keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

21 March 2014

wayang kerajaan BN , PERKOSA dan MCA....putrajaya akui beri peruntukan untuk PERKOSA namun bukan peruntukan khusus....dasar lidah biawak.....!!!!





Putrajaya hari ini mengesahkan pihaknya membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) namun tidak menyediakan peruntukan khusus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) berkata, kerajaan memberikan peruntukan kepada pertubuhan tersebut bagi mengadakan seminar "Transformasi Ekonomi antara Kaum dan Bangsa Teras Sebagai Asas Perpaduan Rakyat."

"Bagaimanapun sedikit peruntukan disediakan untuk membantu badan tersebut mengadakan seminar tersebut yang dihadiri kira-kira 5,000 peserta," kata menteri berkenaan .

Shahidan dalam jawapan bertulis di Parlimen itu dilihat tidak berterus-terang menjawab peruntukan yang diberikan.

Ia seperti menteri mengelak untuk menjawab akhirnya menimbulkan syak wasangka bahawa jumlah peruntukan tersebut amat tinggi apabila program tersebut dihadiri kira-kira 5,000 peserta.

Justeru, kita  menyarankan Shahidan meningkatkan ketelusan dan bercakap benar kepada wakil rakyat semasa di Dewan.

Perbuatan menteri (Shahidan) seperti menyembunyikan sesuatu seolah-olah melindungi Perkasa.

Dengan pengakuan Putrajaya itu maka terbukti Perkasa sememangnya adalah sayap kepada Umno dan secara tidak langsung menjalankan segala kerja ektremis demi Umno.

Kita juga  mencabar Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk tampil menyatakan pendirian ke atas tindakan menyalurkan peruntukan kepada pertubuhan itu.

Dengan bukti kukuh ini, kita ingin mencabar presiden MCA memberi pendirian. Adakah MCA setuju dengan tindakan kerajaan?kita cabar MCA tidak memasuki kabinet menyokong ektremis perkauman ini .

Ia juga membuktikan MCA bersekongkol dengan kumpulan pendesak Melayu itu.Amat jelas dalam PRK Kajang, calon MCA Datin Paduka Chew Mei Fun dilihat berceramah dengan ketua penerangan Perkasa..

1 comment :

  1. Jangan kata dana diberikan untuk ini sahaja. Sahlah Perkasa selama ini diberi dana untuk menyerang Pakatan Rakyat. Untuk bagi anjing menyalak dengan gila sampai tak ingat hanya perlu diberi tulang-tulang segar. Kita pun tak tahu tulang ini diangkut dari mana pasti tulang ini tidak datang dari pasar borong. Bukan Perkasa sahaja malah ramai lagi anjing (pertubuhan) yg pro parasi sedang menganga untuk dilempar tulang.

    kaum jin pun sangat suka dengan tulang. Untuk memujuk jin supaya tidak mengganggu manusia berilah spesis ini tulang dan mereka akan jinak dan menurut perintah.

    perkasa Dan UMNO berpisah tiada. Ini adalah fakta bukan Auta...

    ReplyDelete