keputusan terkini piala dunia 2014
selongkar di sini
PLEASE PRAY FOR GAZA
posting terkini
22 March 2014
taktik baru ' ah long '
Peminjam wang haram atau ah long kini dilihat mempunyai cara baru yang licik bagi menarik perhatian mangsa.
Mungkin disebabkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) semakin giat menjalankan operasi mencabut dan menanggalkan iklan haram mereka di papan tanda dan pokok, kini mereka menggunakan cara dengan menabur kad tertera nombor telefon di lokasi tertentu.
Kad yang dicetak pada kertas menyerupai wang RM50 itu pasti menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya kerana menyangka mereka terjumpa wang yang dicicirkan sesiapa.
Bagaimanapun setelah diambil, rupa-rupanya ia hanyalah kad yang mengandungi nombor untuk dihubungi sekiranya mereka mahu membuat pinjaman wang.
Justeru, kita menyeru orang ramai agar tidak tertipu dengan taktik ah long ini.
Sesungguhnya meminjam wang daripada ah long bukan sahaja menyalahi undang-undang negara malah haram di sisi agama kerana sistem riba melampau yang dikenakan mereka umpama lintah yang akan menghisap darah mangsa di kemudian hari
Labels:
ah long
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment