15 June 2014
blogger macai melantak coklat cadbury ada DNA babi bila pegawai JAKIM enggan turut serta...!!!
Satu program memakan coklat Cadbury dilaporkan telah diadakan hari ini dianjurkan oleh penggiat media sosial dan blogger di Wisma Nusantara, di Kuala Lumpur
Difahamkan pada program itu, coklat berkenaan hanya dijamah oleh para blogger tetapi pegawai dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang turut hadir enggan menjamahnya.
Sebab mengapa wakil Jakim enggan menjamah coklat berkenaan tidak diketahui.
Sebelum ini, pada 3 Jun lepas seorang pegawai Jakim pernah mmebuat kenyataan sedia memakan coklat berkenaan pada bila-bila masa bagi membuktikan kebenaran pensijilan halal yang diberikan oleh badan itu di negara ini.
Program itu diberi nama “Sijil Halal Malaysia Dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif”.
Menurut penganjur program berkenaan, program itu antara lain bertujuan mempertahankan kenyataan halal yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Cadbury Malaysia berhubung isu DNA babi (porcine) dalam coklat yang dibangkitkan beberapa pihak, kebelakangan ini.
Selain itu, penggiat media sosial menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tampil memberi kenyataan mengapa keputusan ujian DNA babi ke atas dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Hazelnut dibiarkan utuk tempoh tiga bulan.
Isu ini terjadi selepas KKM pada mulanya mengesahkan ada DNA babi pada awal Februari, namun membiarkan perkara ini sehingga 5 Mei.
Tindakan pegawai Jakim yang tidak diketahui sebabnya itu boleh mewujudkan kekeliruan khususnya apabila ada pegawai Jakim pernah mengeluarkan kenyataan berbeza.
Kenyataan itu sebelum ini dikeluarkan oleh Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah yang berkata pihaknya berpegang kepada keputusan yang telah mereka keluarkan dan tidak ada masalah untuk pihaknya membuktikan kepada orang ramai bahawa coklat Cadbury adalah halal
nampak sangat JAKIM ini kuat menipu...setelah terkantoi dengan DNA babi dia cuba spin 360 darjah...dengan bersekongkol dengan KKM yang juga kunun mengaku adanya kesilapan dalam penganalisaan makmal maka jelas lah...barua barua UMNO ini cuba menjadikan rakyat pemakan benda haram demi kerana habuan wang yang di laburkan oleh syarikat cadbabi ini...jadi apa apa yang di senaraikan dalam laman web JAKIM sebagai halal kita sewajar meragui sebabnya sijil halal boleh di beli dengan wang...dan JAKIM adalah syaitan pemakan benda haram....haramjadah...!!!
ReplyDelete