keputusan terkini piala dunia 2014
selongkar di sini
PLEASE PRAY FOR GAZA
posting terkini
19 February 2014
pertambahan serangan malware terhadap sistem berasaskan android
Ancaman mudah alih terutama virus jenis malware dilihat semakin membimbangkan selari dengan peningkatan telefon pintar yang digunakan orang ramai. Laporan agensi keselamatan siber, Kaspersky Lab (Kaspersky), sehingga hujung bulan lalu saja didapati 200,000 sampel diuji makmalnya mengandungi malware yang meningkat sebanyak 34 peratus berbanding pada November tahun lalu.
Dalam masa dua bulan, hanya 148,000 sampel direkodkan yang masih menunjukkan peningkatan dalam peranti mudah alih berasaskan Android. Lebih membimbangkan, Kaspersky menjangkakan penjenayah siber akan terus menumpukan kegiatan tidak bermoral mereka ke atas peranti Android yang kini mencecah 10 juta serangan terhadap aplikasi dalam Google Play. Sehingga 30 Januari tahun ini, sejumlah 1,103,104 aplikasi dimuatkan dalam Google Play.
Bagi kebanyakan kes serangan malware, penjenayah siber akan menyerang serta memasukkan ‘Trojan’ jenis Carberp mudah alih yang pertama kali dikesan di Rusia yang berniat jahat dalam aplikasi bagi dipindah turun pengguna. Pengguna yang memindah turun aplikasi daripada Google Play dikatakan akan turut memindah turun malware tanpa disedari. Ia dilihat bukan perkara mengejutkan kerana Android mendominasi pasaran telefon pintar iaitu sekitar 75 peratus selain ia menggunakan platform terbuka.
Langkah pencegahan ancaman siber termasuk malware, adalah perkara biasa yang berlaku dalam kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin canggih. Kita lihat beberapa insiden seperti penyebaran malware atau program komputer yang dicipta untuk tujuan mencari kelemahan dan kekurangan sesuatu perisian kini berlaku, namun ia masih terkawal di Malaysia.
Malaysia masih lagi mampu menangani ancaman itu secara berkesan menerusi ekosistem dan mekanisme keselamatan siber sedia ada supaya tidak menjejaskan fungsi dan perkhidmatan kritikal negara ini. Kadar penembusan pelanggan mudah alih di Malaysia yang tinggi sebanyak 143.5 peratus berdasarkan statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga memberi kesan kepada serangan terhadap peranti mudah alih. Selain itu, kecenderungan berkongsi di laman sosial seperti Facebook dan sebagainya membuka peluang kepada penjenayah siber..
Satu lagi agensi keselamatan siber, Fortinet melalui makmal FortiGuard Labs Fortinet FortiGuard Labs melaporkan, terdapat 300 jenis keluarga malware Android dan lebih 400,000 aplikasi Android yang berbahaya. Dalam kenyataannya, Fortinet berkata, jumlah malware meningkat dengan ketara dalam keluarga malware Android dan lebih 400,000 aplikasi Android yang berbahaya. “Penggunaan telefon pintar secara meluas dan peluang mengakses sistem pembayaran secara ‘online’ turut memberi peluang kepada penjenayah. Fortinent berkata, antara faktor telefon pintar menjadi tumpuan utama malware mudah alih termasuk penggunaan ‘geo-tagging’ dan kamera yang menyediakan ruang untuk gangguan pengintipan kepada pemiliknya.
Sementara itu, Trend Micro Inc (TMI) memaklumkan syarikatnya berjaya menyekat lebih 80 bilion malware pada 2013 berbanding tujuh bilion pada tahun sebelumnya. Syarikat terbabit juga mendapati serangan baru yang digelar ‘Ransomware’ dikesan menjadi taktik malware dalam usaha mencuri data perbankan online yang bersembunyi di sebalik pencurian data pengguna biasa. “Sehingga kini, sebanyak 85,000 kes Ransomware yang dipintas TMI,” kata kenyataan yang dikeluarkan agensi berkenaan. Negara besar seperti Amerika Syarikat dan Brazil masih tersenarai sebagai negara yang terkesan dengan jumlah serangan malware perbankan online yang banyak. “Kami juga mendapati satu juta aplikasi Android berisiko tinggi dijangkiti virus. “Android antara sistem operasi (OS) paling popular di Asia,” katanya.
Sementara itu, Malaysia, Jepun dan Taiwan antara negara yang terjejas teruk akibat serangan tertumpu kepada sektor tertentu seperti teknologi maklumat (IT), penerbangan, ketenteraan dan laman web kerajaan. Penyerang terus memperluaskan teknik dengan fokus kepada akses terhadap maklumat penting dalam kerajaan seperti penyalahgunaan dokumen jenis .DOC atau .RTF yang memberi kesan kepada perisian Office 2003, 2007 dan 2010 dan dianggarkan 900 laporan dibuat setiap bulan, sekali gus menunjukkan ancaman siber sesuatu yang membimbangkan. Kebanyakan mangsa adalah pengguna Internet dan mereka yang menjalankan perniagaan secara online berikutan perkembangan pesat dalam bidang perdagangan elektronik..
Penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) bermula 15 November lalu bertujuan mencegah penyalahgunaan data peribadi orang awam untuk tujuan komersial. Akta berkaitan keselamatan siber di Malaysia
• Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
• Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998
• Akta Tandatangan Digital 1997 (Akta 562)
• Akta Jenayah Komputer 1997 (akta 563)
• Akta Teleperubatan 1997 (Akta 564)
Dasar Keselamatan Siber Negara (National Cyber Security Policy - NCSP) 2006. Melalui NCSP, infrastruktur maklumat kritikal negara harus sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan berdaya tahan daripada sebarang ancaman dan serangan siber.
BAGAIMANA untuk melaporkan mengenai serangan malware?
E-mel: cyber999@cybersecurity.my (masukkan maklumat seperti sumber serangan, lokasi, masa serangan SMS: 15888. Gunakan format berikut - CYBER999 REPORT ke 15888 Telefon: 1-300-88-2999 (waktu pejabat), +6019-266 5850 (24/7) Faks: +603-8945 3442
Langkah keselamatan elak malware menyerang telefon pintar
1. Jangan aktifkan ‘mod pembangun’ atau developer mode dalam peranti anda.
2. Jangan aktifkan ‘pindah turun aplikasi daripada pihak ketiga’.
3. Hanya pindah turun aplikasi daripada saluran yang sah.
4. Apabila pindah turun aplikasi baru, baca dengan teliti permintaan pembangun aplikasi berkenaan.
5. Gunakan perisian perlindungan.
Labels:
android
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment