14 June 2014
munafiknya UMNO....permainkan hudud untuk memecah belah pakatan rakyat....!!!
Umno Selangor tidak seharusnya menarik balik usul hudud yang dibawa mereka kerana tindakan itu jelas menunjukkan mereka sekadar bermain politik.
Tindakan ketua pembangkang Selangor, Datuk Shamsuddin Lias menarik balik usul berkenaan juga membazirkan masa sidang DUN.
Kita melihat langkah wakil rakyat Umno ini sebagai helah politik yang terang-terangan sekali.Nampaknya tindakan Shamsuddin menarik balik usul berkenaan tanpa sebarang alasan menunjukkan ia sekadar helah politik semata-mata.
Usul hudud itu dibawa Adun Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik daripada Umno. Namun terserah kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh sama ada menerima atau menolak usul itu untuk dibahaskan.
Menurut Shamsudin , BN Selangor menarik balik usul mengkaji sama ada undang-undang Syariah hudud wajar dilaksanakan di negeri itu.
Beliau berkata, usul itu menimbulkan banyak kekeliruan selepas Kamarul Zaki menyerahkannya kepada Yeoh.
"Itu bukan Rang Undang-Undang (RUU). Ia cuma usul bertanya kepada kerajaan negeri sama ada mereka hendak melaksanakan hudud atau tidak," katanya.
Katanya, penarikan usul itu merupakan perkara amalan biasa bagi mana-mana parti dalam DUN.
"Kita sudah berbincang dalam mesyuarat awal Adun BN. Disebabkan terlalu banyak kekeliruan, kita putuskan untuk tarik balik," katanya.
Namun katanya, wakil rakyat BN akan membangkitkan isu hudud ini semasa persidangan DUN yang bermula minggu depan.
Katanya, soalan akan diajukan kepada PAS mengenai komitmen mereka melaksanakan hukum hudud di Selangor selepas bekerjasama dengan Putrajaya untuk melaksanakannya di Kelantan.
kalau kita lihat statement dari pihak UMNO lahanat ini jelaslah...UMNO cuba nak perangkap PAS dgn DAP dalam isu hudud di Selangor. Bila Speaker Selangor dari DAP memberi laluan, mula la Ketua Pembangkan Selangor menggelabah, terus tarik balik usul tersebut. Nampak tak permainan ini, sedangkan di Trengganu yang terang terang majoriti 100 % melayu UMNO...tergamak tolak hudud...tu pasal jangan percaya dengan pihak kafir lahanat UMNO ini...sebab menegakkan islam adalah permainan UMNO untuk menipu orang islam dan rakyat di negara ini .Perompak dan pencuri UMNO mana mahu hudud...mereka takut kehilangan kaki dan tangan jika di sabitkan dengan kesalahan dalam HUDUD.
No comments:
Post a Comment