keputusan terkini piala dunia 2014

selongkar di sini

PLEASE PRAY FOR GAZA











Get paid to share your links!

posting terkini

20 February 2014

dah hilang akal agaknya ...marah disaman, lelaki bawa jentolak halang jalan



INILAH jentolak ditinggalkan lelaki yang berang selepas keretanya disaman di Kilometer 21, Jalan Melawi-Kuala Besut dekat Pasir Puteh, Kelantan kelmarin.

PASIR PUTEH - Gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan polis mengeluarkan saman ke atas cermin gelap kereta Proton Wira dipandunya, seorang lelaki bertindak biadab dengan mengugut, memarahi anggota polis sebelum muncul buat kali kedua dengan memandu jentolak dan meletak kenderaan itu menghalang jalan.

Kejadian pada pukul 11.30 pagi itu berlaku di sekatan jalan raya di Kilometer 21, Jalan Melawi-Kuala Besut di Kampung Kuala Semerak dekat sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd. Kamal Zainal berkata, lelaki berusia 30 tahun itu dikatakan berang selepas kereta Proton Wira dipandunya sebelum itu ditahan dan disaman oleh anggota polis trafik wanita berpangkat Lans Koperal.

No comments :

Post a Comment