20 June 2014

wanita tersepit di celah batu




JIKA anda pernah menonton filem yang diadaptasi daripada kisah benar, ’127 Hours’ lakonan James Franco, pasti anda masih ingat adegan cemas watak Aron Ralston yang tergelincir dan tersepit di celah lurah batu yang sempit di kawasan pergunungan.

Sebagai penyelesaian, Ralston memotong tangannya yang tersepit dengan mengunakan pisau lipat selepas terperangkap selama 127 jam.


Ternyata pengalaman yang hampir sama dirasai oleh seorang wanita yang tersepit di celah batu besar di bandar pelancongan Mudanjiang, Wilayah Heilongjiang, China.

Bezanya, wanita itu berjaya dikeluarkan dalam masa sejam oleh pasukan penyelamat.

Kejadian berlaku selepas dia cuba menyelit antara celah batu tersebut sebelum tersekat di situ.

Mujurlah insiden ini berlaku di kawasan terbuka dan bukannya kawasan terpencil seperti dalam filem tersebut…

No comments:

Post a Comment