20 June 2014

13 pesawat ‘hilang’ 25 minit



KAKITANGAN memantau pergerakan pesawat di Lapangan Terbang Zurich, Switzerland.

Dua kejadian berlaku pada 5 Jun, kelmarin dianggap misteri London: 13 pesawat tiba-tiba hilang dari radar kira-kira 25 minit, sebanyak dua kali ketika melalui ruang udara Austria. Ia disifatkan sebagai suatu keadaan ‘tidak pernah berlaku sebelumnya’. Insiden yang terjadi pada 5 Jun dan sekali lagi semalam menyaksikan data penerbangan hilang dari skrin pengawal udara.

Perkara ini diakui organisasi keselamatan penerbangan Austria apabila lokasi dan maklumat lain untuk 13 pesawat itu hilang secara misteri dari radar.  Jurucakap menara kawalan Austro, Markus Pohanka berkata, agensi Eurocontrol (EU) sudah diminta melakukan siasatan ke atas insiden yang didakwa tidak pernah berlaku sebelumnya.  “Agensi keselamatan penerbangan jiran yang pernah melalui pengalaman yang sama turut meminta siasatan dilakukan,” katanya.

Pohanka juga tidak mendedahkan penerbangan negara lain yang mengalami masalah yang sama ketika melalui ruang udara itu. Bagaimanapun, laporan akhbar Kurier di Jerman mendedahkan menara kawalan negara yang turut mengesan masalah yang sama antaranya ialah di Munich dan Karsruhe, Prague di Jerman, Republik Czech dan Bratislava di Slovakia. Monitor kawalan trafik ruang udara menggunakan dua sistem radar iaitu rendah dan menengah. Ia adalah sistem utama yang digunakan di seluruh dunia untuk mengawal pesawat. 

Radar utama digunakan untuk mengesan dan mengukur kedudukan anggaran pesawat menggunakan isyarat radio. Manakala radar menengah pula bergantung kepada kedudukan yang dilengkapi dengan transponder dan turut memerlukan maklumat tambahan daripada pesawat terutama maklumat seperti identiti dan ketinggian. Semua pesawat komersial dilengkapi dengan transponder, yang secara automatik menghantar kod empat digit yang unik apabila mereka menerima isyarat radio yang dihantar oleh radar. Kod ini memberi identiti pesawat dan stesen radar pula membantu menstabilkan kelajuan dan arah.

Data penerbangan ini kemudian dihantar kepada pengawal trafik udara. “Bagaimanapun, jika pesawat berada lebih daripada 240 kilometer di kawasan laut, liputan radar agak lemah dan ketika ini frekuensi tinggi radio digunakan oleh anak kapal untuk terus berhubung dengan menara kawalan,” kata seorang pegawai

Manakala GPS pula hanya digunakan oleh juruterbang untuk menentukan kedudukan pesawat di dalam peta dan isyarat ini tidak disampaikan kepada menara kawalan trafik udara.  Kotak hitam mengandungi perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan. Kedua-dua alat ini mengeluarkan gelombang ultrasonik tetapi ia agak terhad dan tidak menggunakan GPS.  Adalah dipercayai ada antara kapal terbang yang melalui ruang udara itu adalah penerbangan jarak jauh yang membawa penumpang bersama

No comments:

Post a Comment