Gambar sebuah pesawat yang kelihatan tersadai di lautan telah dikaitkan dengan misteri kehilangan pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370.
Akhbar di Taiwan dan portal berita antarabangsa melaporkan gambar tersebut dimuat naik oleh seorang mahasiswa sebuah universiti di Taiwan.
Imej yang jelas menunjukkan sebuah pesawat itu didakwa dirakam menerusi aplikasi Tomnod iaitu sebuah aplikasi peta carian yang digunakan ratusan ribu pengguna internet di seluruh dunia.
Bagaimanapun sehingga kini tiada pihak yang dapat mengesahkan mengenai ketulenan gambar tersebut memandangkan keseluruhan pesawat kelihatan berwarna putih.
Lokasi pesawat tersebut dikesan dikaitkan dengan kawasan ianya dilaporkan hilang dari radar iaitu di perairan Kelantan hingga Vietnam.
Media antarabangsa mengukuhkan dakwaan mengenai imej pesawat itu mungkin benar-benar berada di lokasi tersebut dengan mengaitkan laporan polis yang dibuat oleh sembilan nelayan di Kelantan yang mendakwa terdengar bunyi enjin kapal terbang selain ternampak cahaya lampu pada pagi 8 Mac.
Belum ada pengesahan, tetapi nampaknya lebih hampir kepada kebenaran daripada satu lagi laporan yang disiarkan oleh akhbar the Hindu yang menyatakan seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing.
Penemuan imej satelit bahawa pesawat itu tersadai di lautan menunjukkan bahawa ia berada di tempat ia hilang dari radar iaitu di perairan Kelantan hingga Vietnam.
Ia juga selari dengan pelbagai petunjuk sebelum ini iaitu:
KOTA BHARU - Polis Kelantan menerima empat laporan daripada orang awam berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, laporan tersebut dibuat dari 9 Mac hingga semalam yang mendakwa mereka ternampak sebuah pesawat melalui beberapa lokasi, disyaki pesawat berkenaan.
"Kita menyiasat kes ini mengikut Seksyen 112 Akta Keterangan 1950 dan memanggil mereka untuk menunjukkan lokasi, serta membuat beberapa ujian untuk mendapatkan fakta yang boleh menyokong laporan mereka," katanya.
Dan satu lagi laporan sebelum ini iaitu:
Seorang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang.
Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael Mckay.
Mckay adalah pekerja pelantar minyak di Sonha Mercur, Tenggara Vietnam.
Dalam suratnya dia mendakwa pesawat yang dilihatnya adalah MH370.
Ini adalah berdasarkan waktu pesawat itu dilaporkan hilang.
Pesawat itu dilihat dari kawasan pelantar minyak di kedudukan 8.9 darjah utara dan 108 darjah timur.
manakala di indonesia :
Sepasangan suami isteri di Bogor yang mendapat petujuk selepas solat tahajjud yang menyebutkan pesawat berada di titik berikut (Latitud Utara 7 darjah 47'47.90" Longitud Timur 105 darjah 13'39.59" Elev -30m. Ketinggian mata 5 m. Atau berada di sekitar selatan ibukota Vietnam, Ho Chi Minh. Bererti imej berkenaan menepati kedudukan yang disebutkannya
Sehingga kini, mengapa tiada siasatan dilakukan ke dasar laut di kawasan tersebut? Di cari cuma di permukaaan laut... mana nak jumpa...
Semuga Allah mempermudahkan urusan penemuan pesawat MH370 yang hilang ini disamping mendedahkan kebenaran apakah yang sebenar-benarnya yang telah berlaku yang menyebabkan pesawat demikian "hilang" secara tiba-tiba.
No comments :
Post a Comment