Burung Flamingo
paling tua di dunia yang berumur 83 tahun mati di Zoo Adelaide, Australia
kelmarin(2/2/2014).
Flamingo itu yang
diberi nama “Greater” bersempena spesisnya, terpaksa ditamatkan nyawanya
selepas burung itu mengalami komplikasi akibat umur yang tua.
Greater pertama kali
tiba di zoo berkenaan pada tahun 1933.
Burung tertua itu
hidup di dalam zoo berkenaan bersama seekor lagi Flamingo spesis Chilean
Flamingo bernama Chilly.
Ia ketika ini
berusia 60 tahun dan akan dipantau untuk melihat reaksi Chilly selepas kematian
temannya, Greater.
“Greater terkenal
sebagai burung Flamingo tertua dunia dan burung Flamingo spesis Greater
terakhir di Australia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Zoo Australia Selatan
Elaine Bensted.
Menurut beliau,
biarpun kematian Greater sesuatu yang amat sedih untuk diterima tetapi ia
adalah langkah paling tepat untuk dilakukan.
“Ketika itu, sudah
tiada sebarang pilihan untuk kembali memulihkan hidup Greater,” katanya.
Rekod kakitangan zoo
menunjukkan seekor lagi burung Flamingo tua yang masih hidup berumur 67 tahun
di sebuah zoo di Amerika Selatan.
Burung tidak mampu
untuk hidup dalam jangkamasa lama dalam habitat liarnya kerana ancaman haiwan
pemangsa dan kekurangan rawatan perubatan.
Dengan burung
Flamingo boleh hidup berdekad lamanya jika dalam kawalan, namun dalam habitat
liar mereka hanya mampu hidup untuk tempoh maksimum 25 tahun.
No comments:
Post a Comment