keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

31 March 2014

AS sahkan tiada kaitan pengganas dalam kehilangan MH370 tetapi kerajaan Malaysia masih menuduh kapten pesawat tersebut terlibat dengan aktiviti itu...!!!



Amerika Syarikat mengesahkan tidak wujud perbuatan ganas atau ‘terrorism’ di sebalik kehilangan penerbangan MH370 sejak 8 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Senat, Senator Dianne Feinstein berkata; “Setakat ini tidak ada, spekulasi adalah tetapi tidak ada apa-apa (bukti serangan pengganas di udara).

Bercakap kepada CNN beliau berkata, “Ini adalah misi yang sangat sukar. Hakikat bahawa begitu banyak negara menyertainya… mencerminkan bahawa tidak ada sebarang kaedah untuk mengira fungsi yang itu pula (dengan baik)…

Beliau menambah,: “Kamu harus faham, perisikan Amerika tidak mempersiapkan dirinya untuk kapal yang terhempas,”.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China, dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkemistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Susulan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit Inmarsat milik syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB merumuskan Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth, Australia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat itu hilang bahawa Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Kawasan pencarian bagi pesawat MH370 kini ditumpukan ke satu kawasan kira-kira 1,100 kilometer ke barat Perth, Australia berdasarkan nasihat terkini kumpulan penyiasat antarabangsa.


Najib Ditegur Kerana Tuduh Juruterbang Larikan Pesawat

mabuk telan garpu



Bacau (Romania): Seorang lelaki cuba menyembunyikan kesalahannya ketika mendapatkan rawatan kerana mengalami kesakitan pada kerongkongnya.

Dia enggan memberitahu doktor yang dia menelan garpu sebelum itu.

Ujian X-ray yang dijalankan ke atas Radu Calincescu, 25, menunjukkan objek berkenaan tersekat di tekaknya.

Radu menelan garpu berkenaan kerana bertaruh dengan rakannya bagi membuktikan kekuatannya, lapor Daily Mail.

“Saya mabuk ketika itu dan bertaruh dengan rakan yang saya mampu menelan garpu itu tanpa tercedera.

Saya memasukkannya ke dalam mulut dan dapat menelannya.

“Kini saya sedar ia tindakan yang amat bodoh.

Saya rasa, buat sementara waktu, saya tidak akan bertaruh lagi,” katanya.

Bengang dengan kenyataan itu, doktor memberitahu Radu mereka “tidak ada masa” untuk mengeluarkan garpu berkenaan.

30 March 2014

macam biasalah dah bunuh orang mana mau ingat....syaitan tua ini akan semak kenyataan Tun Musa sama ada betul atau tidak......temberang lagi lah dia peduli apa.!!!!



di bunuh kejam oleh bapak syaitan ini...!!!



bapak syaitan ini adalah  punca tragedi memali tapi kini cuba spin 360 darjah kununya dia tak berapa ingat...banyak cantik....!!!

Bekas perdana menteri  Mahathir Mohamad akan mengkaji semula kebenaran dakwaan bekas timbalannya Tun Musa Hitam yang mengatakan beliau berada di Kuala Lumpur semasa tragedi Memali pada 1985.

Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali, Musa mendedahkan Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.

"Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh Tun Musa.

"Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Mahathir selepas menghadiri majlis dianjur Alumni Universiti Utara Malaysia di Istana Hotel hari ini.

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Musa mendedahkan perkara ini dalam “Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang” anjuran kerajaan negeri Kelantan yang diadakan di Kota Baru baru-baru ini

Turut serta sebagai panel ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa manakala Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator.

Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu dan berkata: "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."

Sebelum ini, semua maklumat yang disebarkan ialah  Mahathir berada di China ketika kejadian itu

halang pemimpin PR ke serawak ...BN menang menipu PRK Balingian



Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung hari ini, dengan majoriti 6,911 undi.

Calonnya Yussibnosh Balo, 48, memperoleh 8,194 undi, berbanding calon PKR Abdul Jalil Bujang, 55, yang mendapat 1,283 undi.

Pada 2011, bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 6,210 undi untuk memenangi kerusi DUN Balingian dengan majoriti 5,154 undi, dalam pertandingan tiga penjuru, menewaskan Suriati Abdullah daripada PKR yang memperoleh 871 undi, dan calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin 1,056 undi.

Keputusan hari ini diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Balingian Shafrie Saili di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Mukah.

Katanya 146 kertas undi diisytihar rosak.

Undi yang diperoleh Yussibnosh bertambah sebanyak 701 berbanding jumlah undi yang diperoleh Abdul Taib.

PRK DUN Balingian diadakan ekoran perletakan jawatan Abdul Taib sebagai Anggota Dewan Undangan negeri Balingian, dan beliau kemudiannya dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak

29 March 2014

wajah sebenar bapak syaitan yang menjadikan orang lain kambing hitamnya



Pendedahan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berhubung keberadaan  Mahathir Mohamad di Malaysia semasa peristiwa Memali dan bukan di China seperti dipercayai selama lebih 30 tahun menunjukkan wajah sebenar ‎bekas perdana menteri itu

Mahathir sanggup menjadikan Musa sebagai mangsa untuk dipersalahkan sedangkan bekas perdana menteri itu berada di Malaysia.

Ia menunjukkan perangai syaitan  Mahathir dalam soal Memali sanggup memangsakan timbalannya dan itulah jenis manusia yang masih disanjung‎ ramai orang  yang  bodoh dan dungu.

Inilah orang yang merosakkan sistem dan ekonomi negara sehingga kita berada dalam keadaan yang parah sekarang ini.

Dalam satu diskusi di Kota Baru semalam, Musa mendedahkan bahawa Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China semasa peristiwa Memali.

Pendedahan ini dibuat sendiri Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Ini bukan kali pertama syaitan ini  menunjukkan sikapnya yang tidak jujur dan suka memutar-belit fakta.

Mahathir perlu segera menjawab tuduhan Musa dan memberi penjelasan kepada rakyat agar kenyataan itu dapat dipastikan kebenarannya.

Kita  memang tak terperanjat jika beliau   menafikan itu dan ini  kerana sejarah   membuktikan banyak kali beliau bukan seorang yang jujur dan beliau arif dalam memutar-belit fakta.

Mahathir perlu jelaskan dengan segera apakah benar tuduhan yang dibuat Musa kerana rakyat berhak mengetahui perkara sebenarnya

Selain Mahathir, pemimpin Barisan Nasional (BN) juga perlu memberi pencerahan tentang peristiwa hitam Memali dan hubung kait mantan perdana menteri itu terhadap kekejaman kerajaan pada masa itu.

Dengan lebih banyak maklumat berhubung peristiwa Memali, rakyat dapat memahami dan menggambarkan keadaan sebenar kejadian itu.

BN perlu memberi ulasan kerana ini melibatkan bekas perdana menteri mereka dan satu perkara yang amat serius di bawah pemerintahannya. Semua ini perlu ada penjelasan agar ada pendedahan di peringkat nasional mengenai isu Memali.

Sampai hari ini kita tidak mempunyai penerangan yang jelas tentang peristiwa Memali sehingga Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan secara menggila bagi menangkap beratus orang dan sebagainya adalah semata mata untuk menutup  mulut  mereka yang  membangkitkan berkaitan isu ini pada masa lalu.

Undang-undang bukan penyelesaiannya tetapi pendapat awam adalah cara yang terbaik kerana perkara ini menjadi isu umum dan perlu didedahkan.

Itu merupakan hukuman terbaik bagi mereka yang terlibat dalam perkara ini seperti Mahathir dan lain-lain. Biar rakyat menilai, menghukum dan menjadi hakim dalam kes ini.

