Taklimat Laporan Ketua Audit Negara hanya untuk media, ketua perkhidmatan awam, kata Paul Low
contoh laporan audit ketua audit negara yang lansung tak berguna....cakap aje...tapi tindakan habuk pon tarak....taklimat macam ini pun nak sembunyikan dari rakyat dan pembangkang....tak malu...perangai macam pondan...!!!
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan menafikan dakwaan bahawa beliau sengaja menghalang beberapa anggota Parlimen daripada memasuki kawasan sesi taklimat siri kedua Laporan Ketua Audit Negara yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata sesi itu, yang diadakan di Institut Integriti Malaysia, hanya untuk media serta ketua perkhidmatan awam dan kehadiran adalah "atas jemputan" sahaja.
Low turut menjelaskan bahawa tidak seorangpun anggota Parlimen dijemput untuk mengelak kemungkinan sesi itu dipolitikkan.
"Ini soal prinsip. MP sudah mempunyai platform sah untuk membangkitkan soalan berkaitan Laporan Ketua Audit Negara setiap kali Parlimen bersidang.
"Sekali lagi, sesi ini hanya untuk media dan kami berharap sempadan platform sebegini akan difahami dan dihormati semua pihak yang berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Portal berita ada melaporkan hari ini bahawa dua anggota Parlimen pembangkang "diusir" daripada sesi itu selepas Low, dalam ucapan pembukaannya, meminta bukan pengamal media dan penjawat awam meninggalkan bilik berkenaan.
Mengulas lanjut, Low berkata anggota Parlimen berkenaan diminta meninggalkan premis itu secara sopan kerana kehadiran mereka akan menyebabkan integriti keseluruhan sesi itu dipersoal. – Bernama,
No comments:
Post a Comment