui PRK itu yang akan diadakan Sabtu ini.
"Jangan ugut orang, jangan cuba campur tangan dalam politik. Saya tahu muka mereka, saya tahu nama mereka, saya tahu mereka duduk di mana dan lari ke mana.
"Saya tahu juga ada yang sedang buka pusat judi untuk 31 hari bulan ini. Saya bukan sekadar beri amaran. Saya tahu macam mana nak lakukan," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama-sama penduduk di Teluk Intan malam ini.
Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata pilihan raya kecil itu bukanlah soal perjudian politik, dan menggesa agar urusan memilih diserahkan kepada pengundi di kawasan Parlimen Teluk Intan.
Dalam pada itu, Zahid sekali lagi menyelar segelintir wakil media yang terus memutarbelitkan kenyataannya berhubung sumbangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Beliau mengingatkan masyarakat Teluk Intan agar tidak terperdaya dengan propaganda pihak pembangkang khususnya dalam tempoh kempen yang berbaki tiga hari lagi.
PRK Teluk Intan pada 31 Mei ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.
Bapak menteri suka buat cerita lawak. ..Dulu ckp anwar terlibat kes lahad datuAbis pru senyap. Ini bukan kongsi gelap ngok, ini Kongsi fat chai
ReplyDeletementeri x cerdik,kalu dah tahu tangkap je la..apa masalah.kot kot kongsi berselindung di belakang dia selama ni.
ni Menteri Dalam Negeri ke Menteri Dalam Rumah? Kalau dah tau tunggu ape lagi Tangkap aje le, Ini macam mainan budak aje, mainan Cowboy dan Red Indians, Bang Bang Bang tapi peluru kosong. pi dah,