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 mengorbankan 14 orang mangsa dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang yang lain di bawah ISA.

Kesemua yang ditahan dibebaskan kecuali 36 tahanan lain.Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya terbunuh.

Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah ISA kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.

PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Ibrahim dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka.

dah jadikan lembu cucuk hidung dan dapat air percuma dari malaysia tentulah kata kritikan terhadap malaysia tidak adil



Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Luar Singapuran, K Shanmugam berkata kritikan terhadap cara Malaysia mengendali insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 adalah tidak adil.

Menyifatkan kehilangan pesawat itu sebagai 'satu situasi yang amat luar biasa", beliau berkata hakikatnya terlalu sedikit maklumat untuk disiasat dan diketahui oleh rakyat Malaysia atau sesiapa sahaja berhubung insiden berkenaan.

Shanmugam berkata demikian pada sesi dialog anjuran Persatuan Wartawan Asing Singapura di Singapura, semalam.

Malaysia dikritik, terutama oleh media asing sejak pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu.

Pada majlis sama, Shanmugam berkata, tidak terdapat kekurangan daripada segi kerjasama dan respons dalam kalangan negara Asean berhubung kehilangan MH370.

"Saya tidak fikir mana-mana negara Asean yang lewat dalam respons mereka daripada segala segi," katanya ketika diminta menilai tahap kerjasama dalam kalangan negara Asean untuk mencari pesawat malang itu

mak oiii melampau 2 buah bas amfibia berharga rm 6 juta....songlap lagi duit rakyat untuk kroni ka mat said...?...!!!!



AMPHICOACH bakal merancakkan pelancongan Tasik Kenyir dan digunakan untuk pemindahan mangsa banjir.

Kuala Berang: Dua kenderaan ‘amphicoach’ (bas amfibia) yang dibeli kerajaan negeri Terengganu bukan setakat digunakan untuk merancakkan aktiviti pelancongan di Tasik Kenyir, malah akan dipakai bagi kemudahan memindahkan mangsa banjir di negeri ini setiap kali bencana itu melanda.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk membeli dua kenderaan terbabit yang bernilai RM6 juta kerana ia mempunyai pelbagai fungsi yang dapat memberi manfaat kepada rakyat.

“Kerajaan negeri bersetuju membeli dua buah ‘amphicoach’ buatan Malta ini yang dapat digunakan di darat dan air.

“Kenderaan berbentuk seperti bas ini mampu memuatkan 50 penumpang pada satu-satu masa dengan kelajuan mencecah lapan knot di dalam air.

“Setibanya musim tengkujuh, ia akan digerakkan bagi membantu mangsa banjir kerana biasanya pengangkutan darat mengalami kesukaran kerana laluan terputus hubungan akibat banjir besar seperti di Kemaman, tahun lalu.


bala kesan nuklear lynas dah bermula....tong sarat berisi bahan kimia Lynas terjatuh daripada treler



SEBAHAGIAN daripada tong berisi bahan cecair kimia yang terjatuh daripada sebuah treler di Kilometer 149, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur dekat Lanchang, Temerloh semalam.

TEMERLOH - Pengguna jalan raya yang melalui jalan di Kilometer 149, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di Lanchang dekat sini gempar selepas 13 tong yang mengandungi bahan cecair kimia yang dibawa dari Kilang Lynas terjatuh daripada sebuah treler pada pukul 9.30 pagi semalam.

Kejadian itu berlaku ketika treler terbabit dalam perjalanan dari Gebeng, Kuantan ke Pelabuhan Klang, Selangor.

Dalam kejadian itu, sebanyak empat tong berisi cecair kimia jenis NDPR Chloride pecah dan cecair berkenaan tumpah di bahu jalan.


biola antik dijangka dilelong lebih RM147 juta



GAMBAR menunjukkan biola yang dibuat pada tahun 1719 yang akan dilelong pada Jun depan

NEW YORK - Sebuah biola yang dibuat pada tahun 1719 oleh Antonio Stradivari akan dilelong oleh firma lelongan Sotheby's.

Biola itu dijangka dilelong pada harga lebih AS$45 juta (RM147 juta) pada Jun depan.

Setakat ini, hanya 10 biola buatan Stadivari yang masih ada dalam simpanan peribadi.

Biola yang akan dilelong itu dikenali sebagai Macdonald kerana ia pernah dibeli oleh golongan bangsawan Ireland, Baron Macdonald, Godfrey Bosville Ketiga pada tahun 1820-an.

Ia kemudian menjadi milik mendiang Peter Schidlof pada tahun 1964.

Firma Sotheby's kini mewakili pihak pentadbir hartanah Schidlof untuk melelong biola tersebut.

Jika ia berjaya dijual pada harga lebih RM147 juta itu, biola tersebut akan mencipta rekod lelongan paling tinggi di dunia.

Sebelum ini, biola yang dibuat pada tahun 1791 dan dikenali sebagai Lady Blunt dilelong pada harga AS$15.9 juta (RM51.95 juta) pada tahun 2011.

Lelongan itu dibuat menerusi online


disangka pesawat terhempas




SEBUAH kapal tunda disangka kapal terbang penumpang di Lautan Atlantik dekat Gran Canaria, Kepulauan Canary kelmarin.

MADRID, Sepanyol - Perkhidmatan Kecemasan Kepulauan Canary milik Sepanyol tersilap sangka apabila mempercayai maklumat yang disalurkan seorang lelaki yang mendakwa dia melihat sebuah kapal terbang di permukaan Lautan Atlantik kelmarin.

Seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan itu menyatakan, lelaki tersebut melihat objek seperti kapal terbang penumpang di atas lautan semasa berjalan di tepi pantai Pulau Gran Canaria.

"Dia (lelaki tersebut) memberitahu kami, terdapat sebuah kapal terbang dan kami mula melakukan misi pencarian," tambahnya.

Ketika beberapa buah helikopter penyelamat dan polis dikerahkan ke kawasan pencarian, pihak Menara Kawalan Trafik Udara Gran Canaria mengesahkan kepada perkhidmatan kecemasan bahawa objek yang dilihat itu ialah kapal terbang.

Pihak perkhidmatan kecemasan kemudian menghantar kenyataan di laman Twitter dengan membuat pengesahan bahawa sebuah kapal terbang terhempas 3.21 kilometer dari pantai.

Bagaimanapun, beberapa buah helikopter di lokasi kejadian mengesahkan bahawa objek tersebut bukan sebuah kapal terbang.

Namun, objek itu sebenarnya adalah sebuah kapal tunda yang kelihatan seperti sebuah kapal terbang

air lopak jangan di sangka ...!!!

sengal...tapi..nasib baik lah jugak....!!!

lapar yer...!!!

bijak bijak....masa kecik susukan....masa besar  jadi habuan...?

28 March 2014

gadai nyawa pada ketinggian 1,200 meter



DUA pekerja syarikat Abseilon mencuci tingkap di sebuah pelantar di Grand Canyon setinggi 1,200 meter.

PHOENIX - Sekumpulan pekerja dari syarikat Abseilon menggunakan tali untuk mencuci cermin di sebuah pelantar setinggi 1,200 meter di ngarai Grand Canyon di sini.

Semua pekerja itu menggadai nyawa dan hanya bergantung pada tali untuk menggilap lebih daripada 40 buah cermin di bawah pelantar yang berbentuk ladam itu.

Naib Presiden Abseilon, Kenneth Popilar berkata, kerja-kerja syarikat itu termasuk turun ke bahagian bawah tebing untuk mengutip semua sampah yang dibuang pengunjung.

