27 June 2014
jika ada telor muhyiddin perlu jelaskan kandungan perjanjian konsesi UiTM kepada rakyat
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa mendedahkan kandungan perjanjian konsesi penswastaan kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada umum
Langkah menjelaskan kandungan perjanjian membolehkan rakyat memahami kewajaran tindakan Barisan Nasional (BN) menswastakan kampus UiTM melalui konsep Inisiatif Kewangan Persendirian (PFI).
Kita rasa agak terusik dengan kenyataan Muhyiddin bahawa ramai yang tidak faham mengenai konsep penswastaan atau PFI yang menurut beliau banyak mendatangkan kebaikan kepada UiTM.
Malah, beliau memaklumkan kabinet menugaskan Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk memberi penerangan mengenai konsep PFI ini.
Muhyiddin yang juga menteri pelajaran sebenarnya tidak memahami isu dan kritikan yang dibangkitkan .
Segala kritikan bukan kerana menolak terus kaaedah PFI membiayai projek kerajaan jika dibuat secara telus dan menguntungkan rakyat.
Kita hanya mempersoalkan penswastaan tanpa melalui tender terbuka dan secara rundingan terus bagi keenam-enam kampus UiTM diberikan kepada syarikat milik pemimpin Umno yang melantik subkontraktor untuk mengendalikan projek berkenaan.
Kenapa sewa dan bayaran tahunan yang terpaksa ditanggung UiTM ini 5 kali ganda lebih mahal daripada kos membina sendiri UiTM ini?
Berapakah margin keuntungan yang diberikan kepada syarikat pemegang konsesi?Sekiranya perjanjian itu dapat didedahkan kepada umum barulah rakyat dapat memastikan tidak ada unsur keuntungan berlipat ganda yang diberikan kepada pemegang konsesi.
Jika Tan Sri Muhyiddin tidak bersedia mendedahkan perjanjian konsesi itu, sampai bila-bila rakyat tidak akan faham kenapa kerajaan persekutuan mengikat perjanjian yang kosnya nanti akan membebankan UiTM, sedangkan ia lebih murah untuk membina sendiri kampus-kampus itu.
Muhyiddin sebelum ini mempertahankan pemberian konsesi pembinaan cawangan UiTM kepada pemimpin Umno.
Timbalan perdana menteri itu juga berkata, penjelasan lanjut mengenai isu tersebut akan dijelaskan Wahid memandangkan perkara itu di bawah bidang kuasa Unit Perancang Ekonomi (EPU).
"Perkara ini akan dijelaskan Wahid nanti kerana projek itu terletak di bawah EPU," kata Muhyiddin.
Pendedahan beberapa konsesi UiTM terutamanya di Melaka, Negeri Sembilan dan Pasir Gudang yang membabitkan beberapa pemimpin Umno timbul minggu lalu di mana kita menuduh kerajaan sudah menandatangani perjanjian konsesi selama 23 tahun dan bersetuju membayar sewa tahunan di antara RM56 juta sehingga RM69 juta setiap kampus.
Jumlah itu menyebabkan Putrajaya terpaksa menanggung bayaran konsesi tahunan yang dianggarkan berjumlah RM375 juta setahun selama 23 tahun.Kos membina setiap kampus ini di antara RM280 juta ke RM315 juta.
No comments:
Post a Comment