28 June 2014
‘kabinet XXL’ Najib sekadar habiskan beras
kabinet sardine cap ayam otak kangkung....satu satunya di dunia....bravo
Rombakan kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberi faedah kepada rakyat dan bukan sekadar untuk meramaikan majlis.
Dengan bilangan jemaah kabinet yang ramai, rakyat berhak mendapat faedah yang lebih banyak dan menaruh harapan yang lebih tinggi.
Oleh sebab perdana menteri suka (benda yang) besar maka kita pun berhak untuk berharapan besar juga. Jadi harapan kita adalah kabinet XXL Najib akan membawa manfaat XXL kepada rakyat jelata.
Rugi XXL lah kita kalau kabinet XXL itu sekadar meramaikan majlis dan menghabiskan beras sahaja.
Najib pada Rabu melantik Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagaimana dijanjikan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan bulan lalu.
Beliau turut melantik Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai menteri pengangkutan dan Datuk Wee Ka Siong sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Tiga lagi naib presiden MCA – Datuk Lee Chee Leong, Datuk Chua Tee Yong dan Datin Paduka Chew Mei Fun – masing-masing dilantik timbalan menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kewangan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Pendekatan yang digunakan Najib sangat berbeza dengan almarhum ayahandanya yang lebih mementingkan kebajikan rakyat.
Najib lebih sukakan sambutan besar-besaran walaupun melawat ke kawasan parlimennya sendiri.
Nampaknya perdana menteri kita ini suka besar. Kalau beliau melawat kampung dan pekan, beliau khabarnya mahu sambutan besar-besaran.
Tun Abdul Razak Hussein bertongkat melawat kampung, memanjat tiang bulat rumah rakyat miskin untuk mencari penyelesaian dan membawa pembangunan. Tidak ada sambutan raksasa, tidak ada siaran langsung,
Mengenai rombakan kabinet , nampaknya jemaah menteri Najib lebih besar dari Korea Utara dan Uganda.
Jumlah kabinet Malaysia juga mengatasi purata kabinet dunia iaitu sebanyak 30 orang.Penambahan bilangan anggota kabinet Najib kepada 35 orang mungkin berupa rekod nasional. Satu laporan tahun 2011 berkata, Uganda mempunyai kabinet ketiga terbesar di dunia iaitu 71 orang anggota. Kalah kepada Korea Utara dan Kenya.
Tetapi apabila kita menghitung anggota Kabinet Korea Utara dalam Wikipedia, saya dapati hanya ada 34 orang dan Uganda 30.
Kalau betul laporan Wikipedia itu, maka kabinet Najib lebih besar daripada kabinet Korea Utara dan Uganda.
No comments:
Post a Comment