Pelantar yang dikenali sebagai Skywalk dan dibina di pinggir ngarai Grand Canyon itu menawarkan pemandangan Sungai Colorado




buaya baham kamera



IMEJ-IMEJ terakhir yang dirakam kamera GoPro milik Madden sebelum gajet itu digigit seekor buaya.

HOMESTEAD, Florida - Hasrat seorang aktivis pencinta alam ingin merakam aksi seekor buaya gergasi gagal apabila sebuah kamera jenis GoPro yang baru dibelinya rosak teruk akibat dibaham reptilia itu, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Chris Madden meletakkan kamera tersebut di dalam sebuah kerangka sebelum menuju ke sebuah tasik di Homestead, dalam negeri Florida yang menempatkan buaya sepanjang 4.1 meter itu baru-baru ini.

Penduduk setempat menggelarkan buaya itu 'Big Boy' kerana saiznya yang besar.

"Saya cuba mendapatkan beberapa gambar di dalam air, namun sebaik sahaja kamera ini menyentuh permukaan air, buaya tersebut terus menerkam dengan ganas," katanya.

Kamera tersebut dimasuki air selepas beberapa gali digigit oleh buaya tersebut.




tindakan pondan ketua menteri baru penjilat najis taib mahmud menghalang pemimpin PR masuk ke sarawak





budak suruhan taik mahmud....!!!


Tindakan pondan  kerajaan negeri Sarawak yang menghalang beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) daripada memasuki negeri itu sebagai satu simbol penafian hak demokrasi.

Tindakan kerajaan negeri itu hanya menunjukkan imej Barisan Nasional (BN) / BARISAN NAZI yang menafikan hak rakyat untuk bebas ke mana sahaja selagi berada dalam Malaysia.

Ini satu tindakan terdesak dan  PEMBACUL  BN di Sarawak kerana mereka takut kepada pemimpin PKR untuk berkempen dan mengekang rakyat bergerak secara bebas dalam negara demokrasi.

Mereka menggunakan kuasa negeri yang tidak bertempat. Perbuatan ini memberi kesan kepada keputusan pilihan raya nanti.

Semalam, Zuraida dihalang memasuki Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Sibu pada jam 2.30 petang dan diminta meninggalkan negeri itu pada petang hari yang sama.

Perintah tersebut dikeluarkan selaras Seksyen 65 (1) (a) Akta Imigresen 1959 yang mengarahkan tiada pas dikeluarkan kepadanya untuk memasuki Sarawak.

Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang mencabar kerajaan negeri Sarawak mendedahkan senarai penuh nama pemimpin PR yang dihalang ke negeri itu bagi membolehkan mereka membuat persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun hadapan.

“Saya mencabar kerajaan negeri siapakah pemimpin PKR atau PR yang mereka hendak larang memasuki Sarawak. Berikan nama kepada kita agar kami dapat mengambil tindakan seterusnya.

“Saya rasa ini juga akan digunakan dalam PRN Sarawak yang akan berlangsung nanti. Mereka berasa takut dan tergugat dengan PKR yang bertanding di sana,” katanya.

Nampaknya  tiada perubahan yang dilakukan  oleh  adnan satem  selepas mengambil alih tampok pemerintahan negeri. malah menjadi  budak penjilat najis taib mahmud .

Tindakan kerajaan Sarawak menghalang pemimpin pembangkang ke negeri itu merupakan satu bentuk pencabulan kepada hak rakyat Sarawak mendapat maklumat untuk memilih pemimpin yang paling layak bagi menerajui kepimpinan negeri Bumi Kenyalang itu.

Ini jelas menunjukkan tindakan kerajaan negeri terhadap pembangkang. Ini bukan satu kebetulan. Tidak ada perubahan apabila bertukar pimpinan tertinggi.

Ini sesuatu yang perlu disanggah kerana menunjukkan bibit yang akan berlaku dalam PRN Sarawak kelak.

Kekayaan bekas ketua menteri Sarawak  Abdul Taib Mahmud yang mencecah puluhan bilion ringgit masih tidak mampu membangunkan kawasan Balingian yang disifatkannya bukan kawasan yang besar.

Sikap pemimpin yang gemar menaburkan wang menjadi punca pengabaian infrastruktur dan pembangunan ekonomi penduduk setempat.

Bekas ketua menteri punyai kekayaan berbilion ringgit dalam negara dan luar negara tetapi tidak mampu menjalankan tugas kepada rakyat Balingian yang memberi sokongan kepadanya. Mereka mengamalkan politik gula-gula.

Apabila perlu, mereka beri duit, tetapi tidak berikan pembangunan dan cara untuk membaiki ekonomi mereka. Tiada infrastruktur yang elok sedangkan Balingian tidak sebesar mana. Hartanya yang berbilion ringgit boleh membangunkan Balingian menggunakan duitnya sendiri.

pecat ajer menteri pertahanan kangkung@kongkang ini...negara kita tak perlu bangsa pondan sial macam ini....!!!!




Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri  wajib dipecat kerana mengeluarkan kenyataan yang merosakkan kredibiliti Malaysia.

Imej Malaysia sudah pun sedia terjejas dengan kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370.
Malaysia sudah pun berada dalam kemelut kerana masih belum mampu menjelaskan misteri kehilangan pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines sehingga kini dan berdepan pula dengan kritikan masyarakat dunia yang mempertikaikan kemampuan negara ini untuk menangani krisis apabila keluarga penumpang dan anak kapal terbabit tidak diberikan semua maklumat yang berkaitan..

Di tengah krisis seperti yang kita hadapi sekarang ini, kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab seperti yang ditunjukkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan dengan menyebut perkara yang karut di Parlimen pula berlaku.

Abdul Rahim pada Rabu memberitahu Parlimen bahawa penerbangan MH370 berpatah balik kerana menerima arahan daripada pusat kawalan trafik udara di Subang.

Semalam Abdul Rahim menarik balik kenyataan beliau di Parlimen pada Rabu bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 berpatah balik kerana kemungkinan mendapat arahan daripada pusat kawalan dengan menyatakan ia hanyalah andaian beliau.

Seperti yang disebut oleh seorang pakar media dari Kanada, dalam dunia komunikasi krisis, persepsi dapat membawa akibat yang buruk.

Semasa perbahasan titah Diraja di Parlimen pada Rabu, Abdul Rahim menjelaskan kenyataannya hanyalah andaian berdasarkan kemungkinan yang berlaku apabila persoalan mengapa tiada tindakan daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila mendapati pesawat tersebut berpatah balik.

"Jawapan saya pada sesi Parlimen semalam menyatakan pesawat MH370 berpatah balik berkemungkinan setelah menerima arahan daripada pusat kawalan hanyalah andaian," katanya dalam satu kenyataan petang semalam.

Abdul Rahim juga mengakui selepas semakan dibuat, pihaknya mendapati andaian tersebut adalah salah sama sekali.

Abdul Rahim pada Rabu turut berkata Kementerian Pertahanan tidak mengambil tindakan apabila melihat pesawat tidak dikenali di radar tentera berpatah balik kerana menyangka mendapat arahan daripada pusat kawalan.

"Ia memang dikesan di radar kami, tetapi pusingan-U itu dibuat oleh pesawat yang tidak merbahaya dan kami fikir boleh jadi ia adalah arahan menara kawalan.

“Pesawat yang tidak merbahaya memang melalui melalui ruang udara negara pada 8 Mac," katanya.

Malaysia dikritik teruk selepas mendedahkan radar tentera mengesan satu pesawat yang tidak dikenali – sekarang disahkan sebagai pesawat MH370 – tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.

