keputusan terkini piala dunia 2014
selongkar di sini
PLEASE PRAY FOR GAZA
posting terkini
01 July 2014
selepas kementerian pendidikan ‘sampahkan’ negara, jangan jadikan universiti seperti sampah
Kementerian Pendidikan di gesa tidak merobek dan menjadikan universiti seperti sampah, selepas negara ini turut 'disampahkan'.
Ini berikutan susulan tindakan Kementerian Pendidikan yang dikatakan menekan Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman sehingga beliau meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).
Perkhidmatan Redzuan sebagai dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) universiti itu juga tidak disambung mulai hari ini walaupun dikatakan masih mendapat sokongan daripada rakan-rakan pensyarah di fakulti berkenaan.
Profesor itu berjaya meletakkan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) Universiti Malaya (UM) sebagai antara yang terbaik di di negara ini.
Oleh itu kita mengecam pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak sedemikian. Jika betul Kementerian Pendidikan dan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang terlibat dalam kejadian ini, kita yakin UM akan sentiasa bergerak ke belakang seiring dengan ‘kebodohan’ sesetengah pihak.
Untuk pengetahuan semua sejak FSSS UM di bawah kepimpinan Prof Redzuan pelbagai kejayaan dikecapi, paling membanggakan FSSS UM merupakan fakulti ke-2 terbaik selepas Fakulti Perubatan dalam aspek pengambilan pekerjaan.
Pada masa sama beliau mempunyai rekod cemerlang pernah dinobatkan sebagai dekan terbaik dan cemerlang di UM..
UMcedel di bawah kepimpinan Redzuan yang juga merupakan pengasasnya berjaya menghasilkan kajian terbaik.
Nyatakan pusat kajian yang dimiliki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau kerajaan sendiri yang mampu menandingi kualiti hasil kajian UMcedel?
Kajian Majlis Profesor Negara juga tidak mampu menandingi kualiti hasil kajian UMcedel.
Alasan diberikan pengurusan UM ketika tidak menyambung tugasnya sebagai dekan adalah faktor usia yang dikatakan akan bersara tahun depan.
Secara telusnya Dr Redzuan tidak dipilih atas faktor umur yang semakin lanjut, itu respon pihak atasan setelah di minta sebab dan alasan kenapa jawatan dekan FSSS UM tidak dijawat lagi oleh beliau.
Alasan yang diberi sangat tidak masuk akal dan kebudak-budakan.
Jika Redzuan rasa dirinya sudah tua dan tidak mampu meneruskan kerja, beliau tidak akan bersetuju dan terhegeh-hegeh untuk bertanding sebagai calon dekan FSSS UM.
Jika umur menjadi ukuran , pengerusi senat UM tidak layak untuk jawat jawatan beliau sekarang kerana umurnya hampir mencecah 80 tahun.
Labels:
kementerian pendidikan
,
sampah
,
universiti malaya
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment