24 June 2014
kempen piala dunia buat penyokong belanda mengembara 13 hari ke sao paulo
LAURENS Kraal (kiri) dan Van Heteren bersama van yang mereka naiki dari Bolivia untuk memberi sokongan kepada Belanda ketika perlawanan Piala Dunia sedang berlangsung di Brazil.
SAO PAULO - Sekumpulan tujuh lelaki Belanda tiba di Sao Paulo selepas melalui perjalanan selama 13 hari dari Bolivia menggunakan sebuah van berwarna Oren yang berusia lebih 45 tahun.
Kebanyakan mereka suka berjenaka dan memberitahu, mereka banyak menghabiskan masa di dalam van kemudian membaiki enjin dan meneruskan perjalanan.
Bagi mereka ia merupakan perjalanan yang menarik dan dapat mengeratkan hubungan sesama mereka serta menikmati suasana di Amerika Latin.
Pernah sekali van yang mereka naiki rosak dan pergi ke balai polis untuk bertanyakan sama ada mereka boleh menyaksikan perlawanan antara Belanda dan Australia di balai tersebut di Ribas, Rio Pardo.
Bandar tersebut merupakan separuh perjalanan antara Cochabamba di mana mereka memulakan perjalanan ke Sao Paulo.
Anggota polis itu memberitahu mereka: "Anda harus diam ketika menyaksikannya kerana menonton perlawanan itu adalah satu jenayah," ujar Udo van Heteren, 29, dari Utrecht, Belanda ketika menceritakan pengembaraan mereka.
No comments:
Post a Comment