JAKIM sape lu nak ajar gua hah..?..jangan percaya teori rekaan sendiri, kata Jakim..tapi elok lah percaya kepada bomoh 1 malaysia.....betul betul celaka dan sial punya JAKIM @ JAKUN...!!!

MH370: Jangan percaya teori rekaan sendiri, kata Jakim





yang ini teori bukan  rekaan sendiri = halal...kan gitu...?


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menyelar perbuatan segelintir pihak yang suka menyebarkan spekulasi dan mencipta teori rekaan sendiri berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Melalui khutbah Jumaat hari ini, Jakim menyeru umat Islam agar lebih peka kepada perasaan ahli keluarga penumpang pesawat itu yang mengharapkan agar orang tersayang kembali.

“Usahlah mudah mempercayai pelbagai persepsi, dicipta bermacam andaian, dilempar segala kritikan dan disebarkan teori rekaan sendiri.

“Selamilah hati sanubari keluarga dan sanak saudara yang terlibat ini. Elakkan daripada menambah kesedihan mereka dengan membuat pelbagai spekulasi dan tohmahan fitnah,” kata Jakim melalui khutbah Jumaat hari ini bertajuk “Hikmah di Sebalik Ketentuan Allah”.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Isnin mengumumkan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Katanya, perkara itu dimaklumkan oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain berdasarkan analisis data satelit Inmarsat yang sebelum ini memberi anggaran lokasi pesawat itu di dua koridor utara dan selatan.

Najib berkata maklumat terbaru ini dikongsi awal kepada umum untuk menunjukkan komitmen pihak berkuasa Malaysia kepada keterbukaan dan rasa hormat terhadap anggota keluarga yang terlibat.

Jakim menyeru agar ahli keluarga penumpang bertawakal kepada Allah dan melakukan usaha yang termampu seperti solat hajat bagi memudahkan kerja mencari dan menyelamat (SAR) pesawat berkenaan.

Katanya, setiap apa berlaku adalah qada dan qadar Allah yang mempunyai pelbagai hikmah di sebaliknya selain umat Islam juga diseru berdoa kepada Allah agar diberikan ketenangan kepada ahli keluarga penumpang pesawat itu.

“Semoga usaha tersebut dipermudahkan Allah. Serahlah perkara ini kepada pihak berkuasa menanganinya dan bertawakallah kepada Allah. Berdoalah ke hadrat Allah agar mereka yang beragama Islam di bawah perlindungan Allah.

“Ingatlah bahawa kesabaran saat ditimpa musibah yang tidak diinginkan adalah senjata bagi orang yang beriman untuk merubahnya dengan penuh ketabahan,” katanya.

Semalam, cuaca buruk yang melanda selatan Lautan Hindi memaksa operasi SAR penerbangan MH370 yang memasuki hari ke-20 ditangguhkan lagi.

Operasi itu yang bermula awal pagi melibatkan 11 pesawat dan lima kapal ditangguhkan apabila keadaan cuaca semakin buruk menjelang tengah hari.

"Semua pesawat kembali ke Perth dan kapal pula belayar meninggalkan kawasan pencarian," kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) dalam laman Twitternya.

rupanya pembunuh peristiwa memali berada di kuala lumpur dan bukan di negara china...rakyat malaysia di tipu hidup hidup oleh syaitan yang di kenali ini....!!!



musa hitam tertuduh angkara  bapak syaitan  ini...!!!

Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku,rupanya  perdana menteri ketika itu  Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Tan Sri  Musa Hitam  yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Malah  "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."

Ekoran pendedahan Musa itu kita semua berasa  terkejut  kerana media arus perdana  pengampu melaporkan Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.

Nampaknya titik hitam dalam politik beliau  adalah Memali, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.

Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.

Ketika itu kununnya  Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Mahathir sememangnya berada di Kuala Lumpur.

Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.

Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan  Mahathir selaku perdana menteri CUCI TANGAN  kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China.

Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.

PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka.

27 March 2014

undang undang lapuk JPJ mengutamakan kroni dari rakyat...!!!



Kebanyakan kereta import sudah sedia digelapkan dibahagian penumpang dan tempat letak barang. Dalam hal ini seharusnya ada timbang rasa dan kelonggaran bagi kenderaan MPV kerana kenderaan ini tidak mempunyai bonet tertutup dan boleh mendedahkan barang yang dibawa kepada risiko kecurian atau pecah kereta.

Malah konsep rekaan ini telah dikaji oleh negara maju seperti Jepun kerana telah melihat jauh kehadapan bagi menjamin keselamatan barang dan juga penumpang. Maka dalam hal seharusnya JPJ boleh bersikap lebih mesra pengguna.

Dalam konteks penggunaan cermin gelap yang kononnya dijadikan isu besar oleh pihak JPJ, maka kami amat menuntut JPJ untuk menjawap persoalan berikut :

Penggunaan tinted gelap sebenarnya adalah untuk mengelakkan cuaca panas dan kehilangan barangan berharga.

• Apakah kesan pemakaian cermin gelap boleh meningkatkan kadar kemalangan jalanraya ? Jika ada berapakah angka sebenar punca cermin gelap yang boleh dikaitkan dengan peningkatan kadar kemalangan jalanraya di negara kita. Apakah dengan menguatkuasakan cermin cerah boleh dibuktikan pula dapat mengurangkan kadar kemalangan ?

• Adakah JPJ sedar bahawa ada faktor yang lebih utama dan sangat signifikan iaitu faktor jalanraya di Malaysia yang tidak diselanggara dengan baik, garisan putih yang pudar di kebanyakkan jalanraya menyebabkan banyak kenderaan terbabas ? Selain itu faktor keadaan kenderaan seperti tayar botak, modifikasi terhadap enjin serta sikap pemandu lebih merupakan sebab utama yang seharusnya diberikan perhatian oleh JPJ Malaysia.

• Bagaimana pula kenderaan perdagangan seperti van yang mempunyai penutup besi di keseluruhan bahagian belakang yang bertujuan menutup barang-barang yang dibawa. Bukankah van ni juga mungkin membawa barang yang diragui dan mungkin membawa penjenayah ?

• Kenapa bas ekpress boleh menggunakan cermin gelap atau langsir untuk penumpang mereka yang bagi saya juga adalah kesalahan yang sama ?

• Bolehkah JPJ menjamin keselamatan barang dalam kenderaan MPV selepas ini jika kenderaan kami dipecahkan kerana pencuri dapat melihat apa yang ada dalam bonet MPV kami ?

• Apakah ada peraturan yang berbeza kepada orang yang berbeza, umpamanya kenapa VVIP boleh bercermin gelap sedangkan rakyat biasa tidak boleh ? Sedangkan sebagai pemimpin dan milik rakyat mereka sepatutnya memasang cermin cerah untuk kami melihat pemimpin setiap kali mereka berada di dalam kenderaan.

• Apakah bezanya peraturan ini dengan peraturan di negara lain ? Mengapa peraturan ini tidak dikuatkuasakan di negara lain ? Adakah negara lain tidak cerdik atau JPJ kita yang tidak cerdik mencipta peraturan. Pernahkan JPJ menkaji akta lapuk yang sudah ketinggalan zaman ini dengan negara lain?

• Adakah JPJ sedar bahawa semakin banyak akta yang mengarut dan peraturan yang pelik semakin banyak pula kadar kemalangan, dan ianya bukan berkaitan dengan cermin gelap seperti yang cuba diwar-warkan.

Malah JPJ sudah hilang fokus kepada keutamaan mereka dalam hal-hal yang boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan atau membantu kerajaan dalam hal ini. Fikirkan secara inovatif dan matang dalam mencari kaedah baru atau peraturan yang mesra pengguna. Jika perlu lihatlah kaedah negara maju dalam usaha mereka mengurangkan kadar kemalangan dan peraturan yang mereka ada.

• Kenapa JPJ menghalang kreativiti dan hak kami sebagai pemilik kenderaan dan dalam masa yang sama menghalang rezeki kedai-kedai aksesori mencari sumber rezeki.

• Adakah adil tindakan JPJ ini kepada rakyat sedangkan slogan kebajikan rakyat tidak diendahkan atas faktor mempunyai kuasa menyaman dan hilang pertimbangan budi bicara dalam isu yang amat remeh dan kecil ?


KDN ( di baca kangkong dalam negeri ) galak rakyat goyang buah sendiri ....bila permit akhbar lucah dan penuh fitnah di benarkan ...malaysiakini dan FZ daily di tolak permitnya....!!!



cakap x serupa bikin  ciri utama  perangai munafik pemimpin BN



lucah yang berlambak lambak



fitnah  yang bersepah sepah

Kementerian Dalam Negeri KDN hari ini berkata tindakan menolak permit akhbar Malaysiakini dan FZ Daily ialah untuk mengawal lambakan akhbar yang ada di negara ini.

DN berkata, keputusan itu dibuat bagi menyekat berita yang mengelirukan disogokkan kepada orang ramai.

"Penolakan permohonan akhbar FZ Daily dan Malaysiakini merupakan langkah awal dalam mengawal lambakan penerbitan akhbar umum yang berkemungkinan boleh mengelirukan orang ramai sekiranya terlalu banyak berita disiarkan oleh pelbagai akhbar," kata KDN di Dewan Rakyat hari ini.

"Ia dilihat cenderung untuk menerbitkan berita sensasi dan kontroversi bagi menarik perhatian pembaca," kata KDN menjawab kepada soalan bertulis oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

FZ Daily merupakan akhbar harian yang dimiliki syarikat media The Edge Communications Sdn Bhd.

Permit akhbar portal berita fzdotcom itu ditarik balik sebelum ia sempat memasuki pasaran.

Berdasarkan kenyataan pemilik FZ Daily, Datuk Tong Kooi Ong, permit akhbar itu ditarik balik beberapa jam selepas mahkamah memberikan kebenaran memulakan prosiding terhadap KDN kerana menangguhkan permit FZ Daily dikeluarkan beberapa bulan lalu.

Manakala Mahkamah Rayuan pada 30 Oktober tahun lepas sebulat suara menolak rayuan KDN terhadap Malaysiakini dalam kes permohonan permit penerbitan.

menteri kangkong tunjuk perangai kongkang buat U - TURN macam pesawat 'drone ' yang menipu........

Timbalan menteri tarik balik kenyataan pesawat MH370 ‘turn back’ kerana arahan




menteri kangkong cuba mengkangkongkan rakyat  dan keluarga mangsa tragedi  mh 370

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri hari ini menarik balik kenyataan beliau di Parlimen semalam bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 berpatah balik kerana kemungkinan mendapat arahan daripada pusat kawalan dengan menyatakan ia hanyalah andaian beliau.

Beliau yang berkata demikian semasa perbahasan titah Diraja, dekat Parlimen semalam menjelaskan kenyataannya hanyalah andaian berdasarkan kemungkinan yang berlaku apabila persoalan mengapa tiada tindakan daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila mendapati pesawat tersebut berpatah balik.

"Jawapan saya pada sesi Parlimen semalam menyatakan pesawat MH370 berpatah balik berkemungkinan setelah menerima arahan daripada pusat kawalan hanyalah andaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga mengakui setelah semakan dibuat, pihaknya mendapati andaian tersebut adalah salah sama sekali.

Semalam, Abdul Rahim berkata Kementerian Pertahanan tidak mengambil tindakan apabila melihat pesawat tidak dikenali di radar ‎tentera berpatah balik kerana menyangka mendapat arahan dari pusat kawalan.

"Ia memang dikesan di radar kami, tetapi pusingan-U itu dibuat oleh pesawat yang tidak merbahaya dan kami fikir boleh jadi ia adalah arahan menara kawalan.

“Pesawat yang tidak merbahaya memang melalui melalui ruang udara negara pada 8 Mac," katanya ketika membuat penggulungan perkara yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen ketika membahas titah Yang di-Pertuan Agong.

Malaysia dikritik teruk selepas mendedahkan radar tentera mengesan satu pesawat yang tidak dikenali – sekarang disahkan sebagai pesawat MH370 – tetapi tidak mengambil sebarang tindakan




salahguna kokpit....bukan berlaku di MAS sahaja...!!!




Membenarkan penumpang masuk ke kokpit adalah perkara yang dilarang. Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, MAS tidak berkompromi dengan isu keselamatan dan melarang keras setiap juruterbang membawa masuk penumpang ke dalam kokpit apatah lagi untuk bergambar.

Sebelum ini akhbar luar negara telah memainkan isu pembantu juruterbang yang dikatakan pernah membenarkan penumpang masuk ke kokpit. Akhbar Daily Telegraph pernah mengeluarkan tajuk "Playboy Pilot".



Tapi melalui pencarian yang dibuat saya menemui banyak kes membenarkan penumpang masuk ke kokpit



Model dan artis Vietnam, Ly Nha Ky, pernah masuk ke kokpit dan bergambar kapten pilot Nguyen Ngoc Nhu Y dan kopilot Nguyen Xuan Hai. Kapal terbang dibiarkan "pandu sendiri". Pilot ini digantung dua bulan dan didenda.



Gambar 9 Oktober 2010 juga dalam kokpit pesawat KT3 dalam perjalanan ke Madinah.







Ini pula Cockpit pesawat Garuda Indonesia Ogos 2013.

Banyak lagi kalau nak dicari...

oksigen untuk di jual



SEORANG wanita menunjukkan dua botol berisi udara segar yang akan dikeluarkan secara komersial pada Jun depan.

BEIJING - Pencemaran udara yang teruk di sini mendorong pemerintah China mengambil langkah drastik untuk menjual kandungan oksigen bersih di dalam botol-botol kaca.

Udara bersih dan segar itu akan dijual kepada orang-ramai dengan pelancong asing dijangka menjadi pelanggan utama.

Rancangan tersebut antara lain, diatur bagi menangani tahap jerebu yang serius di beberapa kota raya negara itu yang disifatkan mengalami krisis alam sekitar oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Kebanyakan udara bersih itu yang diambil di sekitar kawasan pergununganTianmu dan Leigong akan dibotolkan oleh pihak berkuasa wilayah Guizhou, barat daya China.

Udara bersih itu akan mula dijual pada Jun depan dan dijangka menjadi antara produk tarikan pelancong di negara itu




salahkan cina lagi....patutlah prk kajang BN kena tendang....apa yang menteri samseng ini mahu.....?



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyalahkan media cetak bahasa Cina yang didakwa cuba bermain sentimen hingga membangkitkan kemarahan kepada saudara-mara mangsa bangsa tersebut berhubung isu tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Beliau berkata akhbar berbahasa Cina di negara ini dilihat terlalu memanipulasikan insiden MH370 sehingga menyebabkan ahli keluarga mangsa terutama di Beijing menjadi berang dengan kerajaan Malaysia.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini, begitu juga dengan pemangku Menteri Pengangkutan," katanya semasa sesi pengulungan di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bahawa kenyataan menteri itu merujuk kepada akhbar bahasa Cina tempatan atau antarabangsa.

