keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

03 July 2014

setelah putar belit dan main wayang isu diplomat malaysia jadi perogol gagal untuk coverline...akhirnya kerajaan terpaksa buat keputusan hantar suspek perogol tersebut pulang ke New Zealand




Putrajaya hari ini memutuskan untuk menghantar suspek penyerang seks pulang ke New Zealand (NZ) bagi membantu siasatan membabitkan kes rogol dan rompak di Wellington.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra mengatakan Muhammad Rizalman Ismail, 38, akan dihantar ke NZ dengan ditemani pegawai atasan Kementerian Pertahanan (Mindef).

"Kerajaan Malaysia memutuskan menghantar balik Pegawai Waran Kedua Muhammad Rizalman Ismail, bekas Pembantu Staf Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington untuk membantu siasatan dalam pendakwaan rompakan dan rogol," kata kenyataan Putrajaya hari ini.

Keputusan menghantar tersebut disampaikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kepada Menteri Luar NZ, Murray McCully.
Menurut kenyataan itu, tindakan menghantar ke NZ itu diharap dapat membantu siasatan ke atas tuduhan yang dihadapi beliau.

Kerajaan Malaysia juga akan menyediakan bantuan guaman kepada Muhammad Rizalman.

Semalam, media mendedahkan diplomat negara, Muhammad Rizalman terlibat dalam jenayah rogol dan rompak di NZ tetapi dihantar pulang ke Malaysia kerana memiliki imuniti diplomatik.

Isu tersebut menimbulkan kontroversi di NZ, terutamanya kegagalan mendakwa tertuduh penyerang seks tersebut.

Pentadbiran Perdana Menteri NZ John Key juga dikritik hebat, terutamanya kerana lambat bertindak selepas hampir sebulan kes tersebut berjalan.

Diplomat tersebut didakwa mengikuti wanita 21 tahun ke rumah dan kemudian mencabulnya. Beliau juga didakwa melakukan rompakan dalam insiden yang sama.

Bagaimanapun, beliau “lari” dari NZ dan pulang ke Malaysia apabila menggunakan imuniti diplomatik selepas penahanannya pada 9 Mei

1 comment :

  1. Takde masalah cari masalah..dah Ada kerja baik dan gaji besar tp buat kerja tak senonoh..ramai Lagi graduan hebat yg berakhlak patut diberikan pekerjaan Dari membela manusia perosak bangsa dan negara.

    kes ni cuba dielnyapkan tapi tak berjaya......
    banyak lagi kes-kes seumpama cuba tak terbongkar je !

    ReplyDelete