Hari ini lidah pengarang China Global Times berkata, Malaysia perlu mendedahkan semua maklumat kerana keraguan terhadap kehilangan pesawat itu akan hanya memusnahkan kredibilitinya.

Ahli keluarga China menerima berita mengenai 154 warganya dipercayai maut apabila pesawat MH370 terhempas di selatan Lautan Hindi, Putrajaya dengan perasaan ‎marah sehingga menyaksikan berlakunya protes di hadapan Kedutaan Malaysia di Beijing semalam.‎

Akhbar harian itu berkata, dengan 154 penumpang adalah warganegara China, negara itu mempunyai hak untuk menggesa kerajaan Malaysia memaklumkan kepada umum apa sebenarnya yang berlaku.

Zahid berkata, umum perlu mengetahui bahawa peristiwa MH370 adalah suatu kemalangan dan tiada siapa pun mahu ia berlaku.

Mengulas mengenai kekeliruan antara jumlah kecurian pasport seperti dibangkitkan ahli Parlimen Shah Alam, Zahid mengesahkan angka tersebut ialah sebanyak 40.1 juta.

"Angka tersebut adalah 40.1 juta seperti yang diberikan kepada Interpol. Saya menteri bertanggungjawab, jadi guna perangkaan saya," katanya.

Beliau juga berkata, tidak mungkin Jabatan Imigresen boleh mengesan pasport curi kerana jumlah tersebut terlalu banyak.

"Ia lebih senang sekiranya mereka dalam senarai suspek, Bagaimanapun, ini adalah kali pertama mereka memasuki negara.

"Sekiranya mereka pernah memasuki negara sebelum ini, maka kita akan dapat mengesan mereka melalui sistem biometrik," katanya.

Beliau juga berkata kemasukan dua penumpang yang menggunakan pasport curi itu juga menggunakan standard prosedur yang betul.

Bagaimanapun Khalid sekali lagi membangkang menyatakan bahawa muka dua penumpang Iran itu tidak mempunyai iras Itali mahupun Australia.

Menjelaskan hal itu, Zahid berkata ketika itu tidak ada yang meragukan kerana bentuk muka dua penumpang itu sepadan dengan apa yang terpapar pada pasport mereka.

"Kenapa kita tidak boleh beza kerana iras muka adalah lebih kurang sama, contoh orang kita kalau tengok orang putih apa tanggapan mereka mesti kulit putih, hidung mancung," katanya.

Beliau juga berkata, dua orang penumpang itu disahkan bukan pengganas dan tindakan mereka menggunakan pasport curi adalah atas alasan tidak mahu memohon visa bagi melawat Jerman.

Terdahulu polis mengesahkan dua rakyat Iran berkenaan adalah antara penumpang yang menaiki pesawat MH370 menggunakan pasport palsu.

Identiti lelaki itu disahkan sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 tahun. Dia menggunakan pasport Austria milik Christian Kozel yang disahkan dicuri di Phuket, Thailand.

26 March 2014

seekor lagi menteri kangkong @ kongkang bersabda....kali ini dari kementerian pertahanan penghianat negara.....itu bukan mh 370 la banggang ..itu pesawat pengintip drone kepunyaan AS....ada apa apa skandal dengan negara penyokong yahudi ke...?.!!!

Kami anggap pusingan ‘U’ MH370 arahan menara kawalan, timbalan menteri pertahanan beritahu Parlimen



pesawat drone menyerupai  mh 307 pada radar...pihak tentera buat buat  tak tahu.. atau bersekongkol...?

Pihak tentera tidak mengambil tindakan apabila melihat pesawat yang tidak dikenali di radar tentera kerana menganggap pusat kawalan trafik Subang yang mengarahkan pesawat itu membuat pusingan ‘U’, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri (gambar) kepada Parlimen hari ini.

"Ia memang dikesan di radar kami, tetapi pusingan U itu dibuat oleh pesawat yang tidak merbahaya dan kami fikir boleh jadi ia adalah arahan menara kawalan. Pesawat yang tidak merbahaya memang melalui melalui ruang udara negara pada 8 Mac," katanya ketika membuat penggulungan  perkara yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen ketika membahas titah Yang di-Pertuan Agong.

Malaysia teruk dikritik selepas mendedahkan radar tentera mengesan satu pesawat yang tidak dikenali – sekarang disahkan sebagai pesawat MH370 – tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.

Dalam laporan sebelum ini, BBC berkata, ia menimbulkan tanda tanya manakala bekas juruterbang Tentera Udara Diraja British dan penganalisa angkasa Andrew Brookes berkata, kerajaan dan tentera udara mempunyai isu yang serius untuk ditangani.

orang giler ajer yang ikut cakap syaitan tua yang di kenali ini....nak mampos buat lah cara nak mampos...!!!

Saya akan tapis internet kalau jadi PM semula, kata Dr Mahathir



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berjanji akan menapis internet jika dilantik semula untuk memerintah Malaysia.

Dr Mahathir mengakui menyesal apabila pernah berjanji tidak akan menapis internet semasa memegang tampuk kuasa suatu ketika dahulu.

"Kalau saya jadi perdana menteri semula, perkara pertama saya lakukan ialah menapis internet.

"Sudah sampai masa kita menapisnya," kata Dr Mahathir semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras hari ini.

Kenyataan Dr Mahathir berkemungkinan susulan tekanan yang dihadapi parti pemerintah Barisan Nasional (BN) beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya menerusi pelbagai platform media alternatif di internet.

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dilihat lebih ke depan berbanding kerajaan BN, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang menyaksikan majoriti kepada BN merudum juga disumbangkan penguasaan pembangkang di dalam internet.

Internet juga menjadi alternatif kepada media arus perdana yang sekian lama dikuasai oleh Umno dan BN.

Dr Mahathir mengakui menyesal kerana membuat perjanjian sebelum ini supaya internet tidak akan ditapis.

Menurutnya internet menyumbangkan kepada masalah sosial dan kadar jenayah yang meningkat kebelakangan ini.

"Walaupun saya bagi pengakuan kepada penasihat Koridor Raya Multimedia (MSC) semasa saya masih jadi perdana menteri, di mana saya bagi pengakuan kita tidak akan tapis internet.

"Pada masa itu saya tidak tahu apa yang boleh datang daripada internet," kata beliau.

Dr Mahathir berkata, kerajaan mampu dan mempunyai kepakaran untuk menapis internet, menyifatkan ia penting supaya rakyat tidak terdedah dengan pengaruh buruk yang boleh didapati dalam internet.

"Kita boleh tapis. Sebenarnya di Jerman mereka awal-awal lagi menapis internet. Kita boleh lakukannya, kita ada teknologi itu.

"Belanjalah sikit tapi hasilnya lebih baik kerana orang kita tidak akan terdedah dengan pengaruh yang buruk seperti ini termasuklah keganasan dalam wayang dan televisyen," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir tidak menolak penapisan internet akan mengundang kritikan pelbagai pihak, malah Malaysia akan dikecam sebagai sebuah negara tidak demokratik tetapi langkah itu perlu demi memastikan keselamatan negara terpelihara.

"Kalau dunia kata kita tidak moden, tidak demokratik, itu mereka nak kata, mereka katalah.

"Ini bukan negara mereka.  Ini negara kita dan kita berhak untuk menjaga keselamatan dalam negara," kata beliau.

Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun hingga 2003, pernah berjanji Malaysia tidak akan menapis Internet untuk menarik pelabur membangunkan MSC. – 26 Mac, 2014.

Dalam majlis sama, Dr Mahathir juga menegaskan kebebasan perlu dikawal kerana rakyat masih tidak berdisiplin dan masih terlalu muda dalam mengamalkan demokrasi.

"Kita sudah lima demokrasi dan demokrasi kita masih muda, rakyat belum tahu bagaimana mengawal diri, tak tahu mendisiplinkan diri.

"Mereka hanya ingin menggunakan kebebasan demokrasi tanpa perasaan bertanggungjawab," kata Dr Mahathir

di jepun haram guna telefon bimbit lepas jam 9 malam...



Tokyo: Kanak-kanak di sebuah bandar di Jepun dilarang menggunakan telefon bimbit selepas jam 9 malam dalam usaha menangani masalah pembulian siber.

Jurucakap lembaga pendidikan Kariya berkata, bermula April ini, 13,000 kanak-kanak berusia antara enam dan 15 tahun di bandar itu akan terikat dengan peraturan baru itu.

Usaha ini diharapkan mampu menghalang golongan itu terjebak dalam kes pembulian siber, menghabiskan masa bertukar-tukar emel menggunakan telefon bimbit selain mengekang kesan negatif lain akibat penggunaan berlebihan aksesori itu.

Inisiatif itu hasil usaha polis, pekerja sosial dan guru. Bagaimanapun, ibu bapa tidak akan dihukum jika anak mereka tidak mematuhi peraturan berkenaan.

Ibu bapa bagaimanapun diminta mengambil semua telefon bimbit selepas jam 9 malam dan memantau penggunaan laman web anak mereka dalam kempen yang membabitkan 21 sekolah itu.

Beberapa minggu lalu, kerajaan mendedahkan statistik menunjukkan penggunaan tinggi telefon bimbit dalam kalangan kanak-kanak Jepun.

Mengikut statistik itu, kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun menghabiskan masa online 107.4 minit secara purata sehari menggunakan telefon bimbit.

Cadangan mengehadkan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan kanak-kanak Jepun pertama kali dibuat pada 2008 berikutan masalah pembulian siber kini dihadapi kanak-kanak dan ibu bapa di seluruh dunia.

dah kena tembak dan meletup di udara memanglah kotak hitam bukan jawapan....!!!



Penemuan kotak hitam mungkin tidak akan memberi jawapan yang menjelaskan mengapa pesawat Malaysia Airlines MH370 bertukar arah ke Lautan Hindi walaupun ia dapat djumpai, menurut pakar penerbangan.

Ini berdasarkan perakam suara kokpit di dalam kotak hitam yang hanya dapat merakam perbualan dua jam terakhir penerbangan, kata syarikat perundingan penerbangan Amerika Syarikat Leeham Co.

Ini bermakna perbualan penting ketika pesawat berpatah balik berhampiran Malaysia dan Vietnam mungkin tidak dirakam.

“Apa yang berlaku di ruang udara Teluk Thailand tidak akan didedahkan kerana akan diganti dengan rakaman pada penghujung penerbangan MH370,” menurut ulasan syarikat itu.

Tambah Leeham lagi, rakaman terakhir itu juga mungkin tidak mempunyai maklumat penting yang dapat diguna oleh penyiasat terutamanya jika ia dipercayai kehabisan minyak atau terhempas ke dalam air.


Sementara itu, pakar penerbangan Britain Chris Yates berkata, soalan mengapa pesawat tidak mengikuti laluan asal mungkin tidak akan terjawab dengan penemuan kotak hitam itu.

“Kami masih tidak dapat mengetahui keadaan mental juruterbang dan penolongnya ataupun jika pesawat itu dirampas pihak ketiga,” katanya kepada BBC.

“Tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab sejak kejadian ini berlaku.” Analisis data satelit terbaru memberi petunjuk pesawat itu dikesan kali terakhir di selatan Lautan Hindi tetapi lokasi tepat belum diperoleh lagi.

Beberapa puing dikesan di kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Australia tetapi objek tersebut belum dapat ditemui pasukan pencari antarabangsa setakat ini.

Bateri yang menguasakan isyarat lokasi kotak hitam juga akan bertahan kurang dua minggu lagi.

Alat pengesan daripada Amerika Syarikat akan dihantar ke kawasan pencarian tetapi cuaca dan keadaan laut tidak sesuai telah menghalang usaha menentukan lokasi kotak hitam

rakyat sendiri pun selalu kena tipu inikan orang luar....keluarga MH370 di negara china menuduh kerajaan malaysia pembohong....!!!



SEORANG keluarga penumpang cuba melepasi halangan yang dibuat beberapa anggota polis.

BEIJING - Berpuluh-puluh keluarga penumpang sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) bergelut dengan polis di sini semalam selepas mereka menuduh kerajaan Malaysia berbohong berhubung misi pencarian pesawat itu.

Perkembangan tersebut berlaku sehari selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa penerbangan pesawat Boeing 777-200ER itu berakhir di selatan Lautan Hindi, lebih 2,000 kilometer dari bandar raya Perth di Australia.

"Kira-kira 20 hingga 30 penunjuk perasaan membaling botol air ke Kedutaan Malaysia di sini dan cuba menyerbu masuk ke dalam bangunan kedutaan," kata beberapa saksi.

Tunjuk perasaan itu berakhir selepas beberapa jam apabila polis mengarahkan mereka supaya bersurai.

Para penunjuk perasaan itu diarah untuk menaiki beberapa buah bas dan beredar dari lokasi tersebut dengan diiringi pihak polis.



BEBERAPA keluarga penumpang MH370 berhimpun di depan Kedutaan Malaysia di Beijing kelmarin.

Sebelum beredar, saudara-mara penumpang pesawat MH370 itu berarak sambil membawa sepanduk dan melaungkan kata-kata: "Kerajaan Malaysia menipu kami dan Malaysia kembalikanlah saudara-mara kami."

Beberapa orang membawa kain rentang yang meminta kerajaan Malaysia memberitahu maklumat yang benar tentang misi pencarian tersebut.

"Kenapa mereka (kerajaan Malaysia) membuat kami menunggu terlalu lama," kata salah satu kain rentang tersebut.

Pesawat MH370 itu didapati hilang dari dikesan radar pada 8 Mac lalu ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke sini.

Seramai 227 penumpang dan 12 kru berada di dalam pesawat itu.

Dalam pesawat itu, terdapat 153 penumpang yang merupakan warga China.

Sebuah kumpulan yang dilaporkan mewakili keluarga para penumpang warga China mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan Malaysia.

Mereka menuduh Malaysia cuba melengah-lengahkan berhubung kehilangan MH370 dan menipu mereka.

Kumpulan tersebut menamakan diri mereka sebagai Jawatankuasa Keluarga Penerbangan Malaysia MH370

bekas penjual mesin taip beli 230 pesawat Boeing



SEBUAH pesawat Boeing 747-400 milik Lion Air berada di sebuah landasan di Lapangan terbang Sukarno-Hatta di Tangerang . .

Seorang bekas penjual mesin taip, Rusdi Kirana mencipta kejutan apabila beliau membeli lebih 230 pesawat Boeing dalam satu urus niaga yang dimuktamadkan pada satu ketika dahulu ..

Beliau yang kini bergelar Ketua Eksekutif Lion Air mengasaskan syarikat penerbangan domestik dan tambang murah terbesar di Indonesia bersama abangnya, Kusnan lebih sedekad lalu.

Selain potongan rambut pendek, misai penuh dan senyuman keanak-anakan, tidak banyak yang diketahui tentang usahawan berusia 49 tahun dari Indonesia itu.

Namun, nama Rusdi menjadi sebutan media pada Pameran Udara Singapura  satu ketika dahulu..
Pada pameran itu, beliau memuktamadkan pembelian 230 buah pesawat Boeing pada harga keseluruhan AS$22 bilion (RM66.8 bilion).

“Orang ramai perlu faham bahawa mereka tidak patut memandang rendah terhadap seseorang dari negara Dunia Ketiga. Hanya kerana kami usahawan Dunia Ketiga, ia tidak bermakna kami tidak mampu membuat pembelian besar seperti ini,” kata Rusdi.

Urus niaga tersebut turut melibatkan sebuah model baharu Boeing yang dijadualkan memulakan perkhidmatan pada 2017.

Menurutnya, pembiayaan bagi pembelian tersebut disokong oleh agensi kredit eksport Amerika Syarikat, bank ExIm.

Selain pembelian mega tersebut, Rusdi juga merupakan antara segelintir usahawan Dunia Ketiga yang berpeluang menemui Presiden AS, Barack Obama.

pegang kuat-kuat nek



Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!

Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...

Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)

Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.

Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!
Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?

Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!

Udin: Nenek pegang kat mana?

Nenek: pagar rumah.


Udin: "$%^&(#....."

bos dan seketeri



Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an dan bekerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar di KL.

Pada suatu hari tu... Boss ni memanggil la dia punya seketeri masuk ke ofisnya... seperti biasa seketerinya pun masuk la...

Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client...

SiBoss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya. .. biasa la Boss...malas nak tulis... cakap punya cakap... Boss ni pun pusing-pusing mejasambil tangan masuk dalam poket seluar... 10 minit kemudian acara
mengarang ayat pun habis... si seketeri pun mula bersuara...

Seketeri : Boss... pagi tadi kan ... masa saya nak datang ke Ofis... saya nampak pintu garage boss terbuka...

Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke... tak apa, nanti saya call rumah...terima kasih...

Si seketeri pun blah balik ke meja dia... dan si Boss pun call rumah dia tanya wife dia...

Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita... pintu dia terbuka la...
Bini : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana ada terbuka...

Boss : Iye... terbuka... cuba pergi tengok semula.
Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu la bang...
Boss : Pergi la tengok... kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak?????

Bini : Okay la... okay la..

Setelah setengah jam kemudian... masa Boss ni tengah relek-relek. .. baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka... (dah memang perangai dia tak suka pakai underware... ) maka nampaklah... mengelabahlah si Boss ni memikirkan mana macam nak cover malu kat seketeri dia tu...dan petang yang sama juga...

Boss : Errr... tadi pagi masa you nampak garage I terbuka... ada tak you nampak BMW kat dalam tu?

Seketeri : Tak... yang I nampak cuma ada Mini Cooper; dengan dua tayar depannya pancit
woakakaakakakaakakakkak.....

Moral: Jangan berlagak... dan pastikan sentiasa berunderware. ....

25 March 2014

kehilangan MH370 kekal misteri selama-lamanya andainya konsipirasi peringkat tertinggi tidak terdedah ( update )...?









drone pengintip punca  mh 370 di tembak jatuh oleh tentera vietnam

Pakar industri penerbangan beranggapan andai kotak hitam penerbangan MH370 ditemui pun, ada kebarangkalian misteri yang menyelubungi kehilanganya tidak akan terjawab sampai bila-bila.

Mengikut laporan AFP mereka percaya perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit tidak mungkin menjawab tentang teka-teki mengapa dan bagaimana kapal itu dilencongkan ribuan batu jauh dari laluan sebenar.

Banyak persoalan yang tidak mungkin terjawab semata-mata berdasarkan rakaman perbualan itu sahaja.

Sukar untuk difahami mengapa ia melencong ketika hubungan dari menara kawalan Kuala Lumpur sepatutnya diserahkan kepada menara di Vietnam…

Sukar untuk difahami juga mengapa ia diterbangkan di bawah radar…untuk mengelak dikesan? Mengapa harus mengelak?

Tidak ada panggilan kecemasan dibuat… Mengapa? Mengapa pula semua alat komunikasi dimatikan secara berperingkat-peringkat.

Semua petanda memperlihatkan ia dirampas dan perkara itu disahkan pasukan penyiasat kerajaan.

Namun, pada masa yang sama… tidak ada sebarang tuntutan wang atau politik pun yang dibuat…MENGAPA?

Seolah-olah ia dilarikan dari laluan asal semata-mata untuk ditamatkan hayatnya di Lautan Hindi.

Tetapi, mengapa perlu mengambil risiko untuk terbang rendah masuk kembali ke semenanjung Malaysia andai niat di hati adalah untuk menjunam di Lautan Hindi?

Kalau laut yang dicari… mengapa tidak terus ke Lautan Pasifik? Dengan itu tidak perlu terbang rendah bawah radar… Mengapa harus ke Lautan Hindi?

Semuanya tidak masuk akal… sebab itu kehilangan MH370 adalah misteri terhebat industri penerbangan dunia..itu pada pandangan kebanyakan dari kita yang tidak mengetahuinya .

nak bagi klue sikit..







  1. mh 370 adalah pesawat boeng  yang besar  dan berat  dan jika  ia hendak mengambil u turn  akan mengambil jarak 100 km dan masa yang lama dan amat mustahil  di lakukan...sedangkan ia menggunakan sistem  autopilot tapi kenapa  ia mudah u - turn..??
  2. Radar militari kesan MH370 berpatah balik...tapi benarkah pesawat berkenaan patah balik atau ada pesawat lain yang menyerupainya  bila di kesan  dengan radar contohnya 'drone' pesawat pengintip tanpa pemandu  AS
  3. terbang rendah mengelakkan radar  dan mematikan semua alat perhubungan secara berperingkat seperti sifat 'drone ' tadi ...tujuan menyelamatkan diri ..??...dari apa..?..MH370 terbang serendah 1,500m elak dikesan
  4. bukan lautan hindi  TETAPI  pesawat berkenaan  di tembak jatuh  berhampiran  perairan vietnam  di laut china selatan.....siapa yang menembak jatuh  dan kenapa ..?..Pekerja pelantar minyak New Zealand dakwa nampak pesawat terbakar
  5. bukti bukti  menunjukkan mh 307 sememangnya di tembak...8 pemuda dengar bunyi kuat di marang   di kelantan ada 4 laporan polis mengenai  terdengarnya letupan..
  6. selepas pesawat berpatah  balik  di kesan oleh radar  ATM kemudian menghilang ..kemana...?
  7. AS Hantar Dua Kapal, Pesawat Bantu Operasi Mencari MH370...benarkah atau untuk menyelamatkan ' drone ' dari di jadikan bukti pengintipan AS dan penyebab MH 370 di tembak jatuh oleh tentera vietnam...?
  8. cakap berdolak dalik CEO MAS...MH370 tidak bawa kargo berbahaya, hanya beberapa tan manggis - CEO MAS....CEO mengaku MH370 bawa bateri litium....atau  ada muatan rahsia dan bahaya yang lain yang perlu di gunakan dalam ketenteraan  di cari oleh pihak negara china...? tu pasal beria ria dengan satelite dan peralatan yang canggih  membantu gerakan mencari...mencari apa..?
  9. mengikut satu sumber radar di kepulauan nicobar dan andaman di tutup sementara selama sejam untuk membantu 'drone' mengelakkan dari di kesan dan selamat mendarat  di atas kapal pengangkut  AS kenapa...?
  10. XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX...>>>>>> RAHSIA..?
  11. KONSPIRASI AS ,INDIA , VIETNAM ,CHINA DAN.................UNTUK COVERUP  MELINDUNGI SIAPA SEBENARNYA DAN  DARI APA ?